Sunday, July 20, 2014

Ketahui Kelebihan Soya Yang Menakjubkan

Apa yang anda inginkan dalam setiap gelas? Adakah gabungan khasiat protein, serat, kalsium, vitamin, mineral, asid lemak yang diperlukan, serta dapat merendahkan kolestrol dan bahan anti oksida? Kini kesemua khasiat tersebut oleh anda dapatkan dalam Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan tambahan kalsium serta rasa yang lebih lazat.  

Dengan mengekalkan keenakan asli susu kacang soya,  F&N NutriSoy yang baru dilancarkan ini ditambahbaik dengan sembilan kali lebih kalsium berbanding susu kacang soya biasa1. Minuman ini juga diperkaya dengan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan menjamin kesihatan dan menambah kekuatan tulang. Protein soya turut membantu membina dan menggalakkan pertumbuhan tisu.
Susu kacang soya bukan sekadar minuman enak yang diminum bersama makanan atau untuk dinikmati pada waktu santai. Setiap gelas susu kacang soya yang diminum boleh menjadi asas kesihatan kita,” kata Jenny Wong, Ketua Pembangunan Jenama Serantau (Minuman).

“Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium yang baru ini memberi anda rasa yang enak, serta ditambah kalsium,  Vitamin D, dan nutrisi lain yang memberi tenaga agar anda berupaya untuk melakukan segalanya dengan hebat,” tambah Wong.

Selain daripada rasa yang enak, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy juga tidak mengandungi laktosa. Jadi ia merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan susu lembu, yang diketahui ramai mengandungi laktosa tinggi, dan kurang sesuai untuk kebanyakan orang. 90 peratus orang Asia adalah laktosa intoleran2 (ketidakmampuan tubuh untuk mencerna susu kerana kekurangan enzim laktase).

Maka tidak hairanlah pihak Food and Drug Association (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan protein soya sebanyak 25g dalam hidangan harian kita boleh mengurangkan kolesterol serta risiko penyakit jantung.  

Kacang soya berasal daripada Benua Asia, di mana ia mula ditanam seawal 11 B.C. di negara China, diikuti dengan Jepun, India dan Asia Tenggara pada kurun ketujuh. Selepas itu ia mula ditemui di Eropah dan semakin banyak didapati menjelang kurun ke18. Namun, hanya pada kurun ke-20 barulah khasiat kacang soya diketahui dan dihargai oleh penduduk Amerika.  

“Melalui hasil tanaman dan penyelidikan turun-temurun, hari ini kita dapat menikmati sepenuhnya faedah tanaman yang berkhasiat ini. Untuk menghayati kebaikan kacang soya, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium ini dihasilkan daripada kacang soya bukan GMO (kacang tanpa diubahsuai secara genetik).  Ini membolehkan kami menghasilkan dan mengekalkan kesegaran serta rasa asli minuman kacang soya,” jelas Wong.

F&N begitu komited memastikan usaha berterusan dalam menghasilkan minuman soya tinggi khasiat ini yang akan membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih gembira dan sihat.

“Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium yang baharu ini ialah hasil daripada usaha berterusan kami. Minuman ini tidak mengandungi kolesterol dan laktosa serta kurang manis, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin menikmati gaya hidup yang sihat untuk diri sendiri dan orang tersayang,” kata Wong.

Secara ringkasnya, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium dilengkapi dengan sembilan kebaikan utama untuk anda dan keluarga. Antaranya:
1)    memiliki sembilan kali lebih kalsium berbanding susu soya biasa1
2)    mengandungi Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik.
3)    membantu mengurangkan kolesterol.
4)    rendah lemak.
5)    sumber protein yang mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan
6)    makanan tanpa laktosa.
7)    diperbuat daripada kacang soya bukan GMO (tanpa diubahsuai secara genetik)
8)    tiada pengawet, pewarna dan perisa tambahan.
1)    kurang manis dengan 25% kandungan gula lebih rendah berbanding susu kacang soya biasa.

Dengan pek yang sedia diminum dan senang disejukkan, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium membolehkan warga Malaysia menikmati minuman yang menyegarkan pada bila-bila masa.

Minumlah segelas bagi merasai keenakan dan kebaikan Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium. Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium kini didapati di semua kedai utama seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook F&N NutriSoy di https://www.facebook.com/NutriSoy.MY

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

orang pantang sila pantang dengan blog sekali hikhik

Mama Zharfan said...

i tak minum soya tp my hubby sukaaaa soya ;)