Sunday, July 13, 2014

Planta Seceria Air Tangan Ibu, Sumbangan Kita Pada Yang Perlu!



Untuk pengetahuan uolls...
Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’  mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.


Dan tidak dinafikan resepi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut tren pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna.

Bulan Ramadan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah.
Lebih banyak sedekah lebih banyak jariah..

Dan Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia.

Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadan mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.
Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16 sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia. 

Kita juga boleh turut serta untuk menyumbang dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta .

video
Untuk mendapatkan pelbagai resepi kuih Raya yang menarik dan maklumat mengenai Beramal Bersama Planta, layari saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta .

###

Mengenai Planta

Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah satu daripada jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan kek dan biskut, juga sebagai sapuan dan memasak selama lebih daripada 80 tahun.

Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Wall’s dan Planta, barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona serta barangan penjagaan isirumah seperti Breeze. Kebanyakan jenama ini merupakan peneraju dalam kategori masing-masing. 

No comments: