Akhirnya Pemenang Peraduan #masukdramaseludup Diumumkan!

Uolls... masih ingat lagi posting saya mengenai pencarian bakat baru drama #seludup--> http://ayuarjuna.blogspot.com/2014/07/anda-punyai-bakat-dan-berminat-berlakon.html

Dan ianya sudah berakhir! Pemenang juga sudah diketahui ya :)

Tahniah diucapkan kepada Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya.
Untuk pengetahuan uools, turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang turut bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah. Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.
Mohd Andika bin Abdul Halim (seorang pekerja restoran)-Mengharapkan peluang ini memberli laluan untuk beliau menjadi pelakon sebagai kerjaya.
Nur Afieqah binti Zulkarnain (pelajar kolej), merasakan ini merupakan pendedahan yang unik dari produksi sekaligus mendedahkan pengalaman yang baru kepada bakat-bakat baru tentang dunai sebenar kerjaya lakonan.

Pemenang juga selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.*MAk Cik KAyo!

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup


**********
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Akhirnya Pemenang Peraduan #masukdramaseludup Diumumkan! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 19, 2014 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.