Cipta Sejarah! Himpunan Lukisan Terbesar Kanak-Kanak Aktiviti Anjuran Kolabrasi Wall's Paddle Pop Dan Legoland Malaysia

 
 Wall's Paddle Pop jenama ais krim tersohor dengan kerjasama  Legoland Malaysia telah menganjurkan aktiviti HIMPUNAN LUKISAN TERBESAR yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Yang mana setiap pengunjung kanak-kanak yang menghadirkan diri ke Legoland pada 15 November 2014, berpeluang bersama-sama menghasilkan lukisan tangan dan seterusnya lukisan tangan yang dihasilkan oleh mereka akan dipamerkan di Legoland!

Dan ianya hanya terbuka untuk kanak-kanak dari 4 tahun sehingga 12 tahun sahaja ya :)

Memang menarik uollls!!!!
Mark Germyn, General Manager LEGOLAND® Malaysia Resort memberi kata-kata aluan.

 Shawn Tan, Ketua Kategori Wall’s Ice Cream, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd dalam ucapannya:

"Hari Kanak-Kanak Sedunia mengingatkan kita perlu mencipta peluang untuk kanak-kanak membesar secara semula jadi dengan penuh keseronokan, kerterujaan, penerokaan, imaginasi dan tenaga yang tiada batasan"


Mark Germyn, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort, Shawn Tan, Ketua Kategori Wall’s Ice Cream, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd bergambar bersama-sama ratusan kanak-kanak yang akan menyertai acara Himpunan Lukisan Terbesar!

Antara gambaran hasil tangan yang boleh dijadikan contoh..
Sangat cute hokeh :)
 
Excited...
Di meja panjang yang tersusun pelbagai peralatan untuk melukis dan mewarna serta jubin.

See, my kids yang begitu teruja untuk menjadi antara kanak-kanak yang menghasilkan lukisan terbesar di sini..

 
Dengan bantuan krew Paddle Pop mereka melakukan misi melukis tangan mereka..Paling menarik mereka boleh pilih warna kegemaran berserta menurunkan beberapa corak yang kreatif di lukisan tangan.

 
Selesai membuat lukisan tangan, kanak-kanak akan diberikan cenderahati dari Paddle Pop..

 Happy My Amani bersama ais krim kegemarannya :p

Bermula seawal 9.30 pagi dan berakhirnya 3 petang, seramai 725 kanak-kanak berjaya menghasilkan lukisan tangan mereka.

  
Percaya atau tidak!
Terdapat 725 lukisan tangan di atas jubin disini,  sekaligus memecahkan rekod baru  himpunan lukisan terbesar yang berukuran 12.27 meter X 7.53 meter (40.26 kaki X 24.7 kaki)...Ohseeeeeeeeeeeem!!

Yang mana mengalahkan rekod terdahulu iaitu 9.75 meter X 5.48 meter

Wahhh, ai yang excited..sebab lukisan tangan anak ai antara ada di situ :)

Di dalam ucapan di akhir acara penutup Mr Mark Germyn Pengurus Besar Legoland Malaysia;

"Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Paddle Pop di bawah program CSR kami iaitu Merlin Magic Wand bagi meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan aktiviti yang menakjubkan dan berjaya memecahkan rekod ini. Kami begitu teruja untuk memaparkan lukisan tersebut di Resort kami sebagai satu peringatan yang cantik buat kanak-kanak dan ibu-bapa mengenai kepentingan mengimbangi pelajaran dan melakukan aktiviti luar yang begitu menyeronokkan"

Menurut Mr Shawn Tan Ketua Kategori Wall’s Ice Cream, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd;

"Saya sangat gembira apabila Wall's Paddle Pop dan LEGOLAND Malaysia Resort telah memecahkan  Buku  Rekod Malaysia bersama kanak-kanak ini sambil menyebarkan kesedaran mengenai 'Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak'. Pemecahan rekod turut menjadi simbol 'ikrar' oleh kanak-kanak itu sendiri tentang keinginan mereka untuk menikmatiwaktu sedang ingin membesar dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. 'Ikrar' yang mereka berikan adalah selari dengan teras dan tunjang kepercayaan oleh jenama Paddle Pop iaitu 'Biar Kanak-kanak menjadi Kanak-kanak".

Syabas diucapkan krew Paddle Pop dan LEGOLAND atas kerja keras mereka menjayakan acara Himpunan Lukisan Terbesar Kanak-Kanak :)

 
Dunia kanak-kanak hari ini biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti seharian seperti sekolah, tusiyen, kelas tambahan, main piona, bermain ipad, menonton TV...semuanya aktiviti dalam rumah..

Atas kesedaran itu, LEGOLAND Malaysia dan Wall's Paddle Pop dengan berbesar hati menganjurkan aktiviti ini dengan harapan biar "Kanak-kanak menjadi Kanak-kanak", dan sekaligus ini merupakan komitmen atas satu usaha tanggungjawab sosial terhadap mesyarakat yang mana mengajak kanak-kanak untuk bermain dan berseronok di luar rumah.


LEGOLAND Malaysia dan Wall's Paddle Pop - Menceriakan Dunia Kanak-Kanak!
Cipta Sejarah! Himpunan Lukisan Terbesar Kanak-Kanak Aktiviti Anjuran Kolabrasi Wall's Paddle Pop Dan Legoland Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 17, 2014 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.