Thursday, November 6, 2014

Krimer Manis F&N Mencipta Kenangan Memberi Kemanisan, Resepi Kek Coklat FN Memikat Jiwa!

Saya memang membesar dengan krimer manis FN Penuh Krim...

Ahem

Untuk pengetahuan uollls krimer ini kaya dengan kalsium, sumber protein dan juga mengandungi kebaikan vitam A, B1 dan D3. Jadi tidak hairanlah Krimer yang menjadi tradisi keluarga bergenerasi. Selain daripada krimer yang menjadi pilihan utama dalam penyediaan Teh Tarik, Milo susu dan Kopi susu. Krimer manis ini juga saya suka jadikan antara ramuan dalam menyediakan hidangan masakan terutama pencuci mulut seperti kek!




Ok uolls...
Saya nak kongsikan satu resepi kek coklat yang sedap, mudah disediakan menggunakan Krimer Manis FN

Nama resepi : Kek Coklat FN Memikat Jiwa (ececece)

Bahan-bahannya..
3 biji telur ayam Gred A..
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 susu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
150 ml@3/4 cawan KRIMER MANIS FN PENUH KRIM
150ml@3/4 cawan minyak masak @ mentega yang dicairkan
150ml@3/4 cawan air panas


Campurkan semua bahan - telur yang telah dipukul, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan minyak (boleh guna mentega juga ya uolls)

 Ni bahan paling penting :)
Krimer Manis FN Penuh krim...dalam 150ml

 Sebab krimer sudah ada rasa manis so tak pelu ditambah gula ya...

Masukkan juga air panas 150ml...

See, My Amani pun sukakan rasa krimer yang manis dan berlemak ini..
Sambil tolong mummyy buat kek, sambil meratah Krimer ni ya, isk..

Gaul sebati dengan penuh kasih-sayang...
heheheh

Yang menarik tentang Krimer Manis FN terbaru ini..
Selain senang untuk membukanya (hanya tarik picu besi yang disediakan)..
Ianya juga didatangkan dengan penutup khas..
Jadi jika tidak habis digunakan semua, kita boleh simpan dengan keadaan lebih bersih dan selamat..

 See..sebelum dibakar..

Setelah siap dibakar selama 40 minit, 175c...
Kalau nak kukus pun boleh juga uolls :)

Kek dah siap..
Jom kita buat toppingnya pula..

Bahan-bahannya..
setengah bar coklat masakan @ saya letak 1/2 cawan serbuk koko
100ml @ 1/2 cawan KRIMER MANIS FN PENUH KRIM
50ml @ 1/4 cawan minyak masak @ mentega
 Campurkan semua bahan...
 Paling penting ramuan ini ya...
Krimer Manis FN Penuh Krim...

 Kacau sebati.....

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....
My Kek Coklat FN Memikat Jiwa..
Gebus uolllss kek ni...
Nyummmeh 
Pekena pulak dengan teh tarik kahwin...
2 sudu krimer manis FN dan 1 sudu FN Sejat...
Mantap!
 Yaaaaaaaaaaaarrrrrr...
Hidangan petang atau supper..
Pasti menikmatinya penuh selera!

 #FNFullCream ternyata segala hidangan menjadi luar biasa, 1001 kemanisan memikat jiwa :)

 
Ini antara hidangan tradisi yang sentiasa disediakan oleh Ibu saya...
Biskut lemak bersama Krimer Manis FN...ditaburkan sedikit nescafe...
Kudapan yang ringkas dan enak..

Huhuhu
Setiap kali menikmatinya, saya pasti terkenang2kan Ibu...

 #FNFullCream boleh juga didapati di pasaraya terpilih, antaranya seperti Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Hero Market, AEON, Jason’s Foodhall, Mercato, Village Grocer, Isetan, Cold Storagedan Presto Grocer) Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak dengan harga RM5.00 per 392g setin.  Keterangan lanjut mengenai produk dan resepi2 menarik serta semakan senarai outlet pasaraya yang menjual uollls boleh layari www.fndairies.com.


"F&N Full Cream Sweetened Condensed Milk – The Good Old Days are now The Good New Days"

Selamat Mencuba!

3 comments:

setya said...

Hemmm,,sedapnya, boleh saya icip-icip sedikit.

Sherry said...

wah..sedap.. nak try!!

Ezna said...

Sedapnya nampak.....