Friday, November 14, 2014

Safi Rania Gold Memperkenalkan: NORA DANISH, Pesona Emas Dari Lembah Nil


Siapa yang tidak pernah dengar jenama Safi Rania Gold, produk inovasi yang mampu meremajakan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. 

Dan pasti kita akan teringatkan Rozita Che Wan atau Che' Ta duta yang pernah dilantik yang memperkenalkan kehebatan produk Safi Rania Gold.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Mr Kumar Chander, Managing Director Wipro Unza (M) Sdn Bhd.
 Seterusnya  penerangan ringkas dari Puan Mahsuri Sulaiman – Pengurus Kumpulan Produk SAFI.


“Kami memahami impian setiap wanita yang mahu sebuah rangkaian produk anti penuaan yang bukan sahaja dirumus khusus untuk menangani masalah penuaan malah mencerah dan meremajakan kulit. SAFI RANIA GOLD merealisasikan impian itu di dalam variasi produknya setiap satu dengan manfaat tambahan tersendiri dalam mengatasi masalah penuaan” 


"Dan berdasarkan hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd, generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini menjadikan kulit sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dalam masa 4 minggu berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan keatas 50 orang wanita Malaysia . Ini adalah komitmen kami kepada anda para wanita SAFI”.
Persembahan Video: Kembara Cantik Safi Rania Gold
 Untuk pengetahuan uollls...

Produk kecantikan SAFI merupakan jenama halal no.1 Malaysia yang mampu menzahirkan raut wajah lebih remaja dan cerah. Ini kerana SAFI RANIA GOLD rangkaian produk anti penuaan yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera. Kombinasi hebat kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen I dan Kolagen III agar kulit lebih anjal, malah mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta merupakan ejen anti oksidan yang hebat.


Formulasi unik rangkaian SAFI RANIA GOLD ini meresap ke dalam lapisan dermis kulit untuk merangsang proses sintesis kolagen, mengunci lembapan pada bahagian paling dasar kulit sekaligus menyegarkan  dan menganjalkan sel-sel kulit.
 Seterusnya gimik persembahan: Pesona Emas Dari Lembah Nil :)
 Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa... duta terbaru Safi Rania Gold...
Yeszaaaaaaaa... kini Nora Danish, antara selebriti popular di Malaysia dilantik menjadi duta Safi Rania Gold  yang terbaru. Nora turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk Safi Rania Gold selama 3 minggu.

"Hanya dalam masa tiga minggu saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan”.
 
SAFI RANIA GOLD amat istimewa buat saya kerana ia memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan seleksi produk lengkap setiap satu dengan manfaat tambahan yang merawat masalah penuaan dengan khusus. Setiap satunya menjanjikan pengalaman kecantikan emas yang unik”.

“Tunggak kecantikan saya adalah empat produk SAFI RANIA GOLD yang setiap wanita juga harus ada, Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD membersihkan sisa kotoran pada kulit muka dengan berkesan diperhebat dengan manfaat KARNOSIN yang melindungi kulit dari
radikal bebas, membuatkan kulit cerah dan sekata. Ia turut memberikan kelembapan dan kesegaran berpanjangan”.
 
"Selepas membersihkan wajah, jangan lupa untuk memakai Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD dengan lebih 50X BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA. Gunakan serum pada muka dan leher anda, pastikan ia disapu pada urutan keatas. Ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar tanda penuaan pramatang diperlahankan sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah”.


“Selepas pengunaan serum, pastikan anda memakai Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan perlindungan  SPF25PA++ diperhebatkan  dengan LIGHT DIFFUSING CRYSTALS yang mampu mengimbangkan tona kulit, justeru kulit tidak kelihatan pucat atau kekuningan”.


“Pada sebelah malam oleskan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD dengan manfaat PHYTO-SLC- krim bergel tanpa kesan melekit. Ia memulih, mencerah dan menganjalkan kulit dengan meningkatkan aktiviti sel serta penghasilan kolagen”.
Wahhhh... Dengarkan kata-kata Nora saya memang sangat teruja untuk mencuba sendiri kehebatan Safi Rania Gold. Dari pencuci muka, serum, krim siang dan malam pasti memberi kelainan pada rupa paras... ahem... makin muda... woot woot

Ibarat puteri Mesir di Lembah Emas, chewaaah...
 
Ni ala-ala dayang Puteri Mesir, hahahahahaha 
Ni rupa sebelum 3 minggu...
Nanti kita lihat sendiri selepas 3 minggu...
Aishhhh hahahahah

Abadikan kejelitaan tersirat uoolss bersama SAFI  RANIA GOLD!
Perhebat pesona dirimu dengan raut wajah remaja dan cerah.  

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI RANIA GOLD  
sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA
laman instagram SAFI @safimalaysia 
saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.


Salam sayang dari Dayang Puteri Mesir Lembah Emas;

1 comment:

Anonymous said...

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
memang kubur masing2..dosa masing..
adakah kita akan mandi dan kafan jenazah kita sendiri? adakah kita masuk kubur sendiri?

komen yg aku bg diatas la pada pic ig nora danish spt di pic blog ini..nora danish telah delete n block komen tersebut.. 1 st pereka fesyen dapat dosa sbb reka bju cmtu lps tu nora pakai dia dpt dosa n pereka tu dpt 2 dosa..cuba campur gn org yg lihat..huyooo..aku bkn la ustaz o ustazah.sbagi Islam kita kna tegur menegur..nnt boleh jwb kt akhirat kelak aku dh tgur lps tu kna block..#sysygsaudarasy #jommasuksyurga