Wednesday, December 3, 2014

Bali : Kisahnya Bercuti dan Penginapan di Hotel Holiday Inn Express

Percutian ni dah lama dirancang...
Lepas dapat jer voucher kemenangan melancong dari Reliance Travel, gegeh cari destinasi nak lawat satu famili. Walaupun asalnya nak ke Korea tapi memandangkan nak bawa ahli keluarga yang sangat ramai rakyatnya so kena pilih tempat yang sangat berpatutan ngan bajetnya, kih kih...
Why Bali meh???
Saya walaupun tidaklah hebat sangat dalam subjek Geografi tapi saya suka dengan subjek Sejarah. So, kedudukan provinsi Bali tu saya tidaklah tahu kat mana sebenarnya, yang saya tahu Bali a.k.a Pulau Dewata ni pernah ditadbir oleh Kerajaan Majapahit. So, kesan peninggalan sejarah dari Kerajaan Majapahit tu memang banyak kat sini. Itu ajorr...
Dan Bali juga sangat popular pada pelancong yang sukakan sukan air/maritim ekstrem. Selain daripada mempunyai banyak kawasan air membiru, kos beraktiviti air di Pulau Bali takdelah mahal sangat. Soooo berbaloi gitu...

Tapi bila orang tanya, eh awak sesuai ke bawa anak-anak gi Bali? Tu bukan USS ma...

Ok, fine... lain anak lain peelnya..
Anak2 ai telah terdidik dengan hasutan Dedet dier dengan segala aktiviti persekitaran. Panjat bukit, masuk hutan, masuk gua, lawat monumen bersejarah, muzium, lawatan ke zoo repeat berkali-kali dan segala kaedahnya. So dowang yang excited melebihi dari saya sendiri untuk ke Bali ini. Kalau uolls tanya ai... ai prefer pergi negara yang banyak menawarkan jualan mega, hahahahahahaha

Macam-macam hal nak sampai ke Bali ni tau uolls...
Tapi siyeslah penerbangan pagi tu ke Bali, memang agak menyeramkan...
Lagi-lagi naik kapal terbang bajet murah ni, hahaha
Bergoyang2 uolls... Lagi best...
30 minit sebelum sampai my Akid selambak muntah dalam flight. Pening katanya...

Ok, Dedet dier agak malu jugak...
Berkali-kali minta maaf dengan uncle sebelah Akid...
Ai tak malu sangat, hahahahah
Sebab kejadian itu berlaku ketika ai membuta seia sekata bersama Ameer dengan jayanya.
So, Dedet dier kasi setel...
Rasanya peratusan paling besar penduduk di sini adalah beragama Hindu. Tidak hairanlah kalau sampai ajer di Bali kelibat patung-patung ala2 statue memang berlambakan kat situ, dari airport sampailah ke bandar Kuta dan sekitarnya. Juga banyak sangat kenderaan di jalanan.

Dan di Bali memang terdapat banyak lorong/jalan tikus--> jalan kecil yang muat2 sebuah kereta jer lalu. Ekceli masa kitaorang sampai, terus di bawa berjalan ke "ULUWATU ANCIENT TEMPLE". Antara temple yang tertua di Asia Tenggara telah wujud sejak abad ke 11 lagik... (errk nantilah ai up story, pueh nak mencarik gambar, hehehe).

Lepas lawat temple, kami di bawa makan di restoran tepi pantai...
Kemudian terus check ini kat sini... dalam pukul 6 petang...
6 petang di Bali gelapnya macam kul 7 malam di Malaysia...
Kat sinilah kitaorang menginap... Hotel baru ni kat Kuta, Bali...
Ni pintu masuk hotel uolls... Kemas dan simple kennn
 
Tanjat mak mertua ai... tengok payung kuning dan putih :p
Hahahahahah... Tapi memang cantik hotel ni :)
Walaupun tak sehebat Hotel Hard Rock yang famos, Hotel ni memang best juga untuk menginap seisi famili sehari dua...
 
Ruang receptionist dan lobby menunggu...
Ok, ni bilik saya...
Kami booked 3 bilik, keluasan dan rupanya sama seperti gambar di atas...
Ditambah extra bed, kiranya setiap bilik ada 3 orang :)
Ada meja kecil di depan katil...
Bolehlah untuk saya lepak sambil layan FB...
Bilik mandi... Simple dan kemas...
Tempat mandi... Ok, sengal... Sekian...
Almari baju kat tepi tu...
Tempat saya ngan Anaqi mengerjakan kopi...
Kat umah bukan main malas nak buat air tapi masuk jer bilik hotel dan-dan nak minum kopi buatan air tangan sendiri. Mengada tahap dewa...
Dari balkoni... Setakat bermalam di situ takdelah mat2 atau minah2 saleh yang berpeleseran di depan balkoni. So memang sangat menjaga mata bila tidur di sini... kihkih
Dan di roof top terdapat kolam renang kecil yang ohsem...
Ni pandangan dari roof top... di kejauhan boleh nampak laut...
Juga bersebelahan ngan hotel ni... ada sekolah uolls...

Pagi2 dengar ayam berkokok... juga Jalak Bali...
Lepas tu dapat lihat motorsikal yang membonceng kanak-kanak ke sekolah...

Priceless betoii...

Ok, entri kedua menyusul esok...
Gue banyak kerjaan yang mahu dilangsaikan ya dong!
Mohon permisi :)

7 comments:

Mama Zharfan said...

Besh!!

Ainniah Zulkefli said...

salam..tumpang lalu..menarik juga hotel ni..nak tunggu entri esok pulak.. :)

ainniah.com

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jangan amana khairy muntah dlm flight..kot2 mak diorg yg muntah :p

Ezna said...

Hotel pun nampak sangat selesa...

AyuArjuna BiGoshh said...

Memang best Suzz...

AyuArjuna BiGoshh said...

W'salam... Hotel ni memang menarik, staff pun mesra

AyuArjuna BiGoshh said...

Tak kot... my Akid dia over sebab tidur...