Friday, December 26, 2014

LTCP : Long Term Car Park Untuk Parking Murah di KLIA2

Ari tu masa gi Bali, ramai yang tanya pergi KLIA2 dengan apa?
Naik public transport ke? Bawa kereta ke? Parking kat mana?

So, last minute... Kitaorang google...
Baca review dari orang yang pernah parking kat situ, Pro dan Cons...
Dengan keadaan yang nak bercuti ramai melibatkan anak2 lagi... kenn
Kitaorang akhirnya decide, nak parking kat LTCP

Untuk pengetahuan uolls ya...
LTCP ni sesuai untuk mereka yang parking kenderaan bagi tempoh yang lama ya.
Yang menariknya walaupun jarak antara LTCP dengan KLIA2 takdelah jauh sangat (juga tidak terlalu dekat) tapi masih perlukan public transportation. Mujurlah LTCP ni die sediakan free shuttle bus 24 jam (setiap 15 minit rasanya). Masa otw ke Bali my hubby drop kitaorang kat KLIA2, die terus gerak ke LTCP & sertai kitaorang lepas tu.

Time balik dari Bali... Kitaorang reramai naik shuttle bus dari KLIA2 terus ke LTCP...
Die tingkat bawah (lupa dah aras mana) tapi berdekatan dengan restoran mamak kat KLIA 2. Uolls cari kaunter A10. Tunggu kat situ...
Yang menariknya, uolls tak yah risau kalau kena heret beg besar bagai pun. Sebab bus shuttle ni die bila amik dan turunkan penumpang, die akan turunkan paras ketinggian bas (korunk paham tak?). Macam ada hydraulic suspension yg boleh laraskan platform bas untuk se-level dengan aras kaki lima. Boleh tengok gambar tu, so kita boleh seret jer beg troli tu tanpa perlu angkat-angkat.
Selain pintu yang besar, keluasan bas juga sesangat selesa uolls...
Memang nampak cam bas khas mengangkut penumpang dan barang...
Keadaan parking yang luas dan berbumbung...
Untuk pengetahuan uoll... parking kat sini RM32 sehari...
Tapi kalau parking kat KLIA2 dalam RM46 sehari.
So, memang banyak beza. Lebih-lebih lagi kalau parking lama-lama...
Yang penting takdelah nak jalan jauh sangat... Bus shuttle pun kerap....
Gambar tak berapa clear pada pukul 12 tengah malam...
Terpulang kat uolls... Tapi bagi saya parking di LTCP ni ok...
Nak tahu direction just follow signboard sepanjang ke KLIA2...
Bereh!

6 comments:

Merlyn Hasshim said...

dulu masa kat LCCT, kami dpt parking paling murah RM16 sehari.. nampaknya mahal 2 kali ganda jugak la parking di KLIA2 yg termurah ini

Ezna said...

Kalau parking kat putrajaya sentral murah lagi. RM6 sehari. Pastu naik ERL terus ke KLIA atau KLIA2. Parking berbumbung dan guard 24 jam cuma utk yg travel x lebih dari 2 minggu.

KebunKu SyurgaKu said...
This comment has been removed by the author.
KebunKu SyurgaKu said...

http://www.gelenggang.com

Gelenggang - KLIA Transit House said...

Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. T&C Apply.

Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar. Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut atau whats apps kami 012 303 6203.

Gelenggang - KLIA Transit House said...

Promo Parking Syawal 2016 ( Travel Pack ) - Parking RM10.00 sahaja sehari.

Keterangan Lanjut sila layari www.gelenggang.com atau facebook kami
https://www.facebook.com/gelenggangtransit