Tuesday, December 16, 2014

Sesame Street English LetzHop, Memang Seronok Belajar dan Bermain di Sini :)

Sebagai ibubapa kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak kita. Apatah lagi dalam dunia yang penuh persaingan ini, membesarkan anak dengan memberikan pendidikan yang paling sempurna antara cabaran ibubapa yang bekerja seperti saya.

Apabila saya dipelawa untuk melihat sendiri satu program yang yang dibawakan oleh LetzHop Eduspace Sdn Bhd  Pusat Pembelajaran Sesame Street English, memang saya sangat teruja dan ternanti-nantikan tawaran sebegini. Paling menarik saya turut dibenarkan membawa anak saya (mengikut umur yang bersesuaian) mengikuti satu kelas percubaan di pusat pembelajaran ini :)


Pusat Pembelajaran Sesame Street English merupakan antara pusat pembelanjaran komprehensif yang mendidik anak-anak sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Di inspirasikan daripada kumpulan organisasi (non-profit) rancangan siri TV yang cukup popular Sesame Street, yang mana ko-kurikulumnya adalah mencakupi proses pembelajaran mengikut perkembangan usia.

Idea Sesame Street English bermula di United States yang memberi pendidikan melalui siaran di TV dan 40 tahun seterusnya ianya menjadi fenomena pendidikan kepada berjuta-juta kanak-kanak di lebih 150 negara.

Saya sendiri masih ingat bagaimana mula belajar mengenali ABC seawal 3 tahun dengan hanya menonton rancangan Sesame Street di TV2 :)

Untuk pengetahuan uollls, setiap rancangan yang ditayangkan di TV adalah unik dan tersendiri ianya mengikut negara asal kanak-kanak yang menontonnya. Ini berdasarkan kepada budaya dan pendidikan tempatan negara kanak-kanak tersebut.

Dengan evolusi pendidikan berinteraktif Sesame Street English, sangat membantu dalam pembelajaran dan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak. Apatah lagi dengan kehadiran karektor Sesame Street yang popular seperti Big Bird, Elmo,Cookie Monster dan semua ahli keluarga Sesame Street menjadikan kanak-kanak seronok belajar sambil berhibur.

Misi Sesame workshop adalah mendidik kanak-kanak untuk berani menunjukkan potensi diri. Setiap kelas yang dijalankan akan mendedahkan anak-anak dengan aktiviti "hands on" bahkan turut menggunakan pelbagai bantuan teknologi multimedia. Ini membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan berani, menyanyi, menari dan melakukan aktiviti kerja lembar yang sememangnya menjadi tradisi pembelajaran.

Gambar watak Elmo, Big Bird, Cookie Monster dan famili Sesame Street turut menghiasi di setiap sudut kelas. Menarik bukan :)


Setiap kelas paling ramai hanyalah 10 murid sahaja dengan 2 instruktor. Pembelajaran melalui bercerita dan penerangan di dalam satu kumpulan kecil membolehkan instruktor mendekati lebih rapat kanak-kanak yang menyertai kelas ini.


Untuk pengetahuan uolls ya, instruktor di Sesame Street English adalah instruktor yang terlatih mempunyai kelayakan akademik terutama dalam bidang pendidikan kanak-kanak dan psikologi.

Setiap kanak-kanak yang menghadiri kelas di sini akan menerima lembaran kerja dan kemudiannya akan di simpan dalam satu fail yang sangat menarik.

Sangat kemas dan sistematik uollls :)

Antara lembaran kerja khas buat My Amani!


Setiap lembaran kerja aktiviti dan buku yang digunakan di Sesame Street English adalah dipatenkan dan diberi lesen, yang pastinya ianya diimport khas daripada Sesame Street Workshop.

Saya agak tertarik dengan buku yang di bawakan khas dari Sesame Street workshop. Bukan sahaja kualiti buku yang bagus, bahkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam setiap cerita juga menarik, serta tulisan di dalam buku juga agak besar dan jelas.

Contohnya media yang digunakan dalam pembelajaran. Di mana pelbagai pilihan modul yang disediakan mengikut kesesuaian umur dalam kelas kanak-kanak yang menyertai.

Kanak-kanak pasti teruja, apabila berpeluang untuk mencari dan menjawab soalan di paparan skrin digital. Ini salah satu cara untuk memberi pendedahan untuk kanak-kanak berani ke hadapan dan ada rasa yakin diri untuk memberi jawapan.


 Antara aktiviti yang disertai oleh My Amani dan Afiq..

Belajar berkreativiti menggunakan tangan dan cat air...

Dengan bantuan instruktor pastinya, kanak-kanak dilatih berkreativiti menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Beraktiviti dalam kumpulan juga membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Sekaligus mendidik mereka untuk belajar berkawan dan berdikari.


Banyak alatan pembelajaran yang disediakan. Terdapat ruang seperti gym kanak-kanak, ada juga tempat bercerita (ada patung muppet dan sebagainya), ruang membaca, ruang beraktiviti seperti permainan masak-masak dan pelbagai lagi.

Siapa tak kenal dengan Elmo?
Anak saya Afiq begitu teruja dengan kehadiran Elmo dalam kelasnya hari itu..
Elmo merupkana si merah yang sangat positif karaktornya dalam siri Sesame Street..
Elmo juga seorang periang dan prihatin..
Sifatnya seperti my Amani :)

Gambar kelas, hehehehehe

Mak kanak-kanak juga riang sesangat bergambar bersama Elmo...

Seriusly, persekitaran dan bahan pembelajaran yang cukup komprehensif menjadikan Sesame Street English LetzHop antara pusat pembelajaran kanak-kanak yang terbaik buat anak-anak kita semua.

Sesame Street, Dulu, Kini dan Selamanya Diminati Satu Dunia, Ianya Lagenda!!

Sesame Street English LetzHop Enhancing Your Minds!

************************
About Sesame Street English (SSE)

The LetzHop Sesame Street English is a comprehensive English language learning curriculum for children between the ages of 3 and 12. Developed by the international educational media company Sesame Workshop, the program uses an internationally acclaimed methodology to introduce young children to English language learning in a fun and engaging way. SSE's comprehensive curriculum consists of 720 lessons designed to be presented over a period of nine years. The lessons are grouped into three course levels, beginning with the Kindergarten Years for ages 3 to 6 (K1 to K3), continuing with the Lower Primary Years for ages 6 to 8 (P1 and P2), and concluding with the Upper Primary Years for ages 8 to 12 (P3 to P6).

For more information, please go to www.letzhop.com/sse 

About Sesame Workshop

The Sesame Workshop is a non-profit educational organisation behind Sesame Street. The aim of this workshop is to utilise the educational power of media to help children everywhere reach their highest 
potential. The Sesame Street programmes aim to teach children beyond their ABCs and 123s to deliver crucial lessons so that kids grow up healthy, happy and at home in their world. The organisation began in the United States with the simple aim of teaching kids through television and now 40 years later has grown into a worldwide educational phenomenon, reaching millions of children in more than 150 countries.

For more information, please go to www.sesameworkshop.org  

About LetzHop

LetzHop was founded under MMSC Ventures Sdn. Bhd. (MVSB), an end-to-end e-Learning Solution Provider that was incorporated in January 2010 after a wide group restructuring of one of the most established e-Learning solution providers in Malaysia, Multi Media Synergy Corporation Sdn. Bhd. (MMSC). MVSB leverages on MMSC's extensive experiences in developing and deploying comprehensive e-Learning solution for the education and non-education market.In the spirit of expanding its service offering, MVSB has decided to bring a renowned English Language 
Learning product, Sesame Street English to Malaysia. MVSB is the license holder for the brand of Sesame Street English in Malaysia.

For more information, please go to www.mmsc.com.my