Monday, January 5, 2015

Bukit Tinggi Pahang : Hotel Colmar Tropicale

Masa di Bukit Tinggi. Kitaorang menginap di Hotel Colmar Tropicale. Hotel ni rekabentuknya ala-ala rekaan french sikit. Saya paling minat dengan balkoni yang bertingkap seperti ini. Agak klasik :)

Bilik yang kami dapat untuk menginap semalam ini berhadapan dengan bangunan lain. Dan dari tingkap bilik ni juga kitaorang boleh nampak aktiviti2 manusia yang datang berkunjung ke Colmar Tropicale :p

Yang menariknya tentang bilik yang kitaorang bermalam ni..
Dia ada 2 tingkat..
Kat tingkat bawah, ada katil King..
TV, peti ais dan semua fasiliti untuk masak air ada (teh + cerek elektrik + gula + krimer)
Tapi almari baju tak ada kat tingkat bawah..
Bersebelahan katil ni ada bilik air :)



Katil ni boleh muat 4 orang tau...


Tangga ke tingkat atas..


Ruang kat tingkat atas tidaklah terlalu luas, tapi tidak juga terlalu sempit.
Ada almari baju di situ.
Katil kat atas ni rasanya saiz queen...

Tapi, muatlah untuk saiz 4 orang :)

Dekorasi dalam bilik hotel ini agak minimal dengan sentuhan "english style". Biarpun tidak ada bunga2, tapi penggunaan warna putih dan juga beberapa bingkai lukisan yang menunjukkan latarbelakang rumah desa english menjadikan bilik di Colmar Tropicale ini agak menarik.


Bilik air ada bath tub juga..
So, boleh berendam puas-puas kalau malas nak ke kolam renang.

Budak tenit ni paling suka berendam...

So, kita masukkan dalam sinki ala2 bath tub untuk saiz baby, hehehe

Bukan main syok, berbaby spa dalam sinki..

Janji ada buih, ada air...
belasah jaaa...

Keterangan lanjut mengenai hotel bolh klik pautan ini --> http://www.colmartropicale.com.my/

1 comment:

Mama Zharfan said...

menariknya bilik ni...dulu ie pernah stay kat standards room jer..tu pun harga dekat2 RM300 per nite..yg ni msti mahal kan