Wednesday, April 22, 2015

Be LOHAS Menawarkan Veggie Cuisine Terbaik dan Juga Kepelbagaian Barangan Organik

"LOHAS - Lifestyles of Health and Sustainability", gaya hidup sihat dan berkualiti antara yang dicari dalam kehidupan masyarakat di Malaysia hari ini. Kehidupan berkualiti bukan sahaja memerlukan kita sentiasa membuat senaman setiap hari, bahkan cara pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang juga penting.

Untuk pengetahuan uolls, BMS Organics mula mempromosikan produk makanan sihat vegetarian organik bermula pada tahun 1997. Seterusnya pada tahun 2007, kedai makan Be LOHAS yang pertama telah  dibuka di Bandar Puteri Puchong yang dinamakan sebagai "Le Huo" yang membawa maksud "living happily".  Dan kini sebanyak 16 outlet Be LOHAS yang telah dibuka di sekitar kawasan Lembah Klang, Selangor dan juga Seremban.

******
Peluang merasai sendiri hidangan lengkap dan berkhasiat di Be LOHAS bersama keluarga tercinta tidak saya lepaskan. Apatah lagi semua menu yang ditawarkan di sini merupakan hidangan vegetarian yang menggunakan bahan-bahan segar tanpa pengawet, tiada MSG (penyedap rasa) dalam masakan dan sumber bahan masakan semuanya organik.
Dekorasi restoran yang menarik, kemas dan cantik. Sesuai untuk makan besar bersama seisi keluarga.
Secangkir teh serai panas bersama tablet spriluna, pendahuluan terbaik sebelum menikmati hidangan. Anak-anak saya memang teruja menikmati tablet spriluna ini :)
Seteko teh cina yang panas, benar-benar memberi kesegaran. Selain bagus untuk proses detoks, aromanya juga mampu memberi terapi minda.

Untuk pengetahuan uolls, Restoran Be LOHAS Healthy Vegetarian Cuisine juga ada membuat promosi bersempena dengan "Parents Day" tidak lama lagi. Memperkenalkan beberapa set menu hidangan yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Seperti saya dan keluarga telah mencuba Set B1 (4 pax) yang berharga RM108, untuk ahli (RM99.36).

Antara menu yang dihidangkan seperti:-
Seaweed Veggie Ball Soup
Sup seaweed dimasak bersama cendawan, lobak merah dan juga fish ball. Boleh di makan panas-panas bersama nasi ataupun dihirup terus! Memang sedap :)
3-grain rice dan  "Ladies Finger With Sesame Oil"
Beras berkhasiat yang kaya serat sememangnya mengenyangkan. Bertambah enak dimakan bersama bendi yang di masak seperti berlemak masam-masam manis. Hidangan agak unik serta menepati citarasa saya yang gemarkan rasa manis-manis asam.
Mangolian Soy Fish
Hidangan ni "win" untuk citarasa saya. Ikan yang digoreng ranggup, disaluti sos seakan masam-masam keju. Sedap sangattttt!
Curry Mixed Vegetables
Mewah dengan sayuran, kuah kari ini dimasak bersama air kacang soya. Menu berkhasiat dari ramuan yang kurang kolestrol tapi kaya dengan variasi sayuran.
Mushroom and vegetables
Nampak biasa kan? Tapi sebenarnya sayuran yang dimasak bersama cendawan ditabur juga biji asam. Sedap :)
Carot Cake
Krim yang tidak terlalu berlemak, rasa manis yang sederhana serta kaya dengan fiber benar-benar pelengkap sebagai pencuci mulut yang berkhasiat. Apatah lagi taburan kacang yang kaya zat besi dan tinggi protein serta hirisan lobak benar-benar membuatkan saya teruja pada setiap gigitan.
See, nampak enak bukan? Padat dengan serat :)
Buah-buahan segar sebagai pemanis mulut :)

Di dalam restoran Be LOHAS turut terdapat beberapa barangan dan makanan organik yang dijual dengan harga berpatutan.
Daripada biskut, teh, kopi...
Terdapat juga makanan frozen seperti burger veggie, fish ball, tauhu dan banyak lagi.
Pelbagai kordial berperisa buah-buahan organik...
Susu soya, oat, beras perang dan banyak lagi...
Pelbagai jenis ubat detox :)
Barangan mandian, pembersih muka, syampu, krim muka semuanya berasaskan organik.
Bahan masakan organik...
Mee organik pun ada... Paling ketara mee spriluna warna hijau :)
Kudapan ringkas bukan sahaja enak tetapi juga berkhasiat.
Makanan untuk my Ameer!
Ais krim organik! Uolls pernah cuba tak?
So, uollls jangan lupa terjah untuk merasai sendiri keenakan hidangan berasaskan bahan organik serta juga boleh mendapatkan barangan oraganik dari sini.
Hidup dengan lebih sihat dengan menikmati produk yang berkhasiat!
Keterangan lanjut boleh buat carian di www.bmsorganics.com 

Be LOHAS!!!

4 comments:

ilasaleh said...

sekarang memang org carik organic and natural je kak.. semua takut kimia..

Mama Zharfan said...

nampak sedap jer meal tu :)

CikLily Putih said...

terbaek ayu.. nampak cam sedap jelah plak

AyuArjuna BiGoshh said...

ila- mmg kena cari yang organik tanpa pengawet :)

MZ- sedap...

Cik Lily...sedap kak...untuk taraf veggie restoran