Tuesday, April 21, 2015

EnerZ Indoor Extreme Park Memperkenalkan Cabaran GST

EnerZ Extreme Park, merupakan kompleks sukan "indoor" menawarkan pelbagai aktiviti sukan ekstrem dan ianya terbuka untuk semua peringkat umur. Namun untuk kanak-kanak, had ketinggian ditetapkan iaitu mestilah melebihi 90cm. Ini bagi memastikan keadaan fizikal kanak-kanak adalah bersesuaian dengan aktiviti yang bakal mereka sertai di sini.
EnerZ telah memperkenalkan konsep "Gaya Hidup Energetik" yang mana menggalakkan orang ramai untuk hidup dengan gaya aktif dan sihat.
Saya bersama anak-anak juga berpeluang mencuba permainan ekstrem di sini pada hari Sabtu lepas.
Berada di sini adalah wajib memakai sarung kaki khas, yang boleh didapati dari EnerZ Extreme Park.
Majlis pelancaran kempen turut disertai oleh selebriti (model dan pelakon) Malaysia yang sememangnya terkenal dengan gaya hidup sihat, cantik dan bergaya iaitu Amber Chia. Anak lelaki Amber Chia iaitu Ashton turut sama menyertai pelbagai aktiviti ekstrem di sini.
Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, EnerZ Extreme Park bukan sahaja menyediakan pelbagai ruang aktiviti buat mereka yang sudah dewasa bahkan terdapat juga peralatan dan permainan yang sememangnya dikhaskan buat kank-kanak. *Seperti gambar cabaran di atas. Bukan sahaja boleh menguji sejauh-mana keberanian kanak-kanak mengatasi halangan bahkan mampu mendidik anak untuk bersikap optimis dengan melakukan perkara yang mampu menguji kemampuan fizikal mereka.
Dan uolls jangan bimbang tentang aspek keselamatan. Ini kerana di EnerZ, segala peralatan permainan disediakan megikut piawaian sepertimana yang telah disyaratkan.
Seriously, saya sangat kagum dengan keberanian yang ditunjukkan anak-anak saya. Sepertimana yang sering saya titipkan pada mereka untuk sentiasa berani ke hadapan, dan bersungguh melakukan segala perkara yang ingin dilakukan.
Pelbagai jenis rintangan yang perlu ditempuhi apatah lagi dengan ketinggian untuk setiap cabaran adalah berbeza.
 Cubaan untuk menguji skil memanjat tembok, see my girl gigih berusaha :p
"Climbing wall" ni antara permainan yang mampu menguji  fizikal dan mental. Daya tahan berfikir secara kritis mencari tempat pautan serta kepantasan juga adalah faktor seseorang itu berjaya memanjat tembok ini sehingga ke atas sekali.
Trampolin uollls!!!
Melompat dengan penuh gaya...
Pelbagai aksi boleh dilakukan di sini. Tapi AWAS teknik dan kemahiran perlu ada untuk mencuba skil-skil yang ekstrem.
Parkour in da' action! Kagum :p
Antara beberapa aksi lompatan...
Semuanya diselia oleh staff dari EnerZ.
See my Afiq, membuat lompatan dengan berlari di atas trampolin kemudiannya terjunan tiruk.
Jatuh di atas bongkah lembut ini uolls...
Memang seronok!!
Abaikan si kenit ni yang nak bermain sama...
Berada di sini bersama si kecil, kita perlulah pantau ya. Sangat bahaya, hiks.
Dodge Ball! Anyone?
Selain daripada sukan ini cukup merelakskan, ianya benar-benar boleh menghilangkan stress.
See, My Anaqi yang melompat keriangan ketika bermain Dodge Ball...
 Teknik membaling yang sangat ohsem, Hahahahahaha
Permainan yang mendapat perhatian orang ramai, iaitu flying fox! Terdapat beberapa cabaran di ruang "sky ropes" yang hanya  golongan dewasa dibenarkan untuk mencuba permainan ini.
Selain daripada gelanggang badminton, kelas "fitness" dan macam-macam lagi. Kemudahan seperti helmet keselamatan turut disediakan...
Locker untuk menyimpan barang...
Terdapat juga banyak tempat duduk untuk bersantai...
Kafe' yang menjual pelbagai makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan.
Rak kasut yang diletak khas untuk pengguna EnerZ juga ada disediakan.
Senarai harga yang ditawarkan, boleh rujuk di sini ya uollls...
EnerZ juga memperkenalkan EnerZ Edutainment Program yang direka khas untuk kanak-kanak adaptasi daripada "Australian Edutainment Programme". Program ini direkabentuk sesuai dengan budaya dan proses pembelajaran kanak-kanak di Malaysia yang membolehkan mereka mengeksplorasi keseronokan aktiviti fizikal. Di samping membentuk kualiti "leadership" dalam diri dan juga skil bermain dalam kumpulan.
Kempen Cabaran EnerZ G.S.T. (Gut Builder - Sky Ropes - Trampolines) turut dilancarkan yang mana mereka yang berminat boleh menghantar gambar/video aktiviti ketika melakukan cabaran "adrenaline-fueling" dan "heart-racing" di EnerZ Extreme Park. Gambar dan video yang dihantar di FB perlu disertakan dengan #EnerzGSTChallenge #EnerzHereICome ##EnerzWhoDaresMe
Pelbagai barangan esklusif boleh dibeli dari EnerZ, ini termasuklah beg galas RM100, botol air RM15, topi RM30 dan banyak lagi.
Jom ke EnerZ, luangkan masa sengang uolls dengan aktiviti bermanfaat. Dan juga antara tempat yang boleh berlibur seisi keluarga dengan melakukan aktiviti yang hebat!

Keterangan lanjut boleh layari www.enerz.my ataupun www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark
EnerZ ~ Lot 791, Persiaran Subang Indah, 47500 Subang Jaya, Selangor

Woots!

3 comments:

Hanim Hashim said...

Perghhh! best ni .... nak melompat jugakkkk hehe :D

Mama Zharfan said...

my zharfan dh lama request nak gi tempat ni...tp mcm mahal gak rate ni (mak versi sin chan :p)

AyuArjuna BiGoshh said...

hanin---- jom lompat2

mz- bulan ni promosi rm4 masuk