Sunday, May 3, 2015

Resepi "Chicken Wrap 1,2,3" Dari My Anak Lelaki

Gelagat 3 beradik lelaki,
Teman gaduh, ketawa setiap hari,
Masing2 suka mencuba resepi idea sendiri,
Pantang mak kasi "green light" terus masak dengan hepi.
Nak sediakan resepi ini mudah sahaja,
Hanya perlukan beberapa bahan yang jimat belanja,
Paling utama "Mission Wraps" wajib ada,
Serta mayonis, lof ayam, salad, timun dan lemon penambah rasa.
Panaskan sebentar "wraps" dalam kuali...
Kepingan lof ayam dan juga hotdog sekali...
Sementara itu susunkan sayuran seperti salad...
Dan juga timun di atas wrap yang sudah sedia dipanaskna terlebih dahulu...
 Untuk rasa lebih "kick" perahkan sedikit lemon...
Susunkan lof ayam yang sudah siap dibakar...
Nak selitkan dengan hotdog pun boleh juga...
Letak sedikit mayonis dan juga taburkan sedikit serbuk lada putih...
Siap untuk dimakan bersama sos kegemaran!
Resepi mudah my anak lelaki,
Chicken  Wrap 1,2,3...

2 comments:

Hermit said...

Rasa not bad... grill hirisan bawang besar mesti lagi kaw.. xoxo

AyuArjuna BiGoshh said...

tengokla ank didikan saper hahahah