Burger Kukus Terbaik Cap Ramly Air Tangan Sendiri

Punyala tak tahu nak makan apa satu hari tu. Kebetulan Dedet pulak takde (out station). Last-last pergi kedai Ramly kat Seksyen 2 Shah Alam, bukan nak beli burger dah siap tapi nak beli bahan-bahan nak masak burger sendiri.
Inilah barangan yang dibeli di Kedai Ramly...
Cam nak berniaga ajer banyaknya...
Tapi sebenarnya memang untuk makan seisi famili jaaa...
So, saya beli daging oblong, roti hotdog, sos lada hitam dan juga bergedil (beli sajo2 semata).
Harga kat Kedai Ramly ni takdelah mahal sesangat...
Takdelah murah berbenor sampai boleh beli borong...
Tapi atas niat nak membantu produk tempatan...
Inilah salah satu caranya. Beli dekat kedai yang menjual produk HALAL dan ianya diusahakan oleh warga Malaysia... gitewwww.
Saya paling suka kukus roti berbanding dengan "gril" kannya dalam kuali...
Sebab roti yang dikukus, rasanya lebih lembut dan sedap...
Tak caya cuba, try, test...
Lepastu bakar jer oblong tu...
Siap, gaul jer bersama dengan sos black pepper...

Selitkan sekali karamel bawang dalam burger kukus anda...
*Bawang kuning (yang besar) potong racik dan digoreng bersama gula...
Jadilah karamel bawang...

Sedappp woooo...
Tak payah letak mayonis bagai...
Kalau nak letak sos cili boleh juga...
Tak nak pun takpe...

Modal buat sendiri satu burger sedap jatuh dalam RM2-RM4...
Ater kalau beli kat kedai mahu RM5 ke atas...
Ni belum beli kat kedai mahal, mahu ajer resepi bodo2 gini dowang charge 15 hengget...

Buat sendiri derrr...
Jangan selalu meROSMAHkan perbelanjaan harian anda...
Ekekekekek (perkataan baru ai belajar tadi)
ROS- Boros
MAH - Mahal

Burger Kukus Terbaik Cap Ramly Air Tangan Sendiri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 06, 2015 Rating: 5

6 comments:

  1. hahahaha meROSMAHkan la plak..errr terliurnyaaaa i puasa ari ni hehhehe

    ReplyDelete
  2. Best sangat la kan ghopernya..
    Betul bila lagi kan nak sokong produk tempatan,
    saya pun suka shopping kat kat Ramly Burger. TErbaik!!

    ReplyDelete
  3. Aduhai terliur tengok ni haa
    Tips baru pasni nak try kukus roti pula mcm best je bunyinya :)

    ReplyDelete
  4. mz- unik tapi byk betulnya heheheh'

    aula- meh meh kita sokong produk tempatan

    ila- tak lama maksud dlm kamus dewan

    Cik Kumbang- sila try, confirm tak menyesal

    ReplyDelete
  5. terbaik tips masak ni.
    yes, aida pun beli barangan ramly.
    confirm halal, kan ?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.