Monday, September 21, 2015

Berkreativiti Bersama PLAY-DOH®

Sepertimana semua ibubapa tahu berimaginasi secara sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Dari berimaginasi kanak-kanak akan lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.

Kita boleh belajar karektor kanak-kanak melalui apa yang diimaginasi mereka..

Kita boleh memahami emosi kanak-kanak ketika mereka melakukan aktiviti..

Kita boleh melihat sendiri perkembangan EQ dan IQ mereka menerusi hasil kreativiti yang mereka hasilkan..



Sebenarnya memang banyak kita boleh lihat, amati dan pelajari menerusi aktiviti yang dilakukan hasil dari cara mereka berimaginasi menghasilkan sesuatu. Oleh itu tidak hairanlah lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan.

Ini kerana dengan PLAY-DOH®, imaginasi kita akan tiada hadnya. Kita sebagai ibubapa boleh bekerjasama dengan anak-anak untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa.  Kita boleh berkomunikasi dengan anak kita, berbincang dengan mereka tentang apa yang ingin mereka hasilkan.

Contohnya, saya bertanyakan pada Amani.

Saya : Amani sayang...Apa yangAmani tahu pasal negara kita Malaysia...
Amani: Amani tahu pasal bendera - ada bintang, warna biru, KLCC, kuih karipap.....

Dan pastinya Amani mengeluarkan pelbagai idea yang berkaitan dengan Malaysia...

Secara logiknya untuk kanak-kanak yang berusia 5 tahun, imaginasinya adalah perkara atau aktiiviti tentang Malaysia yang dilihatnya setiap hari bukan?



PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Untuk menghasilkan sesuatu yang diimaginasikan. Kanak-kanak sememangnya sangat hebat dalam menentukan warna, bentuk dan mengkombinasikan keduanya.

Kita akan lihat sendiri, bagaimana mereka berusaha sehabis baik menghasilkan objek yang mereka gambarkan..
Contohnya KLCC...

Atas bimbingan my Yana yang berusia 12 tahun..

See KLCC yang diimaginasi...Not bad!

Pelbagai hasil imaginasi yang dihasilkan...
Apatah lagi menggunakan warna-warna terang, menjadikan objek yang dihasilkan lebih menarik.

Bermain PLAY-DOH® juga mampu membentuk jati diri yang baik dalam diri kanak-kanak. Mereka akan lebih tekun, sabar dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyiapkan objek yang mereka imaginasikan.

Saya juga suka dengan tekstur PLAY-DOH® biarpun lembut ianya mudah dibentuk..

Paling penting proses pembelajaran berkreatviti bersama PLAY-DOH® boleh juga dilakukan samada didalam rumah mahupun secara santai di luar rumah.

Tadaaaa...
Hasil imaginasi Amani, diterjemahkan bersama adik-beradiknya yang lain. Dan saya juga turut serta ya. Memang seronok dapat menghabiskan masa bersama anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menarik.

Menggabungkan elemen "Sehati-Sejiwa" - menunjukkan betapa harmoninya Malaysia seperti warna-warni pelangi yang ceria. Dengan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya, bunga kebanggsaan iaitu bunga raya dan juga kuih tradisonal yang menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu karipap dan donut dulu, kini dan selamanya. Kelihatan juga Gunung Kinabalu dan juga KLCC antara mercu kebanggaan negara. Keunikkan ketara, kesejahteraan terjaga, moga Malaysia terus bersinar umpama mentari bercahaya.

Saya teruja dan bangga dengan idea kreatif dari imaginasi my Amani...
Bravo!!!!

Oh ya, bermula 21 ke 27 September bertempat di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, pengunjung tidak kira samada kanak-kanak mahupun orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® .

Karya boleh dalam bentuk ukiran, nombor ataupun huruf.  Semasa anda semua mencipta yang baharu ataupun mencipta semula rekaan yang sedia ada. Ini sekaligus anda berpeluang menyertai kempen dari The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari, iaitu pada 26 September (Sabtu). Acara ni akan menyaksikan hasil rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® 

Jangan lupa sertainya ya!!!

24 comments:

Sue Izza said...

menarik..bijak amani

AyuArjuna BiGoshh said...

sue izza- heheh tq aunty :)

mummy_ayu said...

wah...nice!~!!

AyuArjuna BiGoshh said...

mummy ayu :)

Miera Nadhirah Tan said...

Cantiknya artwork tu.... menarik dan berwarna warni..... awesome!!!

Kylie wenn said...

Nice creation! Lovely.. Bonding moment is precious!

Emily said...

Lovely time to bond with parents and kids. I like the colours of the Play-doh.

Jessying said...

Nice!! This reminds me playing doh with my siblings!

FiSh. ohFISHiee said...

Wah playdoh colorful malaysia tu cantik! :) pandai anak2 akak semua

alizasara said...

So cute! nak main playdoh jugak! hehe

Sherry said...

so fun and nice. need keep the bottle tight, we still playing it. ;D

Janice Yeap said...

some bonding session with the kids.. ahh.. i miss playing doh with my siblings.

Isaac Tan said...

play doh, you can never go wrong with it. all kids love it.

Pamela Yeoh said...

nice and creative. is also greatfamily bonding

Mike Yip said...

Brings me back to the life of Plastercine we can get from the local bookstore, it's also cheaper even though it'll get stuck together and spoil. LOL

Pen My Blog said...

Awh love the final results :) Very beautifully done, you guys must have had such fun!

Arisa Chow said...

That's an amazing creation and good teamwork! I remember when I was a kid I always fought with my siblings instead of working together lol

Jessica Yong said...

awwww. so sweet la you and your kids. play doh is definitely a great time for parent and kids.

Nur Misnan said...

Kak no suka giler main play doh
tektur dia lembut rasa mcm mcm nak makan..
best buat mcm2 bentuk terutama makanan..
layan anak..

Selina Ooi said...

Cute your artwork by play-doh! Make me want to play with you all! Hehe

Rawlins GLAM said...

Dah saya plak berangan nak beli
Tapi untuk diri sendiri sebab masa kecil takde
Hahaha

Kelly Chin said...

This is a fun event for the kids and also adults. I still like to play with play-doh sometimes.

Ivy Kam said...

I played PLAY-DOH too when I was kid with my siblings, had so much fun working out our creativity :)

Leona Lim said...

great creation by your kids there! they must be so happy and proud they get to frame it up