Thursday, December 10, 2015

3 Item di LAZADA Yang Menjadi Buruan Saya

Tidak dinafikan LAZADA antara laman membeli-belah dalam talian yang agak popular terutama bagi penduduk di Asia. Populariti terhadap laman web secara talian ini semakin hari semakin meningkat. Ini kerana masyarakat hari ini sudah mula celik IT, selain daripada penjimatan berganda-ganda dapat dirasai melalui pembelian secara talian.

Cuba bayangkan hidup kita lebih tersusun aturnya dari memeningkan kepala untuk ke pasaraya. Kita juga bukan sahaja dapat menjimatkan masa daripada terlibat dalam kesesakan lalu-lintas. Bahkan dapat menjimatkan duit tol serta petrol dan tenaga untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain semata-mata untuk membeli-belah.
 
LAZADA Malaysia ada menawarkan pelbagai tawaran menarik yang mencakupi hampir semua keperluan isi rumah. Lihat sahaja pada tawaran LAZADA 12.12.2015 (Sabtu ini uolls), harga pampers Drypers bakal diberikan penurunan harga sebanyak 10%, begitu juga dengan harga hampagas Khind, penurunan harga dari harga asal sebanyak 63% dan Bean Bag (kualiti leather dan bersaiz XXL) diberi diskaun 76%. Pehhhhhhhhhhhhhhhh punyalah murah kalah harga yang kita boleh dapat dari mana-mana "warehouse sale"

Tetapi saya memang aim dengan Acer Chromebook 11 itu!!!
Dan saya tak sabar nak tahu berapa harga hebat yang bakal ditawarkan pada hari kejadian-->12.12.2015!!

 Hehehehe

************************

Sebagai seorang ibu yang bekerja dalam dunia pendidikan. Peralatan teknologi seperti komputer, pencetak (printer) dan sebagainya antara yang sangat membantu terutama dalam mencari dan menulis bahan pengajaran. Tetapi kesibukan masa dengan kerja bertambah dengan urusan anak yang perlu dibereskan, saya sering mencari alternatif yang mudah untuk saya mendapatkan bahan keperluan yang saya kehendaki. Ini terutama melalui internet, bak kata mak-mak dunia siber "segalanya mudah dan kuasanya di hujung jari anda"..kihkihkih

Apabila LAZADA melancarkan "Online Revolution Sale" yang bermula pada 11.11.15 dan bakal berakhir pada 12.12.2015. Pelbagai tawaran menarik dengan harga hebat menjadikan kita begitu rambang mata nak membelinya.

Hanya pilih pada pilihan menu kategori, di situ sahaja menyenaraikan berpuluh-puluh item (ada yang beratus-ratus) untuk kita pilih dari pelbagai pilihan barangan dan jenama yang mengambil bahagian. Seumpama kita melangkah masuk ke "Mall" yang besar dan lengkap semua keperluan yang kita mahukan.

Dan untuk promosi "Online Revolution Sale" dari LAZADA kali ini, saya memang berminat sesungguhnya pada 3 barangan ini,

1. Brother hl1110 monochrome laser printer


Selain daripada harga yang ditawarkan sudah begitu berpatutan. Tambahan 10% diskaun turut diberikan jika saya membayar menggunakan maybank2u. Dua kali penjimatan untuk harga perlatan teknologi yang diidamkan.


2. Prolink pmg9005 fuscus 7colour illuminated gaming mouse


Ayah dan anak lelaki kaki gaming kan! Haruslah tambah aksesori untuk aktiviti kegemaran yang dia orang suka. Boleh baca entri saya pasal hobi suami dan anak lelaki di SINI!


3. Apple iMac 21.5"

Saya dah miliki 2 laptop. Tapi salah satunya saya tidak berapa persembahan "processor" dan sering juga memberi masalah kepada saya terutama kegagagalan untuk muat turun program terutama OS. Jadinya saya bercita-cita untuk membeli komputer. Tetapi pembelian kali ini saya inginkan ianya kekal diletakkan di atas meja. So seharusnya saya pilih desktop! Dan dalam banyak jenama terbaik dunia, Apple iMac antara yang saya puja!

OMG! memang tak akan habis kalau kita berbicara jualan hebat di LAZADA :=)

So, uollls ..

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai barangan,
Samada produk keperluan mahupun yang diidamkan,
Dengan harga yang sangat-sangat-sangat berpatutan,
Bersempena Online Revolution Sale yang mengujakan,
Dari 10-12 Disember 2015 sahaja tempoh tawaran mendebarkan,
Di LAZADA pusat sehenti pembelian talian variasi produk pilihan!


Dan entri ditulis bersempena dengan saya yang ingin menyahut cabaran untuk menyertai peraduan yang dianjurkan kalobrasi antara pihak LAZADA dan Air Asia Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan boleh layari laman web sayaiday yup!

Good Luck!

2 comments:

Nona Qiyah said...

tak sama lah kita, hahaa~
goodluck tau !

nahhh

http://nonasani.blogspot.my/2015/12/rugi-tak-grab-30-000-free-free-jer.html

AyuArjuna BiGoshh said...

nona- good luck 2u2 heheh