Wednesday, December 2, 2015

Menjakun Naik BRT (Bus Rapid Transit)

Hujung minggu lepas, Dedet ajak kita orang jejalan kat kawasan Subang Jaya..
Selain daripada nak shopping kat Giant USJ (excited nak guna voucher), kami juga plan nak rasa naik BRT (Bus Rapid Transit).

So, tempat paling mudah nak parking kereta dan tak perlu bayar lagi parking die (semasa entri ini ditulis, akan datang bakal dikenakan caj) ialah Mydin USJ. Stesen South Quay yang dekat dengan Mydin ni uollls...
Ni secara keeluruhan peta perjalanan di bawah selian Rapid KL.
Kalau orang yang nak bergerak di KL dan memerlukan transit di banyak tempat, 
peta ini sangat membantu :)
Cuma untuk laluan BRT tak besar mana..
Hanya untuk kawasan perjalanan yang warna hijau itu sahaja...
Tapi saya memang nampak BRT ni memang untuk memudahkan penduduk setempat kawasan USJ untuk bergerak ke tempat yang berdekatan tanpa menggunakan kenderaan sendiri..
Terutama bagi pelajar yang belajar di Sunway Universiti dan juga Monash Universiti..
Perjalanan BRT ni memang menghubungkan kebanyakan kediaman kondo/apartmen USJ, beberapa pusat membeli-belah dan juga kawasan universiti di USJ.


Kebetulan ketika saya dan famili mencuba BRT pada hari Ahad. Memang kawasan BRT ni agak sunyi. Tak ramai orang menggunakannya. Lagipun harga tiket agak mahal juga. Bayangkan perjalanan sahala dari South Quay (mydin) ke stesen depan sahaja (Sun U Monash) yang tak sampai 5 minit, untuk seorang sudah cecah RM1.80. 
Bayaran kanak-kanak sama dengan bayaran orang dewasa.
Tapi untuk kanak-kanak bawah 7 tahun, tiada caj yang akan dikenakan.
Ada budak ketot tu excited giler dalam BRT! Hehehe...
Bas ni dikatakan berjalan menggunakan tenaga elektrik. Memang takde eksosla kat belakang bas, hiks.
Dalam BRT ni ada wifi free. Tapi untuk perjalanan setakat tak sampai 5 minit.
Nak log in pun tak sompettt ya!
Sampai kat stesen Sun U Monash, kami turun dan memulakan perjalanan panjang (agak jauh juga) ke Sunway Piramid untuk misi menikmati makan tengahari.
Gegeh tau anak beranak berjalan..
Tapi yang bestnya, kemudahan tempat perjalanan yang disediakan oleh pidak Sunway memang selesa. Siap ada bumbung dan lantai pejalan kaki pun tidak licin. Kita memang boleh berjalan dengan gembira dan selamat.
Saya suka membaca kata-kata motivasi yang diselitkan di bawah bumbung (seperti kelihatan pada gambar). Banyak yang memberi motivasi, dan ada juga yang agak kelakar!
Sambil berjalan, kita akan dapat melihat sendiri bagaimana rupa keadaan Sunway Universiti. Cantik dan nampak ada kelas!
Sehinggalah kami menyusuri kawasan Sunway Lagoon.
Dapat melihat sendiri hampir keseluruhan, kawasan taman tema ini dari atas.

Sampai di Sunway Piramid, terus terjah restoran Texas Chicken untuk makan tengahari.
Usai makan, kami terus bergerak balik ke Stesen South Quay. Kalau ikutkan kami boleh naik BRT dari Sunway Lagoon tapi sebab nakkan cabaran pelangsingan badan selepas menternak lemak. Terus anak beranak dengan hepinya patah balik dengan berjalan kaki ke stesen yang jauh nun di sana.
Sebab jalan sambil borak-borak, begitu relaks menikmati permandangan sekeling, 
so idokla rasa penat mana :p
Balik ke pangkal jalan... hahahhaha

Memang mahal kos pengangkutan menggunakan BRT ni uolls.
Bayangkan untuk kami 8 beranak tu walaupun dikenakan bayaran untuk 5 tiket sahaja,
pergi dan balik kosnya sudah RM18.

Tapi bila kita bandingkan pengalaman pertama kali (ni sekali jer pun) naik BRT, okla...
Pengalaman naik BRT takleh dibandingkan ngan harga giteww, hiks.

4 comments:

ILA shafila said...

Wah..macam best ramai2 buat trip macam ni. Pernah berangan nak bawa anak2 mencuba macam ni tapi tak berkesempatan lagi.

Anaqi Pro said...

ila- priceless ...best tau naik kemudahan awam ngan anak2 sekali-sekala heheh

Mama Zharfan said...

my kids pun mesti suka naik2 benda gini hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- same here