Monday, April 25, 2016

Kempen ‘Fuel Your Performance’

Kempen 'Fuel Your Performance' Lucozade Sport™ telah dilancarkan dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang lepas. Kempen ini turut memperkenalkan klinik larian buat pertama kalinya, dengan anjuran bersama Pacesetters Athletic Club, SMART Athletics Club dan Tadonamo Triathletes.

Acara eksklusif ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan melibatkan para pelari Malaysia. Peserta telah  diberi peluang untuk belajar dan mengutip ilmu daripada pelari maraton yang berpengalaman antaranya seperti, Edan Syah dan pakar pemakanan senaman & sukan, Dr Mahenderan Appukutty dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA.

"Membantu para atlet yang berdedikasi untuk mencapai sasaran prestasi mereka adalah nilai amat penting bagi Lucozade Sport™. Menerusi sokongan terhadap atlet-atlet berjaya yang menjadi sumber inspirasi kepada atlet lain untuk mencapai impian mereka, kami dapat berkongsi sumber, kemahiran dan pengetahuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih aktif,” 

Kami memulakan kempen ini untuk menarik minat atlet rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat dan Penyokong Kempen 'Fuel Your Performance' kami terdiri daripada individu-individu hebat yang telah mencapai impian mereka di samping memenuhi tugas kerja dan keluarga. Mereka adalah contoh yang mencetuskan inspirasi kepada para pelari baharu untuk terus mencapai impian mereka, dan sebagai bukti yang impian sememangnya boleh menjadi kenyataan."

Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage &a Food Malaysia, Singapura &Hong Kong. 


Selain berkongsi tentang strategi latihan peribadinya, Edan berkata, "Saya mengambil masa selama lapan tahun dan sembilan maraton untuk mencapai potensi sebenar saya sebagai seorang pelari - ia merupakan proses yang lama tetapi saya percaya tiada had untuk memulakan sesuatu asalkan kita bersedia untuk bekerja keras. Melalui perkongsian tentang pengalaman saya dan pengajaran sebagai 'citizen runner’, saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada generasi muda dan harap-harap akan ada peserta maraton dari Malaysia di sukan Olimpik 2020!"

Memandangkan bulan April juga merupakan sambutan Bulan Pemakanan Malaysia dengan slogan 'Eat Smart, Get Fit & Feel Great,' klinik larian ini ternyata menepati matlamat tersebut dengan menekankan kepentingan pemakanan sihat untuk tenaga dan prestasi bersukan.


Fuel Your Performance' Campaign Launch + Clinic by Lucozade Sport with (from left):
* Dr Mahenderan Appukutty, exercise & sports nutritionist, Faculty of Sports Science and Recreation from Universiti Teknologi MARA 
* Edan Syah, 'Fuel Your Performance' Advocate & the fastest marathon runner in Malaysia for 2016
* Lee Hon Tong, Regional General Manager, Suntory Beverage & Food Malaysia, Singapore & Hong Kong
* Mohamed Allie Helmy, 'Fuel Your Performance' Advocate and army corporal-triathlete champion 
* Alex Au-Yong, 'Fuel Your Performance' Advocate and marathoner-XtraMiler 


*Dr Mahenderan Appukutty, exercise & sports nutritionist, Faculty of Sports Science and Recreation from Universiti Teknologi MARA 


"Atlet berprestasi tinggi memerlukan pelan pemakanan yang direka khas untuk menyokong dan meningkatkan prestasi latihan mereka. Ini termasuklah mengambil jumlah protein yang secukupnya untuk membantu membina, mengekalkan dan membaiki tisu otot. Penghidratan dan tenaga juga adalah faktor penting untuk pelari kerana simpanan karbohidrat di dalam badan akan digunakan dengan cepat," jelas Dr Mahenderan yang menyediakan panduan lengkap yang direka untuk membantu peserta meningkatkan larian mereka dengan pemakanan dan penghidratan yang betul.

Untuk mengekalkan paras tenaga yang konsisten, anggaran 30-60gram karbohidrat diperlukan setiap jam – bersamaan dengan 1-2 botol Lucozade Sport™ untuk setiap jam perlumbaan. Formulasi elektrolit dan karbohidratnya yang saintifik direka khas untuk membekalkan penghidratan yang ditingkatkan untuk memberi tenaga kepada atlet semasa latihan berpanjangan.

Kepentingan latihan, pemakanan dan penghidratan dibuktikan menerusi empat Penyokong Kempen ‘Fuel Your Performance’ yang merupakan empat atlet berjaya yang telah mencapai pelbagai kejayaan. 


 
Banyak ilmu yang saya perolehi dengan menghadiri bengkel tentang larian ini. Moga dapat saya manfaatkan ilmu yang diperolehi ini kepada buah hati saya yang tersayang!


No comments: