Sunday, May 1, 2016

Dua Resepi Istimewa | Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's dan Spagheeti Mussel Berkeju Susu

Untuk cabaran New Zealand Food Connection Blogger Food Bag Challenge!, saya telah mencuba 2 resepi yang amat mudah, praktikal dan sedap. Paling penting selain daripada penggunaan bahan-bahan yang berkhasiat dari New Zealand, saya juga perlu memastikan ada keseimbangan diet dalam setiap hidangan yang dihasilkan. Tempoh penyediaan setiap hidangan tidak lebih 20 minit

Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's

Bahan-bahan Perap Ikan:
1. Isi Ikan (Hake)- Talley's
2. Lada hitam (sedikit tumbuk halus)
3. Sedikit garam
4. Sedikit Olive Oil

Bahan-bahan Untuk Salad
1. Pic's Peanut Butter
2. Buah kiwi (1 biji, potong memanjang)
3. Lobak merah (sedikit, potong halus)
4. Salad (sedikit)
5. Tomoto ceri (sedikit, potong kecil)
6. Sedikit perahan lemon

Kentang + susu + lada hitam + garam + daun bawang + telut ( rebus kentang, campur semua bahan dan bulatkan jadi doh)

Mayo cheese sebagai penambah perisa :=)

Bahan utama isi ikan (Hake) keluaran Talley's.

Isi ikan Hake yang kelihatan begitu segar!

Gaul semua bahan perapan pada ikan, biarkan sekejap.

Bakar pada api sederhana. Sekejap dan cepat :)

Saya gunakan Pic's Peanut Butter (dalam 2 sudu) sebagai bahan utama (dressing). Campurkan sedikit perahan air lemon + mayo
Buah kiwi antara bahan menjadi pengimbang kepada campuran salad!!

Sayuran untuk campuran salad..Gaul sebati dengan Pic's dressing yang telah disiapkan sebentar tadi.

Kentang yang telah dibuat doh, saya bakar pada api sederhana.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's 

Gambaran dari tepi, salad yang diletakkan dibahagian bawah ikan perap yang telah siap dibakar.



Spagheeti Mussel Berkeju Susu

Bahan-bahan untuk sos:
1. Greenshell Mussels - Talley's
2. Susu ( 1 liter), boleh gunakan dari jenama Spring Sheep Milk Co (tapi saya menggunakan produk tenusu tempatan)
3. Keju parut Fonterra
4. Keju Parmesan (sedikit)
5. Chili Flakes (sedikit)
6. 1 labu Bawang putih (didadu)
7. Cendawan Shitake
8. Sedikit lada hitam
9. Garam penambah rasa
10. Sedikit air

Spaghetti jenis Angel Hair (rebus sampai empuk)


See betapa segarnya Greenshell Mussels keluaran Talley's ini..

Goreng bawang putih dengan olive oil sampai naik bau.. Masukkan cendawan shitake.

Masukkan susu, keju dan air.
Tabur sedikit lada hitam

Masukkan mussels dan garam secukup rasa

Masukkan spagetthi yang siap direbus. Taburkan keju parmesan dan chili flakes. Makan panas-panas :=)

#NZFoodConnection