Wednesday, June 22, 2016

llaollao Yogurt Pilihan Saya Buat Keluarga Tercinta!

Siapa suka yogurt?
Hmmmm....
Dan siapa pernah cuba llaollao yogurt?

Hehehe..

llaollao adalah jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. Sejak kedai pertamanya dibuka di Sepanyol pada tahun 2009, llaollao kini mempunyai kira-kira 200 cawangan di empat benua - Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Afrika. Dan llaollao sebenarnya dapat menggalakkan masyarakat kita hari ini untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan menyediakan pilihan makanan berkhasiat terutama sebagai pelengkap gaya hidup kita pada masa kini yang begitu sibuk. Bertambah menarik yogurt llaollao boleh dipadankan dengan pelbagai topping yang  mampu membangkitkan selera! 


Saya juga percaya sepanjang bulan Ramadhan terutamanya ibubapa, sudah tentu akan memastikan anak-anak tersayang menjalankan kewajipan mereka dengan baik serta berusaha untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk anak-anak mereka semasa berbuka.

Selepas sehari suntuk berpuasa, ia adalah penting untuk mengambil makanan yang sesuai, bukan sahaja untuk menambah tenaga tetapi juga untuk mengelakkan senak atau ketakcernaan. 

Dan pastinya Yogurt merupakan makanan pilihan orang ramai untuk berbuka puasa, kerana ia begitu berkhasiat dan senang dihadam.

Ini kerana:-

1. Yogurt penuh dengan probiotik
Lactobacillus dan streptococcus adalah bakteria yang membantu sistem pencernaan kita. Setelah berpuasa lebih 12 jam, badan kita perlu menyesuaikan dirinya untuk pengambilan makanan yang
pertama, dan kehadiran probiotik membantu pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh penyelidik penyelidik di Womens and Children Hospital di Adelaide, Australia.

2. Bermula secara ringan
Yogurt adalah amat sesuai untuk berbuka puasa kerana ia ringan dan senang dihadam. Berbukalah dengan secawan yogurt, dan menunaikan Solat Mahgrib dahulu sebelum menjamu selera penuh. 

3. Untuk nafas yang segar
Selepas sehari suntuk berpuasa, tidak hairanlah nafas kita akan berbau. Jangan khuatir, kerana yogurt
dapat membantu anda. Penyelidikan yang telah dibentangkan di International Association for Dental
Research, Baltimore, telah membuktikan bahawa yogurt dapat membantu mengatasi masalah nafas
berbau.

4. Penuh dengan khasiat
Yogurt sejuk beku llaollao mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim masih tidak terjejas.

5. Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang
Di llaollao, hanya menggunakan buah-buahan segar bermusim untuk memastikan kesegaran maksimum. Malah buah-buahan itu juga baru dipotong untuk memastikan semua kebaikannya tidak hilang. Kaya dengan serat dan vitamin, buah-buahan juga merupakan ejen pemulihan dan anti-oksidan untuk membantu anda melalui gaya hidup yang padat.

Topping Crunches kami kaya dengan zat-zat penting seperti vitamin, mineral dan serat. Pilihan daripada bijirin, brittle, bijian berkaramel, muesli, biskut, kacang dan juga pilihan klasik seperti KitKat®, dan OREO®.

6. Topping dan sos dari Eropah akan merangsang anda
Selain buah-buahan segar, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti sos dan topping
Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. 
Pelbagai jenis sos – mangga, coklat, strawberi, dulce de leche – untuk menyuntik rasa eksotik kepada yogurt llaollao

7. Dan akhir sekali, rasa llaollao yang lazat!
Tidak hairanlah kerana llaollao merupakan jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. 

see! Betapa excitednya anak saya menikmati llaollao :=)

Berasal dari Sepanyol, llaollao (disebut yao-yao) boleh didapati di sekitar Lembah Kelang, termasuk Pavilion, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Shah Alam dan Shell Taman Connaught. Manakala di Pulau Pinang, llaollao terletak di Gurney Plaza. Dan khabarnya satu lagi kedai akan dibuka di Johor Bahru dalam masa terdekat.


Selaras dengan trend global, pengguna-pengguna di Malaysia juga semakin mementingkan penjagaan kesihatan. 

Melihat anak-anak yang teruja untuk memilih buah-buahan, toping dan kekacang/biskut memang membuatkan saya teruja. Apatah lagi 5 dari 6 anak saya sudah mula berpuasa penuh. Dengan mengambil pemakanan berkhasiat seperti yogurt llaollao, sekaligus dapat memberikan tenaga dan mengelakkan badan kita terhidrat setelah seharian berpuasa .

Harga yang ditawarkan untuk merasai yogurt llaollao yang lazat dan berkhasiat.

Terdapat juga smoothies, granillao, petillao dan banyak lagi.

Dan anak-anak saya saya telah memilih sanum (frozen yogurt) yang berharga RM17.90. Produk ini adalah signature yogurt di llaollao. Seap giler hoiiii..!!

Istimewa untuk cawangan llaollao di AEON Shah Alam, terdapat promosi 50% untuk pembelian ke-2 bermula 6 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016.

Bagi membantu meningkatkan kesedaran, llaollao juga telah melancarkan kempen Wellnessday dengan menawarkan diskaun sehingga 33% pada hari Rabu untuk cawan yang kedua. Untuk melayakkan diri, anda perlu meneka tiga emoji buah-buahan dengan betul.

Langkah pertama: Paparkan 3 emoji buah-buahan di Facebook anda sebelum ke kedai llaollao.
Langkah kedua: Tunjukkan pilihan 3 emoji buah-buahan anda kepada krew llaollao. 

Jika anda meneka ketiga-tiga emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 33% untuk belian cawan yang kedua. 

Jika anda meneka dua emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 22%, manakala jika hanya mendapat satuemoji, anda masih mendapat diskaun 11%.

Tips: Untuk meningkatkan peluang anda, layarilah Facebook llaollao Malaysia pada hari Selasa kerana emoji pertama akan ditunjukkan di sana. Ini bermakna anda hanya perlu meneka dua lagi emoji!

Website: llaolao
Joms llaollao :p

2 comments:

Normi Nieza said...

Uii..sedapnya

mama tisya said...

menarik nmpk..ala promo 50% tu bln puasa hehe