Tuesday, July 12, 2016

Baby Carrier Hipseat i-angel Buat My Ameer

Kalau keluar berjalan-jalan dengan keluarga, memang saya akan pastikan segala kelengkapan bekalan buat my Ameer tersedia. Ini bagi memastikan My ameer sentiasa selesa dan sekaligus menjadikan aktiviti sepanjang berjalan-jalan bersama keluarga lancar dan seronok.

Antara 5 item yang WAJIB ada setiap kali saya keluar rumah bersama Ameer adalah:-
1. Botol susu
2. Wipes tisu
3.  Diapers
4. Sepersalinan baju
5. Baby Carrier i-angel!


 Seriusly! Carrier i-angel sangat membantu saya mengawal pergerakan Ameer yang sekarang memang tengah lasak. Apatah lagi bila keluar berjalan-jalan di kawasan yang sesak dengan orang awam. Contoh paling mudah bila kita nak shopping kat Mall.


 Dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi serta pelbagai fungsi yang terdapat pada Carrier i-angel ini memberi 1001 keselesaan buat anak-anak kita. Selain itu kita tidak perlu risau terutama dari segi daya tahan produk ini menanggung beban bayi kerana ianya boleh menampung sehingga 20kg (seawal bayi 3 bulan sehingga 36 bulan).

Dengan adanya banyak poket berzip membolehkan kita menyimpan barangan asas bayi yang perlu dibawa ketika keluar rumah seperti puting bayi, wipe tissue dan juga pampers!

Dengan pelbagai pilihan warna dan corak yang menarik menjadikan kita rambang untuk memilihnya. Mengikut kesesuaian dan minat pada warna pilihan, carrier i-angel memberi banyak pilihan buat pelanggannya.

 Pilihan saya adalah MESH Hipster Carrier. Berwarna MAROON terang, sesuai untuk semua jenis jantina anak, hehehehe. Paling penting kualiti produk carrier ini sendiri memamg memuaskan hati. Ini terutama apabila Ameer hendak berdukung ataupun beliau mula merasa mengantuk untuk tidur. Terasa lebih rapat "bonding"antara ibu dan anak dengan menggunakan carrier :=)
 Lebih kurang seperti design i-angel ini, tetapi saya punya adalah dari siri MESH!


Ciri-ciri  Carrier i-angel Hip Seat :
  1.  Hipseat (direka khas untuk sokongan pada bayi untuk duduk lebih selesa )
  2. Pad organik khas buat bayi yang suka menggigit (biasanya untuk masyarakat melayu, bayi akan terasa gatal gusi dan suka menggigit)
  3. Detachable cover (untuk mereka yang membawa anak ke negara bersuhu sejuk, carrier ini mempunyai fungsi khas untuk memanaskan anak sekaligus memberi lebih keselesaan)
  4. 'Shoulder pad'berkusyen
  5. Zip yang kukuh penyambungan kepada hipseat
  6. Poket sisi yang serbaguna
  7. Tali pinggang belakang untuk bahagian atas (Khas untu meletakkan bayi di bahagian depan) dan juga tali pinggang di dada ( khas untuk bayi yang hendak dikendong di bahagian belakang)
  8. Tali pinggang keselamatan buat si pengendong
  9. Tempat duduk yang selesa yang tidak licin akibat geseran yang kuat (terutama jika bayi itu aktif)
  10. Sleeping hood  (buat bayi untuk tidur lebih nyenyak dan selesa)
Secara peribadi ntara ciri-ciri carrier i-angel yang unik adalah seperti gambarajah diatas. Kelainan yang paling ketara carrier ini mempunyai anti slip head dan juga sleeping head. Yang mana ini antara ciri istimewa menjadikan bayi begitu selesa apabila berada dalam carrier i-angel.

Selain itu, White Color Organic 100% Teether Pad juga antara ciri unik yang memberi kelainan kepada produk Baby Carrier Hipseat i-angel ini :-)


Produk inovasi yang ergonomik dari Korea ini sememangnya sangat membantu terutama buat ibu-bapa yang ingin memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan selesa ketika keluar berjalan. Selain mudah diselaraskan, kualiti dari segi rekaan memang menjadi keutamaan terutama buat ibu-bapa yang sentiasa menitikkan elemen keselamatan selain daripada faktor keselesaan.


Bagi saya sendiri, yang sukakan sesuatu yang praktikal dalam pengurusan dan penjagaan anak-anak. Saya akan memilih apa sahaja yang terbaik dan yang memberi keseronokan buat anak. Dan juga saya akan memilih produk yang mampu memberikan keselesaan kepada saya. Boleh dibandingkan tahap keselesaan si pemakai menerusi rujukan gambar diatas yang mana jika saya menggunakan hipseat carrier, boleh mengelakkan saya dari mengalami sakit belakang, lenguh bahu dan lengan. Apatah my Ameer sekarang ini beratnya sudahpun mencecah sehingga 11kg! Huhuhu.

Harga di pasaran adalah diantara RM600-RM100 ianya mengikut jenis siri hipseat yang ditawarkan. Dan untuk keterangan lanjut boleh layari:-


Ibu lebih relaks bila keluar berjalan, bayi pula sentiasa berada dalam keselesaan!

No comments: