Friday, August 19, 2016

L.E.G.O

 Yang best part bila join peraduan yang hanya bermodalkan sangat ciput dan memang jenis kita membeli barangan tersebut (so tak mungkin ada kerugian) memang menyeronokkan. Apatah lagi hadiah ditawarkan tu memang agak mahal (kalau nak beli sendiri memang taklah-kan, hahahaha). Dipendekkan cerita saya pun menyertai dengan mempertaruhkan 3 nama.

Alhamdulillah sebab pemenangnya ramai so saya berpeluanglah memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan. Ahem dapat 3 hadiah atas 3 nama:=)

So dapatah 2 set untuk permainan kanak-kanak lelaki (nama dedet dan anaqi) dan set permainan perempuan (nama saya)
 Bukan mudah juga ya nak memasangkan setiap komponen. Ambil masa juga. jenuh saya tengok Anaqi yang bersungguh-sungguh memasangnya dengan tekun. Alangkah bagusnya kalau study subjek sekolah setekun ini, kihkih.

 Tadaaaaaaaaaaaaaa....
Baru siap satu, hahahahahhaha

Lagi 2 kotak belum bukak. Tunggu ada masa senang sikit baru gigih buat yang lain.
Seronok tengok cara anak-anak pasang lego. memang kena komited nak mempunyai kesabaran yang tinggi. Selain itu dengan merujuk kepada manual yang diberikan mengajar anak untuk lebih berdikari dan boleh ikut arahan yang diberikan.

Dapat si kenit memang lenjan dimainnya..

Peminat kereta lah katan :=)

Apapun TQ eskrem Mat Kool...Harap dapat buat lagi peraduan yang ohsem seperti ini ya!

No comments: