Friday, September 9, 2016

Kasih Dalam Setiap Belaian Rambut!

Hidup di dalam arus pemodenan yang memerlukan kita pantas dalam mengejar arus kemajuan, terkadang kita mungkin terlepas pandang akan pilihan yang dibuat bagi keperluan harian keluarga. Saya juga adakalanya terlepas memahami tentang minat anak-anak. Bukan hanya minat pada aktiviti semata bahkan kepada produk penjagaan diri juga mereka sudah mempunyai citarasa yang berbeza.

Adalah penting peranan sebagai ibu bapa untuk memahami bahawa keperluan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Ini kerana kebanyakan produk penjagaan diri golongan dewasa tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.



Produk penjagaan diri seperti syampu, kita sebagai ibu bapa perlu pastikan anak-anak kita menggunakan produk yang sesuai dengan kulit mereka sepertimana yang sering disarankan oleh pakar pediatrik.


Baru baru ini, CARRIE JUNIOR telah menganjurkan sebuah bual bicara bagi membimbing ibu bapa memahami rambut dan kulit kepala anak-anak dengan lebih baik. Pakar Pediatrik, Dr Roliza Ibrahim turut berkongsi cara terbaik untuk menjaga rambut dari sudut perubatan.

Menurut Dr. Roliza, “Adalah penting bagi ibu bapa untuk menyedari bahawa syampu dewasa tidak sesuai untuk kanak-kanak. Bahan kimia yang terdapat di dalam syampu dewasa sekurang-kurangnya mengandungi 2 hingga 3 kali lebih kuat daripada syampu kanak-kanak. Ia akan mendatangkan pelbagai masalah serta ketidakselesaan pada si manja selepas penggunaan secara berterusan. Syampu kanak-kanak pastinya dihasilkan atas faktor-faktor yang terbaik bagi mereka”

“Syampu dewasa secara amnya mengandungi bahan kimia yang lebih kuat untuk membersihkan habuk dan minyak selepas melakukan aktiviti harian. Kanak-kanak yang sememangya belum mencapai tahap akil baligh tidak menghasilkan minyak yang banyak pada kulit kepala. Hasil daripada penggunaan syampu dewasa keatas kanak-kanak akan menyebabkan rambut serta kulit kepala bertambah kering. Ia adalah penggalak dan akan menyebabkan rambut kusut dan rapuh, serta kelemumur disebabkan kulit kepala yang semakin kering” tambah Dr.Roliza.


Dalam bual bicara beliau, Dr Roliza turut menerangkan bahawa syampu dewasa mengandungi ejen pencuci yang kuat bagi membersihkan rambut dan boleh menyebabkan rasa pedih jika syampu terkena pada bahagian mata. Orang dewasa mampu mengawal syampu daripada terkena mata tetapi tidak oleh kanak-kanak. Oleh itu, syampu kanak-kanak telah dicipta dengan ejen pencuci yang lebih sederhana dan lembut bagi memastikan ia radang pada mata dan tidak menyebabkan rasa pedih. Selain itu, kulit kepala kanak-kanak yang masih halus dan sensitif mampu terdedah kepada iritasi kulit jika mereka mula menggunakan syampu dewasa pada usia muda.

Mr Billy Law, Pengurus Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, berkata di dalam ucapannya, “Rambut & kulit kepala kanak-kanak secara semulajadinya lebih halus berbanding orang dewasa dan sebab itulah kanak-kanak memerlukan produk yang dicipta khusus untuk mereka. CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control adalah syampu 2 dalam 1 dengan perapi yang diperkaya dengan nutrien Zaitun membantu meluruskan rambut serta mengekalkan kelembutan, mudah diurus dan halus selembut sutera. Lembut pada mata, CARRIE JUNIOR Children Shampoo – Detangling & Frizz Control – berada pada pH yang seimbang serta rumusan yang lembut, selamat untuk kanak-kanak”.


Selepas bual bicara berlangsung, CARRIE JUNIOR telah mengadakan pertandingan persahabatan antara 5 pasangan ibu bapa dan anak untuk melihat siapakah yang mampu menghasilkan dandanan rambut yang rapi dan cantik untuk anak mereka dalam masa 10 minit. Pemenang ditentukan melalui undian oleh rakan media yang hadir pada majlis tersebut.  Pemenang membawa pulang hamper CARRIE JUNIOR beserta baucer tunai bernilai RM200 manakala peserta yang lain turut diberi hamper CARRIE JUNIOR sebagai hadiah penghargaan.

CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control adalah penyelesaian kepada masalah rambut setiap kanak-kanak. Terdapat dalam 2 wangian buah-buahan segar; Silky Cranberry dan Smoothie Raspberry, syampu CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control membantu untuk meluruskan rambut serta mengawal kekusutan agar rambut lebih halus, terurus dan selembut sutera.

CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control
CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control merupakan syampu 2 dalam 1 dengan perapi yang diperkaya dengan nutrien Zaitun yang membantu meluruskan rambut serta mengekalkan kelembutan menjadikan ia mudah diurus dan sehalus sutera. Lembut pada mata, CARRIE JUNIOR Children Shampoo – Detangling & Frizz Control juga berada pada pH seimbang dengan rumusan yang lembut dan selamat pada kanak-kanak

Dipertingkatkan dengan Fruito-E, yang diperkaya dengan vitamin dan nutrien, syampu ini menyubur serta melindungi rambut dan kulit kepala kanak- kanak. Padat dengan wangian buah-buahan yang harum dan segar, rambut serta kulit kepala kanak-kanak kekal bersih dan terasa segar kerana CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Detangling & Frizz Control meninggalkan wangian yang menyenangkan. Si manja anda dapat berehat pada ketika menggunakan syampu pada waktu mandian sambil menikmati aroma kemanisan buah kranberi atau rasberi yang membantu menenangkan deria mereka. Ia pasti menjadi satu kegembiraan buat kedua-dua ibu bapa dan anak tatkala menyikat rambut yang halus, lembut dan terurus kini menjadi lebih mudah.

CARRIE JUNIOR Children Shampoo – Detangling & Frizz Control boleh didapati dalam 3 jenis saiz 90g (RM4.65)*, 280g (RM10.70)* dan 700g (RM23.75)*. Rangkaian produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi-farmasi utama di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.

CARRIE JUNIOR boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, farmasi, serta rangkaian pasaraya terkemuka.

No comments: