Tuesday, September 20, 2016

LOVABLE by Erra Fazira!

Kata orang, wangian sering dikaitkan dengan personaliti diri. Adakalanya cara kita memilih wangian bukan sahaja disebabkan kita begitu dengan selesa dengan bau, tetapi juga disebabkan aktiviti yang bakal kita tempuhi. Contohnya untuk keluar makan malam bersama seseorang yang istimewa, kita perlukan haruman yang romantic. Untuk aktiviti yang lasak, kita perlu haruman yang 'fresh' dan bertenaga dan banyak lagi sebenarnya.

Dan apabila saya diperkenalkan dengan wangian LOVABLE by Erra Fazira, saya benar-benar teruja dan sukakan baunya. Dengan mempertengahkan gabungan aroma bunga orkid, lemon dan oren. Dan juga bahagian nota tengah dengan bauan bunga jasmin, lotus dan 'blossom' serta sedikit sentuhan bertenaga dari 'ambery woods' dan 'musk'. 

Paling penting wangian keluaran Erra Fazira ini sudah mendapat pensijilan HALAL dar pihak JAKIM. Dan juga kandungannya diakui selamat oleh IRFA (International Fragrance Association)

Dengan sedikit semburan haruman Lovable by Erra Fazira, kita sendiri boleh merasakan sifat keyakinan dan keberanian milik penyanyi, pelakon dan pengacara versatil Erra Fazira. 

Personaliti terkenal ini yakin setiap wanita perlu memiliki keberanian untuk berdikari dan berkeyakinan untuk hidup dengan gaya tersendiri. Nah! tidak hairanlah pabila kehadirannya sentiasa menarik perhatian. Gayanya yang tersendiri menyerlah aura menawan. Tidak kira apa jua ranjau kehidupan yang dilaluinya, semangat dan keyakinannya tidak pernah luntur. Dan Erra sentiasa bersedia menghadapi segalanya. Tidak hairanlah keanggunan dan ciri kewanitaan miliknya menjadi dambaan semua.

Haruman LOVABLE by Erra Fazira ini ternyata memberi kesegaran yang luar biasa dengan aroma feminin. Wangian bungaan membuka haruman yang nyaman diakhiri dengan kehangatan kayuan yang mengasyikkan. Dan jangan lupa dapatkan LOVABLE by Erra Fazira pada harga hanya RM49.90 daripada agen-agen yang dilantik.

Selain itu Erra juga ada memperkenalkan wangian edisi terhad yang dikenali sebagai 'Forget Me Not' yang berharga RM88. Wangian memperlihatkan personaliti dirinya yang sebenar. Wangian ini agak 'strong' pada awal pemakaian tetapi berubah menjadi sangat 'soft' lama kelamaan.

Untuk pertanyaan dan pembelian ataupun berminat menjadi agen dibawah naungan Erra Fazira, bolehlah hubungi
019-3625969


No comments: