Tuesday, October 25, 2016

'Fipper Slipper Workshop' di KidZania Kuala Lumpur


KidZania Kuala Lumpur, taman tema kanak-kanak yang memberi peluang untuk kanak-kanak merasai alam pekerjaan orang dewasa telah mengumumkan Fipper Marketing Sdn Bhd sebagai rakan industri mereka yang terkini.

Menyokong terhadap pendekatan unik KidZania Kuala Lumpur untuk memupuk kemahiran hidup dalam pembelajaran kanak-kanak, Fipper telah memperkenalkan 'Fipper Slipper Workshop' di KidZania bandaraya mesra kanak-kanak. Pengenalan kepada bengkel ini bagi membolehkan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam profesion berdasarkan aktiviti dan peranan yang direka buat mereka sekaligus sebagai pendedahan buat mereka kepada proses mereka bentuk produk dan asas terhadap inovasi produk.

Di 'Fipper Slipper Workshop', kanak-kanak akan didedahkan dengan dunia profesion Slipper Maker dan Pengurusan runcit. Yang mana dapat mendidik anak-anak pada pembinaan asas selipar dan bahan-bahan serta alatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan produk. Selain itu mereka turut didedahkan dengan kepentingan tentang  pentingnya Perkhidmatan dan Pengurusan Pelanggan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang produk yang dihasilkan.

“At KidZania Kuala Lumpur, we are dedicated to our ‘Learn Life Today’ value proposition, which
places emphasis on life skills development in children. With the establishment of Fipper within
KidZania Kuala Lumpur, we are thrilled to be able to present to kids the opportunity to view
innovation, not simply as the development of an entirely new product; but innovation as the
recreation of novelty in everyday items,”
Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur dan Singapura

“One myth about innovation is that it is all about new products. That is not necessarily so, and
the success of Fipper Slippers is a testament to that. We’ve taken the everyday slipper and
modernised it to be relevant to current trends and needs. I am confident that the establishment of
Fipper Slipper Workshop in Kidzania Kuala Lumpur, will provide the platform to educate the
young generation about the importance of innovative thinking and the possibilities of the future,”
Danny Goh, Pengarah Fipper Marketing Sdn Bhd




Ditubuhkan pada tahun 2008, jenama Fipper Malaysia, telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam perniagaan 'rubber'selipardi outlet seluruh Malaysia, Australia, Indonesia, Hong Kong, Singapura, Mauritius, Kemboja, Vietnam, Eropah dan Amerika Syarikat. Fipper sentiasa menumpukan usaha dalam memberi reka bentuk dan inovasi produk yang paling terbaik, menghasilkan jenama yang sangat popular yang bukan sahaja bergaya tetapi bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Nah! Tidak hairanlah semua produk Fipper adalah mesra alam, anti-bakteria, bebas BPA.



Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidzania.com.my atau hubungi KidZania CareLine di 1300 88 KIDZ (5439) atau layari  Facebook  KidZania di facebook.com/KidZaniaKualaLumpur.  

1 comment:

Eyriqazz GTO said...

meriah....tak hajak..hehehe