Thursday, December 15, 2016

Gold Coast Trip : Hari Ketiga (Movie World)

Setelah sekian lama diperamkan entri ini. Kihkih. Siyes aya bz giler lately ini. Nak menghadap komputer pun tak sempat! Huhu. Hadap sangat dengan kerja harian :=(

Berbalik dari percutian di Gold Coast tempoh hari. Hari ketiga kami memang rancang nak masuk ke Movie World. Seawal pukul 9 pagi kami sudah bertolak dari hotel menuju ke destinasi. Ini memandangkan dari hotel Ke Movie World ini mengambil masa dekat sejam juga.

Yang menariknya berdekatan Movie World ini terdapat taman taman tema yang lain seperti Wet n Wild Gold Coast dan Paradise Country.


Memandangkan tiket kami memang dah siap dibeli oleh pihak Energizer. Jadi kami hanya beratur untuk mendapat pass masuk dengan menunjukkan tiket yang telah dicetak dari email sahaja. Tapi nak beritahu, kat Movie World ni memang proses nak beli dan ambil tiket sangat lama dan panjang ok. Huhuhu.

Dan Movie World ni agak luas juga dan ramai gila orang. Mungkin masa kami datang tu, cuti Summer dowang baru start itu yang terasa ramainya manusia agak luar biasa.

Kebanyakan permainan ekstrem telah ditutup sementara waktu disebabkan perkara tidak dielakkan.Katanya ada berlaku beberapa insiden yang melibatkan nyawa. Tapi still kat dalam Movie World banyak giler, tempat yang kami boleh berlenjan main. Kiranya datang awal pagi time pagi-pagi dibuka dan balik masa taman tema ini ditutup iaitu pukul 4 petang, hehehehe.


Entri kali ini saya banyak kongsi gambar jerlah ya...

Nak cerita panjang-panjang pun semuanya tentang permainan. So better tengok gambar puas-puas :=)

Terjahan pertama adalah disini -->  pawagam 4D kat situ. Best..siap kerusi kat pawagam tu bergerak-gerak dan ada percikan air lagi, hehehehe. Memang best :p

Ni adalah dekat area taman khas untuk kanak-kanak dalam 6 tahun ke bawah. Banyak betul props seperti gambar kereta di atas ada kat sini yang boleh kita bergambar sakan.

Rides untuk kanak-kanak macam Amani dan yang ke atas. Tinggi juga, huhuhu.

Yang paling dinantikan kemunculan Batman ini. Saya memang dapat voucher untuk bergambar dengan Batman tapi disebabkan masa kemunculan Batman ini, anak-anak saya bz masuk dalam rumahh Scooby Doo so memang tak sempat bergambar bersama Batman.

Gambar dari google

Ke semua anak saya main kecuali Ameer sahaja yang tak join sekali sebab terlalu kecik, huhu.

Tapi makhluk Cat Woman ni takde orang pun kisah. So, memang Akid sorang jer dapat mengambil gambar dengan Cat Woman beberapa kali. Hahahahahah

Bila datag Movie World jangan luapa masuk ke sini. Di pertunjukkan Hollywood Stunt Driver. Menarik sangat!!!






Lebih kurang dowang tunjukkan bagaimana sesuatu filem aksi dirakamkan. Turut menyertai dalam rakaman ini beberapa "volunteer"penonton yang hadir di situ.









Muka budak kecik yang tak reti duduk diam. Ni masa tengah tunggu dedet, Anaqi dan Yana main Superman Roller Coaster.

Katanya memang laju giler...dan tinggi... wahahahahahahahah



Yang ini Arkham Asylum...roller coaster dekat Gotham City!



Taman tema ni tutup ya. Rasanya ada kes baru-baru ini.

Yang ini pun tutup. Dari luar nampak cantik.

Ni dekat area Batman. Tapi kami tak main pun kat sini. Sebab macam biasa jer.

Sempat melenjan basah dekat Wild West Falls. 

Sebelum balik ada perarakan yang melibatkan karektor-karektor dari Movie World. Memang meriah.







Oh ya kat sini memang ada banyak gerai makanan dan cafe. Tapi macam saya dan keluarga memang dapat tajaan makan dekat Cafe Rick's kat situ.

So, memang masuk Movie World kat sini memang ditaja dari makan, tiket masuk dan tiket untuk bergambar dengan karektor.

Rezeki :=)

Sekali-sekala buat keluarga....
Dapat benda-benda percuma memang bahagia...

Gitewwww,,,,

Ok...next..will update soon...

Flash back entri...
http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/11/gold-coast-trip-hari-pertama-check-in.html
http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/11/gold-coast-trip-hari-kedua-paradise.html

2 comments:

Amin Hakim said...

Wahhh.. bestnya dapat pergu gold coast ☺

ADEEYA said...

Seronok! :D