Menerokai Dunia Luar Dengan Lebih Ceria Bersama Friso Gold 3

Nama saya Ameer Shahmi.
Berusia 2 tahun 5 bulan.
Saya seorang kanak-kanak yang periang, aktif, kreatif dan suka mencuba perkara baru (sifat "curiosity" yang tinggi). 
Saat paling indah apabila ibu dan ayah membawa saya keluar beraktiviti dan melakukan sesuatu yang baru luar dari imaginasi.

Ini adalah ibu saya. Biarpun karektor serta personalitinya kelihatan seperti seorang yang begitu tegas namun hakikatnya beliau adalah seorang yang sangat penyayang. Setiap kali masa terluang, pasti ibu akan membawa saya keluar berjalan dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik!

video
Kata ibu..
"Dalam dunia ini ada banyak perkara yang kita boleh belajar dari pengalaman yang diterokai. Biarpun usia kita masih kecil namun apabila kita berani dan ada rasa ingin mencuba pasti kita akan berasa seronok dan menjadi kenangan paling manis buat diri. Apatah setiap aktiviti ini dapat dilakukan bersama ibu dan ahli keluarga lain. Pastinya meninggalkan momen yang paling ïndah untuk dikenang-kenangkan nanti bila sudah dewasa". 👪


Bersama ibu saya telah meneroka dunia penuh keseronakan di luar yang melibatkan 4 unsur utama di bumi iaitu tanah, air, udara dan cahaya 💏

Ibu saya kata keseronokan itu bukan hanya boleh diluahkan dengan kata-kata. Kita perlu merasainya, mengalaminya dan menerokainya

Berpeluang bermain dengan pasir serta tanah di sungai memang benar-benar membuatkan saya teruja. Dengan air sungai yang sejuk, dikelilingi dengan pemandangan hijau yang cantik dan paling best saya dapat bermain dengan bebas di sini. Antaranya seperti mengorek pasir, membina kubu dan pelbagai aktiviti lagi.


Antara aktiviti yang menjadi kegemaran saya ialah bermain air! Dapat berenang dengan sebebas-bebasnya. Apatah lagi menurut ibu dengan berenang menjadikan otot-otot di badan kita lebih kuat.

Saya juga selalu tercari-cari dari mana sumber air ini datang.  Dari tanah ianya muncul terus memancut ke atas bumi. Teringin hendak menangkapnya tetapi tidak pernah berjaya. Kata ibu, tunggu sedikit lagi penambahan usia dan saya pasti akan mendapat jawapannya. Selagi itu saya terus bermain dengan air tanpa jemu kerana ibu tahu saya sedang mencari jawapan melalui penerokaan yang menyeronokkan ini.

Saya memang teruja bila dapat mencuba sesuatu yang baru. Contohnya seperti menaiki kapal terbang berpusing khas buat kanak-kanak di taman tema. Biarpun cuaca agak panas, namun berada di tempat yang tinggi sememangnya mencabar keberanian dalam diri saya. Selain itu, apabila kapal terbang ini berpusing saya memang akan dapat rasakan udara yang menepis lembut di wajah saya. 😝

Dan taman permainan juga antara yang menjadi tempat kegemaran saya. Disinilah saya dapat bermain dengan pelbagai jenis permainan. Dari memanjat kawasan tinggi, meluncur ke bawah dengan berani, berlari, terjatuh semuanya saya hadapi dengan penuh keseronokan.

Kenapa ibu saya begitu "sporting"membenarkan saya membesar sebagai seorang kanak-kanak yang berani menerokai dunia dengan aktiviti-aktiviti seperti ini?

Jawapannya:
Ini kerana ibu saya kata beliau telah memberikan yang terbaik dalam memastikan tubuh badan saya dilindungi hasil dari pengambilan pemakanan yang bernutrisi! 

Saya telah diperkenalkan dengan FRISO GOLD 3 oleh ibu sejak berusia 1 tahun lagi. Apa yang tahu rasa susu ini memang sedap dan memang benar-benar membuka selera saya terhadap makanan yang lain. Sekurang-kurangnya 4 kali sehari saya menikmati susu FRISO GOLD 3 - Iaitu di waktu pagi, tengahari, malam dan sebelum tidur. 👦


Saya percaya ibu sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Kenapa ibu saya memilih FRISO GOLD 3 sebagai susu tumbesaran saya? 💕

Ini kerana rumusan susu FRISO GOLD 3 yang terbaru ini mengandungi LocNutri

Untuk pengetahuan semua teknologi LocNutri™ Friso Gold  mampu memelihara nutrien dalam bentuk asalnya. Di mana nutrien dalam bentuk asal sebenarnya lebih mudah untuk diserap. Oleh yang demikian dengan adanya teknologi LocNutri™, khasiat protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya. 


Apabila nutrien dapat dipelihara. Protein tidak mudah rosak dan akan mudah dihadam. Jadi, apabila mudah dihadam oleh kanak-kanak seperti saya maka masalah seperti sembelit, perut tidak selesa, kembung perut tidak lagi menjadi penghalang untuk saya bergembira.

Apabila badan kita sihat kerana cukup protein dengan pengambilan makanan bernutrisi. Sekaligus tumbesaran kita tidak terencat, otot semakin kuat begitu juga kulit dan rambut tumbuh sihat. Paling penting kita boleh menerokai perkara-perkara baru tanpa was-was terhadap imunisasi badan kerana kita percaya badan kita cukup perlindungan dengan khasiat pemakanan yang diambil iaitu ~~~~ FRISO GOLD 3!

Selain itu ibu saya cukup suka dengan cara pembungkusan FRISO GOLD yang begitu praktikal dan kemas. Dengan adanya perletakan tempat khas sudu kecil susu dan juga penutup tin yang mudah dibuka/ditutup menjadikan susu FRISO GOLD sentiasa terpelihara dalam kebersihannya ("hygiene").


Bila si manja kuat dari dalam (seperti saya!), beliau akan membesar dengan sihat dan aktif menerokai dunia luar dengan lebih ceria! 👦💓


Terima kasih ibu kerana memberikan yang terbaik buat saya ~~ FRISO GOLD 3 semestinya 💕

Keterangan lanjut boleh layari:-

Comments

Popular Posts