Thursday, December 1, 2016

Scott's DHA Gummies Membawakan 'Sleep with Sharks' Bersama Peneroka Kecil Bijak

Scott's, jenama kegemaran isi rumah No. 1 Malaysia dari GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, telah menganjurkan satu  pengalaman unik yang dikenali sebagai ‘Sleep with Sharks' untuk kanak-kanak, sebagai sebahagian daripada kempen inisiatif ‘Peneroka Kecil Bijak' DHA Gummies bagi membantu memupuk rasa ingin tahu dan minda sukakan cabaran.

Seramai 20 kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 13 tahun baru-baru ini berpeluang menghabiskan sesi 24 jam yang cukup menyeronokkan di Aquaria KLCC, ditaja dan dianjurkan oleh Scott's. Acara itu termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermalam di Aquaria KLCC, di samping menikmati pelbagai aktiviti pada waktu malam membabitkan jerung, memerang dan  haiwan laut lain; lawatan pendidikan malam; bertemu penyelam Aquaria; sesi memberi makan jerung dan piranha; tidak ketinggalan mencuba cabaran ‘Discovery Hunt’.

Acara ini adalah inisiatif susulan daripada pelancaran rasmi Scott's DHA Gummies yang berlangsung pada akhir Julai lalu. Satu pertandingan Scott's® Facebook bertajuk ‘Sleep with Sharks’ telah diadakan dari 19 September 2016 hingga 7 Oktober 2016 lalu, di mana anak-anak ini menghantar keterangan gambar dan lukisan paling kreatif mereka. Seramai 10 pemenang dipilih dan dianugerahkan sepasang tiket untuk mengambil bahagian dalam program 24 jam ‘Sleep with Sharks’ manakala ibu mereka pula menikmati baucar membeli belah Aeon.

‘Discovery Hunt’ mencetuskan sifat ingin tahu kanak-kanak ketika mereka cuba mencari petunjuk di sekitar pameran Aquarium dan fakta yang dipaparkan di sekeliling akuarium.


Hari yang tidak dapat dilupakan kanak-kanak: Memberi makan ikan jerung bersama dengan semua rakan-rakan baru mereka.     

Lawatan pendidikan yang dianjurkan itu merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak sambil memerhati dan bertanya soalan kepada jurupandu lawatan.

Para peserta bersungguh-sungguh menjawab soalan dalam salah satu aktiviti ‘Sleep with Sharks’ Scotts.
Mengenai ® Scott - Jenama makanan tambahan kesihatan  kanak-kanak No. 1  dalam segmen berasaskan ikan di Malaysia (seperti yang dilaporkan oleh Nielsen, MAT Jun 2016) dan pernah dianugerahkan Pingat Emas di Anugerah Kecemerlangan Pemasaran 2014 untuk Kecemerlangan dalam Wawasan Pengguna dan Kecemerlangan Pemasaran Dipacu Data. Ia juga pernah dianugerahkan Anugerah Perak di Anugerah Putra 2015.

Mengenai GlaxoSmithKline (GSK) - Salah sebuah syarikat farmaseutikal berasaskan penyelidikan dan penjagaann kesihatan yang terkemuka di dunia - komited untuk meningkatkan kualiti hidup manusia dengan membolehkan orang ramai melakukan lebih lagi, berasa lebih baik dan hidup lebih lama. Untuk maklumat lanjut sila layari www.gsk.com.

No comments: