Monday, January 2, 2017

Di Malam Acara Run For Your Lives Malaysia 206

Finally, malam yang dinanti tiba juga. Pada 31 Disember 2016 bertempat di Taman Botani Shah Alam peserta-peserta yang sudah mendaftar untuk menyertai larian Run For Lives Malaysia telah bersiap-sedia untuk menyertai larian daripada zombies seawal 6 petang lagi.

Disebabkan permintaan agak tinggi daripada orang ramai, pihak penganjur telah membahagikan kepada beberapa kumpulan. Ini bagi memastikan pergerakan setiap pelari yang dihantui zombies lebih selesa tanpa perlu bersesak-sesak.

Biarpun telah dibahagikan beberapa kumpulan. Masih kelihatan begitu ramai peserta yang mengambil bahagian. Masing-masing begitu teruja untuk menyertai larian hebat yang lain daripada lain.

  
Collection race kit!
Dapat t-shirt dan tag dekat tangan :=)

Sebelum acara larian, sempat lagi berposing dengan zombies yang berkeliaran di situ. Ada macam-macam gaya dengan menampilkan pelbagai karektor.

Setiap peserta yang menjadi zombies, akan ditata-rias secara percuma yang dibawakan khas oleh pihak penganjur larian.

Antara zombies yang menarik perhatian d acara larian. :p

Nampak macam merbahayajer kan zombies ni. Hehehe.

Sebenarnya setiap pelari bukan sahaja perlu melarikan dari zombies tetapi juga perlu meghadapi beberapa halangan dan cabaran di hadapan.

Gigih sangat tau, Husin dan isterinya Azua melepas halangan yang ada sepanjang larian.

Berlari di waktu malam dan terserempak dengan zombies, menyeramkan jugakkan.

Tapi bila ramai-ramai berlari..

Dan bertembung dengan sekumpulan dengan zombies memang boleh menyebabkan pertarungan yang luar biasa.

Antara halangan yang lain perlu dihadapi oleh peserta.

Dan sebenarnya ada banyak lagi.
Semuanya memang mencabar emosi dan fizikal peserta. Walaubagaimanapun larian ini tetap menyeronokkan.

Kreatif betul zombie ni. Siap pakai gayung dekat kepala. Hahahahaha.

Suasana suram di trek larian dengan pelbagai cabaran.

Dan zombie akan muncul di mana-mana sahaja secara tiba-tiba.

Selain dari acara larian, terdapat jua pelbagai aktiviti menarik disediakan di atas pentas utama.

Begitu sporting peserta-peserta larian yang sama-sama meriahkan suasana di malam larian dengan mengambil bahagian dalam acara di pentas. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk peserta yang mengambil bahagian.

Setelah berpenat berlari, setiap peserta larian diberikan medal sebagai tanda berjaya menamatkan acara larian dalam tempoh yang diberikan.

Masing-masing excited setelah dapat melarikan dari zombies dan mengharungi pelbagai cabaran. Malam akhir di penghujung tahun 2016 menghabiskan masa bersama-sama dengan aktiviti yang menyeronokkan memang sesuatu yang bermakna dan meninggalkan kenangan manis di memori.

Moga di tahun ke hadapan, berpeluang lagi menyertai Run For Your Lives Edisi tahun 2017!

Selamat Tahun Baru uollls!!