Harga Buffet Ramadhan di Restoran BGR Yang Super Berbaloi!!

Seperti ramadhan tahun-tahun sebelum ini. Restoran Bangi Golf  Resort (BGR) tidak pernah mengecewakan pelanggannya dengan menawarkan pelbagai sajian yang menarik di sognature Buffet Ramadhan yang akan ber,mula pada 29 Mei sehingga 23 Jun 2017. Untuk pengetahuan semua Restoran BGR adalah antara restoran di kelab golf yang telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan HALAL dari pihak JAKIM sejak tahun 2009.

Restoran BGR terkenal dengan buffet gastronomi yang menawarkan pelbagai pilihan hidangan makanan berkualiti yang memenuhi citarasa 1 Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan. 
Harga baucer bermula dari:
DEWASA : RM58
KANAK-KANAK : RM28

Dengan mengaplikasikan teknologi terkini dalam penyediaan masakan Oriental, Restoran BGR telah berjaya menghasilkan hidangan Nasi Ayam Hainanese dengan cara paling terbaik. Kita akan dapat merasakan sendiri betapa empuknya tekstur ayam. Begitu juga nasinya yang begitu lembut dan gebu. Yang menjadi "kill factor"untuk hidangan ini tentunya sos cili halia dan bawang putih yang pastinya menambat selera.

Terdapat 200 jenis juadah istimewa bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Antaranya seperti kambing bakar, sup kambing, sambal sotong kembang, ayam bercili masak ketumbar, sate ayam dan daging, ikan masak ayam kari, telur rebus goreng masak sambal sotong dan pelbagai lagi.








Untuk hidangan ala barat, di Restoran BGR turut menawarkan hidangan sentuhan gastronomik seperti "Sous Vide Ehhs with Mushroom Espuma". Bagi hidangan ala barat yang lebih klasik pelanggan bolehlah mencuba Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara. Dan saya sangat syorkan Peri Peri Chicken Drumlets yang memang sangat sedap rasanya!





Berbuka bersama pencuci mulut memanglah menjadi kewajipan setiap kali setelah menikmati hidangan berat. Di Restoran BGR terdapat variasi pilihan kek-kek yang enak contohnya Assorted Swiss Rolls (Red velvet., Orange Jaffa & Macha Chocolate), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake dan banyak lagi. Kelainan di Restoran BGR untuk ramadhan kali ini turut ditawarkan dengan hidangan "Spanish Churros"! Makan panas-panas memang best!







Selain menikmati beraneka juadah berbuka puasa, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang istimewa dari tapak jualan khas yang akan dibuka di Bangi Golf Resort sepanjang buan Ramadhan nanti. Terdapat juga promosi buah "DURIAN"yang dibawakan khas dari Raub Pahang. Bagi peminat Gelato boleh mendapatkan Gelato berperisa durian musang king dan P.G.A (Passion Fruit, Guava dan Asam Boi). Buah durian dan gelato boleh dibeli pada harga yang telah diberikan diskaun esklusif,

Sambil menjamu selera pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara "LIVE"dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Dan jangan khuatir kemudahan surau, bilik air dan pakir kenderaan sehingga 800 buah turut disediakan oleh pihak BGR,

@bangigolfresortofficial
#BGRbuffetramadhan17

Comments

Popular Posts