Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Anjuran 3M dan 11street


Baru-baru ini, saya berkesempatan menyertai pelancaran kempen tahunan 3M yang menggalakkan tabiat minum air . Untuk pengetahuan semua ya, tahun ini merupakan tahun ketiga berturut-turut penganjuran kempen tabiat minum air dari 3M.

Apa yang menarik untuk tahun ini, 3M bekerjasama dengan 11street, portal membeli belah dalam
talian terbesar dan popular di Malaysia. Apa yang pasti 3M sangat menekankan kepentingan tabiat untuk kekal hidrat dan seiring dengan kempen ini satu klinik badminton telah dianjurkan buat  rumah kebajikan yang terpilih. Klinik badminton ini telah diadakan di SJK(C) Choong Wen yang mana telah disertai seramai 35 kanak-kanak dari Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life
Society.

Menarik bukan? Apatah lagi kem badminton ini bakal medapat tunjuk ajar dari  jurulatih dan bekas emain badminton negara iaitu saudari Muhammad Hafiz Hashim, Kenichi Tago, pemain badminton dari Jepun dan juga Jansen Yeoh, jurulatih ketahanan dan kesihatan.


Kempen Minggu Minum Air adalah idea yang dicetuskan oleh 3M bermula pada tahun 2015 ianya dimulakan dengan kempen mendidik generasi muda terlebih dahulu di Tadika Julia Gabriel Centre, Petaling Jaya. Setahun selepas itu, 3M telah memutuskan untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam kempen ini dengan memperkenalkan Minggu Minum Air kepada pelanggan di pusat membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya.  Dan tahun ini, 3M mahu memperluaskan kemepen ini kepada orang ramai termasuklah kepada mereka yang kurang bernasib baik.



Kita semua sedia maklum badminton, antara sukan yang paling digemari di Malaysia. Ianya merupakan seukan yang  memerlukan tenaga ketangkasan serta stamina tinggi. Di sebalik keseronokan bermain badminton, badan kita pasti mengeluarkan banyak peluh yang boleh mengakibatkan badan kehilangan cecair sekaligus menjadi penyebab dehidrasi. Tanpa penghidratan yang betul, apa-apa jenis sukan juga akan menyebabkan keletihan. Inilah sebab mengapa pengambilan air adalah penting untuk kekal sihat dan mengekalkan fungsi setiap sistem dalam badan seseorang termasuk jantung, otak dan otot.


Ketika menunjukkan pergerakan asas dalam sesebuah permainan badminton, jurulatih badminton Muhammad Hafiz Hashim mengingatkan kanak-kanak dari dua badan kebajikan tersebut mengenai kepentingan untuk kekal hidrat. Turut hadir dalam sesi latihan tersebut ialah Kenichi Tago, pemain badminton dari Jepun dan Jansen Yeoh, jurulatih ketahanan dan kesihatan.

Yeoh juga berkongsi tips kesihatan semasa program tersebut;
"Penting untuk anda kekal hidrat sepanjang hari bagi memastikan badan anda mendapat jumlah air yang diperlukan untuk berfungsi pada tahap optimum. Air adalah sumber paling terbaik untuk penghidratan kerana ia tidak mengandungi gula atau karbohidrat, dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan dahaga."


Semasa klinik badminton tersebut, 3M Malaysia turut memperkenalkan produk berteknologi tinggi terbaru keluaran syarikat itu - 3M Countertop Drinking Water System CTM-02. Penapis air CTM-02 ini mempunyai kadar aliran air yang tinggi sehingga 2.8 liter seminit, mampu mengisi 14,000 gelas air dan didatangkan dalam rekaan futuristik yang boleh dipasang dengan mudah. Salah satu komponen utamanya - Sanitary Quick Change (SQC) – membuktikan betapa mudahnya untuk
menggantikan kartrij penapis dalam hanya 10 saat. Ia juga dilengkapi penunjuk jangka hayat kartrij, yang membolehkan pelanggan memeriksa sama ada kartrij perlu ditukar. Kartrij penapis CTM-02 diuji dan disahkanoleh standard 42 dan 53 NSF. Produk penapis air 3M sememangnya disahkan selamat secara saintifik.

Sumbangan penapis air 3M kepada Rumah Kenbajikan yang terpilih

Bersempena dengan kempen ini pada sesiapa yang berbelanja di 11street akan menerima baucar diskaun 15% yang boleh dimuat turun untuk digunakan di e-kedai 3M.  Selama dua minggu, penapis air 3M Countertop Drinking Water System CTM-02 akan dipaparkan di 11street bersama-sama penapis air lain yang ditawarkan dbawal label jenama 3M.

Promosi istimewa ini juga didatangkan untuk produk 3M lain  seperti 3M AutoFilm, 3M Auto Care, Scotch-Brite™, Command™ dan banyak lagi.


"Kami gembira untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama kerana ia memberikan kami peluang untuk mengembangkan lagi tawaran produk, khusus untuk kemudahan pelanggan semasa membeli-belah. Dengan lebih 10 juta produk dan lebih 30,000 penjual dalam platformkami, 11street begitu teruja untuk bekerjasama dengan 3M bagi menawarkan lebih banyak produk berkualiti tinggi kepada semua lapisan rakyat Malaysia.

3M dan 11street menyokong kebajikan melalui e-dagang. Program kebajikan yang dianjurkan 3M dan 11street turut digerakkan melalui pengenalan permainan batu, kertas dan gunting dalam bentuk digital yang menyasarkan penglibatan 150,000 rakyat Malaysia. Pemain yang meluangkan lebih banyak masa dalam permainan tersebut akan membantu menyumbang bekalan kartrij penapis air sehingga lima tahun kepada Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life Society. Peserta permainan itu turut berpeluang memenangi 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 atas ganjaran usaha mereka."
Bruce Lim, Vice President of Merchandising Division




“Sebagai penyokong utama kepada tabiat baik meminum air bersih dan bertapis, kami rasa adalah wajar untuk menggunakan produk 3M sendiri bagi menyokong kempen bermanfaat ini melalui program kebajikan yang diadakan. Permainan ini direka supaya orang ramai dapat turut menyertai Minggu Minum Air dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Jadi, kami menggalakkan lebih ramai orang Malaysia untuk mengambil bahagian dalam permainan ini supaya kami mampu membantu golongan kurang bernasib baik dan membekalkan mereka dengan lebih banyak kelengkapan yang memberikan akses kepada air minuman bersih, terus daripada paip.& 3M Countertop Drinking Water System CTM-02 dijual pada harga RM1,180 dengan jaminan selama setahun."
Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia



Untuk pertanyaan mengenai Penapis Air 3M, sila layari :-

Untuk promosi di 11street, boleh layari:-

Comments