Dream Big Princess, My Dear Amani...

A dream is a wish your heart makes
When you're fast asleep
In dreams you will lose your heartaches
Whatever you wish for, you keep
Have faith in your dreams and someday
Your rainbow will come smiling through
No matter how your heart is grieving
If you keep on believing
the dream that you wish will come true

A Dream is a Wish Your Heart Makes

Baru-baru ini saya dan famili telah menyertai aktiviti di Karnival "Dream Big Princess" yang berlangsungnya di Blue Concourse Sunway Piramid. Karnival ini adalah bersempena dengan cuti sekolah dan juga tayangan  siri animasi terbaharu saluran Disney, “Tangled: The Series” di  Astro 615. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya seperti "Meet & Greet with Princess", photobooth, sudut mewarna dan permainan atas talian (games online)

Di satu sudut tempat kanak-kanak mewarna.

Gambar kami yang sempat dirakamkan di photobooth yang disediakan di sini.


Apa yang menarik di karnival ini juga terdapat banyak sangat port yang kita boleh ambil gambar samada selfie ataupun wefie :-)

Lihat sahaja Amani yang begitu seronok mengambil gambar di sini. 


Puteri Amani pencinta alam semulajadi..

Puteri Amani bersama kakak puteri yang cantik..

Puteri Amani adalah seorang yang bercita-cita tinggi..

Puteri Amani yang periang dan disenangi oleh semua orang...

Puteri Amani yang sederhana...

Puteri Amani yang menantikan Putera idamannya yang menjelma satu hari nanti (bila dah besar ya!!)

Puteri Amani dengan seribu satu cerita yang tiada kesudahannya..

Erkkk ini adalah Putera Ameer yang terperangkap dalam dunia puteri impian Amani...

Pengunjung cilik yang hadir turut menantikan kemunculan puteri-puteri dari karektor animasi Disney. Boleh dikatakan hampir setiap jam puteri ini akan muncul dan kanak-kanak perempuan khasnya begitu teruja untuk bergambar sama.

Terdapat juga aktiviti seperti pop quiz, yang mana kanak-kanak yang berjaya menjawabnya akan diberikan ganjaran istimewa dari pihak penganjur.

Wak kemunculan Rapunzel dengan rambut panjangnya, yang dikatakan tinggal di menara istana menunggu putera idaman datang menyelamatkannya.

Dan ini Belle dari Beauty & The Beast, seorang puteri yang baik hati dan penyayang. Begitu ikhlas berkawan dan mencintai tanpa melihat pada rupa paras, biarpun ianya seorang yang hodoh ~ the beast!!

Antara pengunjung cilik yang hadir bergambar dengan Belle :-)

Seperti yang telah dimaklumkan si gadis jelita berambut panjang iaitu Rapunzel akan muncul dalam siri animasi terbaharu Saluran Disney, “Tangled: The Series”! Ditayangkan pada setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615, siri ini adalah gabungan di antara filem hebat, “Tangled” yang dihasilkan oleh Studio Animasi Walt Disney pada 2010 dan filem pendek, “Tangled Ever After”. Siri ini menyaksikan Mandy Moore dan Zachary Levi kembali memegang watak mereka sebagai Rapunzel dan Eugene.

Diserikan lagi dengan visual rekaan animasi menarik yang diinspirasikan dari lukisan Rapunzel dalam filem asal, siri ini akan mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora. Sifat tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mempelajari benda baru membuatkan dia menyedari yang masih banyak perlu dia terokai dalam dunia ini sebelum boleh menggalas tanggungjawabnya sebagai Puteri Coronora.

Kisah utama yang akan diketengahkan dalam siri ini adalah hubungan Rapunzel dengan rakan-rakan dan keluarganya. Watak-watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya,kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya,Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Snuggly Duckling Pub Thugs. Siri ini akan memperkenalkan watak baharu, Cassandra (suara oleh by Eden Espinosa), seorang wanita kental yang menjadi orang kuat Rapunzel. Tidak ketinggalan, ibu bapa Rapunzal, King Frederic (Clancy Brown) dan Queen Arianna (Julie Bowen).

Kisah Rapunzel yang dekat dengan penonton, menyentuh hati dan penuh gelak ketawa menekankan
tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita. Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapinzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab baharu seperti Rapunzel.

Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney memperkenalkan
pencarian watak di platform, Tangled Quest. Dari 21 Mei hingga 30 Jun. Yang mana kanak-kanak dan ahli keluarga mereka boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan logo Tangled Quest di Saluran Disney dan seterusnya memuat naik di laman web Tangled Quest (www.tangledquest.com). Lapan puluh (80) pemenang bertuah berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.

Selain beg cenderahati bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah juga berpeluang memenangi pengubahsuaian penuh bilik tidur bertemakan Tangled The Series.

Wah ini memang benar-benar menarik bukan??


Selain daripada menyertai aktiviti yang disediakan, ibubapa juga boleh mendapatkan barangan dan koleksi Disney di sini buat anak mereka. Terdapat barang permainan, alat tulis, baju dan banyak lagi.

Dan untuk pembelian paling tinggi, anda beperluang memenangi percutian ke Hong Kong Disneyland untuk 4 orang dan juga terdapat tawaran hadiah-hadiah lain yang cukup hebat juga ganjarannya.

Jom, apa lagi bawalah anak anda ke Karnival Dream Big Princess di Sunway Piramid dan sertailah  aktiviti yang banyak disediakan disana!!

Comments

Popular Posts