Terasa Segar Selepas Menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray


Tidak dinafikan semburan wajah kini merupakan sebahagian penting di dalam rutin penjagaan wajah serta merupakan solusi bagi menyegarkan dan mengurangkan kelesuan semasa perjalanan. Selain itu ia juga berfungsi untuk mengunci kelembapan agar kulit tampil muda dan licin. Semburan wajah bukan sahaja membantu saya menghadapi cuaca sepanjang tahun, malah semburan menyegarkan ini sangat sesuai digunakan pada musim panas. 

Dengan pengalaman melebihi 100 tahun dalam bidang perubatan dan kajian kulit, Eucerin® telah menjadi sebuah jenama yang sentiasa melahirkan produk dermatologi berinovasi dan kini memperkenalkan Eucerin® Aquaporin Mist Spray dengan manfaat 10 dalam 1 yang mempunyai formulasi unik dan berkesan untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 30 kali ganda.

Sementara semburan wajah yang biasa menyejat dengan cepat di udara menjadikan kulit lebih kering dan akhirnya menjadi sensitif; Eucerin® Aquaporin Mist Spray sebaliknya menawarkan lebih dari sekadar air. Dengan Hyaluronic Acid, ia memastikan kulit kekal hidrat lebih lama. Ia mampu mengunci kapasiti air di atas permukaan kulit wajah agar dapat memberikan kelembapan yang berpanjangan. Hyaluronic Acid juga mengandungi manfaat anti-penuaan yang dapat mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan.

Eucerin® Aquaporin Mist Spray juga mengandungi bahan-bahan lain yang mampu mencerahkan, menambah serta melegakan kegatalan kulit. Dengan Gliserin, sejenis bahan yang mampu mengurangkan kadar kehilangan air amat berkesan untuk menarik molekul-molekul air dari persekitaran sekeliling seterusnya membekalkan penghidratan segera pada kulit. Pengguna juga akan mendapat manfaat melalui ramuan inovasi Gluco-Glycerol yang merupakan alga biru-hijau yang sangat berkesan untuk mengatifkan Aquaporin- salur pengedaran kelembapan semulajadi yang berada di dalam lapisan kulit. Aquaporin ini berfungsi dari dalam untuk memberikan kelembapan antara sel-sel kulit dan mengimbangkan kadar kelembapan kulit. 

Eucerin® Aquaporin Mist Spray amat sesuai untuk:

a) Individu yang aktif di lapangan
Berada di luar sepanjang masa akan mendedahkan kita kepada cahaya matahari, ditambah pula dengan pencemaran udara memerikan kesan yang amat buruk kepada kulit manusia. Pendedahan kulit kepada pencemaran udara juga turut berkait rapat dengan masalah penuaan kulit pra-matang dan masalah kulit lain. Dengan sekali semburan Eucerin® Aquaporin Mist Spray ia dapat memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit serta merta.

b) Rawatan kulit kering
Kulit kering merupakan masalah lazim yang sering berlaku memandangkan kita sering berada di dalam suasana berhawa dingin disebabkan iklim panas tropika. Berada di dalam rumah dengan keselesaan penghawa dingin tidak bermakna kulit akan kurang terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Dengan penyaman udara, kulit akan cenderung untuk kehilangan kelembapan yang mengakibatkan iritasi dan kulit kusam.  Dengan semburan Eucerin® Aquaporin Mist Spray membolehkan kulit kembali aktif, lembap, licin dan berseri. Setiap semburan bukan sekadar menyegarkan tetapi turut membekalkan kelembapan kedalam setiap lapisan kulit.

c) Pengguna alat solek
Apabila menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan mulus menjadikan solekan lebih mudah digunakan. Dengan saiz partikel yang halus ia dapat meresap kedalam lapisan kulit menjadikan permukaan kulit lebih halus. Mengakhiri rutin solekan dengan semburan ini juga akan memastikan solekan pada wajah lebih tahan lama.


 Menarik tentang Eucerin® Aquaporin Mist Spray ianya mempunyai 2 saiz. Dan saya memang akan membawa saiz  Eucerin® Aquaporin Mist Spray yang kecil ke mana sahaj kerana ianya boleh dimasukkan ke dalam poket tepi beg.

Wajah sebelum dan selepas menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray. Jika sebelum menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray wajah saya agak kusam dan kelam dan selepas menggunakannya wajah saya lebih berseri dan terasa 'segar'.


Eucerin® Aquaporin Mist Spray boleh didapati dalam saiz 50ml pada harga RM21.90 manakala semburan bersaiz 150ml dijual pada harga RM45.90. Eucerin® Aquaporin Mist Spray kini boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh Malaysia.

Comments

Popular Posts