Tropika Skincare Memperkenalkan Face Cleasing Oil, Membantu Mengurangkan Minyak Lebihan Di Wajah Yana

(Ini adalah wajah Yana satu ketika dulu)

Memiliki anak yang sedang meningkat remaja, tidak dinafikan mereka juga pasti berhadapan dengan masalah kulit muka. Apatah lagi dengan rutin hariannya yang agak sibuk dan jenis kurang peka dengan pemilihan produk muka dengan cara yang betul menyebabkan kulit Yana ditumbuhi jerawat. Dan Yana juga sebenarnya mempunyai kulit yang berminyak terutama di bahagian zon-T.

Selain itu, Yana juga adalah seorang yang sangat aktif dalam sukan terutama dalam permainan bola jaring. Dengan latihan di padang di tengah panas yang kerap, tidak hairanlah untuk kulit berminyak seperti Yana akan kelihatan lebih kusam dan lebih berminyak.

Melihat pada masalah kulit muka yang dihadapi oleh Yana, saya terus mencari alternatif terbaik agar dapat mengurangkan masalah minyak muka keterlaluan yang dihadapi Yana. Dan juga pembersih yang mampu memberi kelembapan dan memelihara kulit Yana setiap hari.

Saya telah memperkenalkan Yana dengan produk Tropika Face Cleasing Oil. Ini merupakan produk terbaru dari Tropika yang juga menggunakan VCO sebagai bahan utamanya. Menariknya produk ini juga mampu membersihkan kesan kotoran mekap dengan cemerlang.

Menurut Yana, bauan Tropika Face Cleansing Oil sangat unik dan lembut - baunya seperti bubble gum. Dan tidak seperti sabun muka lain yang mengeluarkan banyak buih, Tropika Face Cleasing Oil memang senang dibersihkan setelah menggunakannya. Saya juga dapati setelah lebih 7 hari menggunakannya muka Yana bertambah berseri tidak lagi kusam dan minyak di mukanya semakin berkurang.

(Wajah Yana hari ini)

Yana juga menyatakan yang kulitnya bertambah lembut dan cerah. Untuk masalah jerawat yang dihadapi dalam masa seminggu ianya masih ada tetapi semakin mengecil/mengecut. Mungkin juga yang perlu mengambil air minuman kosong lebih kerap bagi memcucui kotoran yang terdapat dalam badan. *Ini juga antara tip yang saya perolehi bagi membantu mengurangkan masalah jerawat di muka.

Produk terbaru dari Tropika ini sebenarnya mempunayi formula istimewa yang sesuai dengan keadaan cuaca di negara Asia seperti Malaysia. Diekastrak dari VCO (minyak kelapa muda), bersama dengan adunan akar likuoris dan vitamin E yang mana kita sedia maklum gabungan ketiga ini mampu membersih dan melembapkan kulit wajah. Paling best, produk ini juga boleh membantu mengurangkan tanda-tanda penuan. Seperti garis di bawah mata dan sebagainya.

Setelah Yana mencuba, saya juga mempunyai keinginan yang sama. Walaupun saya tidak mengalami masalah wajah yang ketara, namun memilih produk HALAL yang boleh memelihara dan membantu untuk tampil lebih muda, kita haruslah cuba! Heheheh.

So, uolls boleh dapatkan produk Tropika Face Cleansing Oil ini dari www.tropikaskincare.my

Comments

Popular Posts