Kempen #High5forhandwashing Untuk Menunjukkan Tangan Kita Benar-Benar Bersih!


Sempena dengan Hari Mencuci Tangan Sedunia Ke-10, sabun kesihatan terkenal Lifebuoy keluaran Unilever Malaysia menganjurkan perayaan terbesarnya dengan kempen ‘#High5forhandwashing’ untuk menggalakkan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia. Kempen #High5forhandwashing bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menjaga kebersihan tangan dan memuat naik gambar ‘High 5’ (saling menepuk tangan di udara) ke platform media sosial mereka bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang tabiat mencuci tangan yang betul.


Lifebuoy bertekad untuk mengajar tabiat baik yang boleh menyelamatkan nyawa – iaitu mencuci tangan dengan sabun – kepada lima kanak-kanak untuk setiap gambar yang dimuat naik ke media sosial dengan #High5forHandwashing. “Menerusi program ‘High 5’ untuk mencuci tangan, kami berhasrat untuk mengumpul 200,000 ‘High 5’ dan dengan demikian mengajar 1 juta kanak-kanak mencuci tangan pada 2018,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. Lifebuoy telah bekerjasama dengan lebih 140 selebriti dan tokoh pemimpin penting untuk menonjolkan mesej mencuci tangan dan lebih 5,000 kakitangan Lifebuoy telah melawat sekolah-sekolah untuk mengajar kanak-kanak cara mencuci tangan dengan betul. Kempen ini juga telah memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi bilangan ‘High 5’ terbanyak.


Tangan merupakan satu daripada medium paling umum untuk menyebarkan kuman daripada seorang kepada seorang lain. Kebanyakan masalah kesihatan berkaitan kebersihan disebarkan menerusi sentuhan. Dengan kempen mencuci tangan ini, Lifebuoy menggalakkan orang ramai membina keyakinan untuk ‘High 5’ dan mengamalkan tabiat mencuci tangan yang mudah untuk mencegah masalah kesihatan berkaitan kebersihan.

Sejak 2015, Lifebuoy sebagai jenama dengan matlamat khusus telah memulakan program kemasyarakatan dinamakan “Mentor Tangan Bersih bersama Lifebuoy yang menggalakkan usaha
menjaga kebersihan dalam kalangan mentor kanak-kanak di Malaysia untuk kepentingan masyarakat.

Program ini membabitkan guru-guru, penjaga dan ibu-ibu dengan matlamat untuk menyemaikan tabiat menjaga kebersihan dalam kalangan kanak-kanak, dan juga untuk menambah baik pematuhan kanak-kanak kepada amalan menjaga kebersihan tangan. Setakat ini, program yang dijalankan dengan kerjasama jabatan pendidikan negeri telah memberi manfaat kepada kira-kira 150,000 kanak-kanak di 3,063 sekolah, yang dilatih untuk mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan sabun, dengan penyertaan 5 negeri, khususnya Selangor, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Perubahan tabiat penting untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Pelan Kehidupan Lestari Unilever, dan kami komited untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan tabiat mencuci tangan
setiap hari untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan orang ramai. Kami menetapkan sasaran untuk
mengubah tabiat menjaga kebersihan satu bilion orang, termasuk ibu bapa, murid sekolah, penjaga dan masyarakat global menjelang 2020 menerusi amalan semudah mencuci tangan dengan sabun sebagai satu daripada cara paling menjimatkan dari segi keberkesanan kos untuk mencegah masalah kesihatan berkaitan kebersihan,” katanya.

Ibu bapa adalah ejen perubahan tabiat yang penting bagi seseorang kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu memperlihatkan dan memperkukuh tabiat ini di rumah, kerana kanak-kanak belajar dengan memerhatikan apa yang dilakukan oleh orang tua mereka. Oleh yang demikian, matlamat kempen ini
adalah untuk menggalakkan tabiat mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak seawal yang boleh agar ia menjadi darah daging. “Untuk menyemaikan tabiat mencuci tangan sejak kecil, ibu bapa atau penjaga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak dan anggota keluarga mereka, dan dengan itu menjaga kesihatan dan kesejahteraan ekonomi negara,” katanya.

Lifebuoy mengendalikan program perubahan tabiat menjaga kebersihan yang terbesar di dunia dan telah mencapai lebih 379 juta orang di seluruh dunia sejak 2010. Kempen ini berpacukan Pelan
Kehidupan Lestari Unilever (USLP) yang memberi penekanan kepada usaha mewujudkan tempat tinggal lestari menerusi perubahan tabiat. Pelan ini telah dilancarkan untuk meningkatkan kesan sosial positif daripada inisiatif Unilever sambil mengurangkan separuh daripada kesan organisasi ke atas alam sekitar.

###

Mengenai Hari Mencuci Tangan Sedunia

Hari Mencuci Tangan Sedunia merupakan hari peringatan sedunia tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara
mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah masalah kesihatan berkaitan penjagaan kebersihan.

Hari Mencuci Tangan Sedunia, diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun, ialah peluang untuk mengilhamkan, menguji, dan mengulangi cara kreatif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:

 Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun secara global dan tempatan
 Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
 Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun

Saya sendiri menyokong kempen #High5forhandwashing dengan mengajak anak-anak untuk bersama-sama menjaga kebersihan tangan. Dengan hanya langkap yang mudah :-)

Picit sedikit sabun pencuci tangan Lifebuoy. Sangat mudah, kerana ianya didatangkan dengan pek yang sangat praktikal, terutama kanak-kanak mereka tidak akan ada masalah menggunakannya.

Basahkan tangan yang ada ceceair pencuci tangan Lifebuoy. Sapukan ke permukaan tapak tangan dan dibahagian belakang tangan juga.

Bilaskan dengan air bersih berulang-kali. Sehingga tangan benar-benar bebas sabun.

Lap tangan dengan tuala kecil. Untuk memastikan tangan kita benar-benar bersih. Dan cuba ajar anak anda untuk rasa kesan selepas mencuci tangan dengan Lifebuoy. Wangi dan lembut bukan?

My Ameer begitu sukakannya!
High 5!

Comments

Popular Posts