3 Hidangan Hebat di D'Laksa

Peminat laksa pasti akan mencuba hidangan hebat dari D'Laksa Asam Laksa yang berasal dari Johor.  Terdapat 12 outlet di serata Malaysia dan terdapat juga di Indonesia. Apa yang menarik tentang D'Laksa ianya hanya memperkenalkan 3 hidangan sahaja dan paling penting  hidangan signature asam laksa yang memang sangat esklusif !

Tiga hidangan yang ditawarkan adalah Asam Laksa (RM7), Asam Fishball (RM5) dan Rojak Buah (RM5). Menariknya untuk cawangan D'Laksa MyTOWN Cheras ianya juga ditawarkan dalam bentuk kombo iaitu D'Light Deal For 2 yang berharga RM28. Didalam kombo ini didatangkan 2 set asam laksa, 2 pilihan minuman sejuk (lemonade, ice lemon tea atau Milo) dan juga side dish 1 Asam Fishball dan 1 rojak buah. Namun untuk side dish kita juga boleh membuat pilihan samada untuk mengambil 2 set Asam Fishball atau 2 Rojak Buah.

Dilayan staf yang sangat peramah dan mesra pelanggan memudahkan saya untuk membuat pemilihan makanan yang hendak dinikmati. Bagi outlet D'Laksa MyTOWN Cheras ada juga ditawarkan 3 jenis minuman sejuk iaitu Milo Ais, Lemonade dan Ice Lemon Tea.

Untuk outlet D'Laksa MyTOWN Cheras memang disediakan tempat makan khas untuk pelanggannya datang menikmatinya di sini. Namun pelanggan juga boleh membawa pulang makanan yang dibeli kerana D'Laksa juga menyediakan pengkhidmatan pembungkusan.

D'Laksa juga telah mendapat kelulusan sijil HALAL daripada pihak JAKIM. JAdi kita tidak perlu was-was untuk menikmati hidangan dari sini.

Saya telah mencuba sendiri ketiga-tiga hidangan dari D'Laksa iaitu Asam Laksa, Asam Fishball dan Rojak Buah. Selain itu saya juga memilih minuman Milo Ais dan Lemonade sebagai penyejuk tekak.

Asam Laksa dari D'Laksa memang antara terbaik yang pernah saya rasa. Dihasilkan daripada ramuan utama iaitu ikan makeral segar. Dimasak sendiri (homemade) menggunakan resepi istimewa. Cukup rasa dari segi masam dan pedas. Paling penting kehadiran pes udang menggandakan kehebatan rasa kuah Asam Laksa ini.

Fishball Asam ini antara pilihan menu yang menjadi feveret kebanyakan pelanggan D'Laksa. Dalam setiap mangkuk diberikan 5 biji fishball yang agak besar juga saiznya. Dinikmati bersama kuah asam laksa memang padu rasanya.

Istimewa Rojak Buah dari D'Laksa ini adalah kuah rojaknya. Memang sedap giler! Walaupun menggunakan 3 jenis buah iaitu timun, sengkuang dan nenas, namun kombinasi ini tetap mantap dengan kuah rojak yang cukup rasa, pekat dan pedas (memang sesuai dengan anak tekak orang Malaysia). Paling best sebab ada lambakan kacang tumbuk menjadikan keranggupan dalam setiap gigitan.

Untuk sebarang aktiviti dan informasi (contoh pembukaan cawangan baru dan sebagainya) mengenai D'Laksa boleh layari:

IG D'LAKSA
www.dlaksa.com


Review dari saya :-)

Jom terjah outlet D'Laksa

Johor Bahru 
- KSL City Mall
- Sutera Mall 
- AEON Bukit Indah

 Melaka 
- Dataran Pahlawan Melaka Megamall 

Selangor
- AEON 1Utama 
- AEON IOI Mall Puchong 
- AEON Mall Shah Alam
- MyTown Mall Cheras
- AEON Midvalley Megamall 
- AEON Taman Maluri 

Penang 
- AEON Quensbay Store

Comments

Emas Putih said…
uzu suka juga makan asam laksa ni.. Tapi tak taw nak makan kat mana. rumah uzu paling dekat dengan mytown. so, kalau ke mytown boleh lah makan kat mylaksa ni. Ada 3 menu je kan. Ok lau tu tak pening nak pilih apa sbb dia jual the signature je eh kan.. kalau combo pon murah. makan bdua sesuai
amirnawawi said…
Sedapnyer la kak.
Dahla saya ni penggemar laksa.
Saya suka kalau laksa yang kuahnya pekat.
Sebab boleh rasa ikan dia. Ni kalau cair rasa macam tak best pulak.
Kena try la lepas ni D'Laksa ni.
Mana tahu kena ngan jiwa ke
Shafyqah Azry said…
baca tajuk terus teringin laksa. taksangka harga murah macam tu hehe ingatkan rm10+ satu. tempat makan pun nampak bersih dan yang penting warna kuning tu menarik betul. nanti kalau turun penang boleh lah try
I kalau laksa ni cuma suka Laksa Utara. Asam Laksa ni kurang sikit tapi entah kenapa kalau mee segera tu sedap je makan perisa Asam Laksa. Hehehe...peminat2 asam laksa boleh la terjah ke sini...
Nampak sedap sangat asam laksa tu. Dah lama tak makan laksa ni. Harga pon kira ok lah tu. Kalau pergi MY Town boleh lah singgah nanti.
irra yyan said…
Boleh la pergi cari asam laksa dlaksa dekat aeon mall shah alam. Mommy hantu laksa. Hantu asam laksa juga. Tapi nak jumpa asam laksa sedap sangat susah. Nak try nanti
Khai Artzfar said…
dah pernah cuba! tapi kan kak dia manis laa. sedap tu sedap dah kalau kurangkan manis maybe perghhhhhh
emi said…
Uuuu laksa la. Lama dah tak makan laksa. Biasa nak makan laksa ni time balik kampung. Makan laksa yang mak buat. Tapi laksa yang style kelantan la
Rawlins GLAM said…
Cantik tudung tu.
Adakah ...?
Hahaha.
Lazat sungguh laksa tu. Tapi Laksa Sarawak tetap paling lazat di lidahku. Hahaha
Betty Liew said…
Have not try it before but I always pass by and smell the nice aroma of Laksa. I heard is nice especially the broth.
Cindyrina Rina said…
This comment has been removed by the author.
Cindyrina Rina said…
Laksa ni bau dari jauh he dah kecur air liur kot. Even dah kenyang pun I akan gi makan. I am the laksa sucker.hhhuhu
Abby Onety said…
Pertama kali makan laksa di pulau Langkawi. Rasanya enak dan saya suka. Klo urusan makan saya sih kemungkinan hanya dua pilihan rasa. Rasa Enak dan rasa enak sekali hehee. Makanan mah gk pernah nolak
Lia Hasty said…
Lia memang suka sangat dengan Dlaksa ni. Lagi2 Asam Laksa dia memang terbaik dan sedap. Berbaloi sangat kan dengan harga dia. Rojak dia pun sedap jugak.
Dik bee said…
Dah pernah makan kat D'Laksa kat Mytown. Memang best, kuah dia pekat. Harga pun reasonable. Masa beli tu nampak cam kecik je bekas dia tapi bila makan memang cukup mengenyangkan. Paling suka Asam fishball dengan rojak. hehe
Akak! D'Laksa ni memang sedap dan beratoq panjang. Awat akak punya gambar tak nampak berselera ni. Hahaha. Tapi takpa. Saya tetap akan ke D'Laksa walaupun akak tak tunjuk gambar laksa besar-besar jelas apa isi kandungannya. Hahaha. My Town D'laksa here I come!
Ainyy Zain said…
kak, ainy pun suka tau dlaksa ni. tiap kali teringin nak makan benda2 yang masan tapi sedap - mesti pergi sini. okay teirngin dah. nyum3.
Maha Mahu said…
Tengok kak Ayu makan tu macam sedap jer tapi kita pernah cuba jua DLaksa ni memang sedap rasa ikan banyak dalam kuah tu nanti boleh datang makan lagi kat sini..
Not bad la harga dia. Bukan senang nak jumpa laksa sedap tertamanya kat area KL ni.
dr-Life said…
Almost everyday I see people like up... Wonder is it so good... Lolz... Kinda fuzzy with laksa.. though I come from Penang... I'm still fuzzy with laksa there as well... Hahahaha

Popular Posts