Koleksi Upin Ipin, Che Ta Dan Nabil Mewarnai Gempaknya Raya Bersama JAKEL

Wawawawa....
Semakin kita menghampiri bulan Ramadhan...
Semakin juga kita menghampiri bulan Syawal...
Dan pastinya perayaan yang disambut setahun sekali ini bukan sahaja dinanti oleh seluruh umat Islam di Malaysia bahkan satu dunia. Dan adalah menjadi kebiasaan, di hari Raya sesisi keluarga akan berpakaian baru dan cantik. Tanda kegembiraan meraikan Hari Raya setelah sebulan lamanya berpuasa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya JAKEL tidak pernah tewas memperkenalkan koleksi menarik dan hebat mereka sempena dengan promosi Hari Raya. Untuk tahun 2015, JAKEL telah melancarkan Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015, dengan mengetengahkan koleksi baju melayu Aaron Aziz, koleksi baju melayu dan jubah Nabil Ahmad, koleksi baju raya Upin Ipin dan juga koleksi baju raya Che Ta.
Para duta terbaru bersama dengan orang kuat Jakel di hari pelancaran :)
Sesuai dengan imej Che Ta sekarang yang sudah bertudung. Baju yang dikeluarkan di bawah label Che Ta semuanya cantik dan sopan digayakan di hari lebaran.
Anak-anak kita pasti teruja dengan koleksi Upin & Ipin keluaran Jakel ini.
Dengan mempertaruhkan lebih 30 warna dan corak baju yang ceria memberi peluang kanak-kanak bersama ibu-bapa mereka untuk memilih warna kegemaran untuk dipakai di pagi raya. Dan ianya dijual satu set iaitu sepasang baju melayu, butang baju melayu dan juga sampin.
Kita dapat lihat eksklusifnya koleksi Upin & Ipin ini di mana butangnya bercorak muka Upin Ipin serta jahitan kemas di tepi poket baju melayu dan logo Upin Ipin. Lebih menarik sampin yang dipadankan juga mempunyai logo Upin & Ipin. Alolololo... comel, kan?
Harga yang ditawarkan untuk koleksi ini adalah bergantung kepada jenis material yang digunakan ya. Jom lihat antara warna-warna dalam koleksi Upin Ipin...
So memang banyak pilihan... Kalerful uollls...
Bagi mereka yang sudah dewasa, untuk raya tahun ini Jakel menawarkan juga koleksi Aaron Aziz serta koleksi terbaru mereka iaitu koleksi Nabil Ahmad. Untuk pengetahuan semua koleksi baju melayu Aaron Aziz dan juga Nabil Ahmad adalah dua koleksi yang berbeza dari segi penggunaan warna dan fabrik.
Ini adalah antara warna-warna yang ditawarkan dalam koleksi Nabil Ahmad...
Cantik kan warna hijau emerald ini? :)
Ok, jika bernasib baik kita datang pada waktu Happy Hour, harga untuk setiap baju melayu dari RM300 ke atas menjadi RM150 (pakej: baju melayu, sampin dan butang baju melayu).
Lebih menarik lagi, dalam koleksi Nabil Ahmad bukan hanya menawarkan baju melayu sahaja bahkan turut menawarkan koleksi rekaan jubah melayu lelaki yang sangat cantik. Harga jubah dalam RM150, dan jika kita datang pada waktu Happy Hour, harga setiap helai adalah dalam RM100 sahaja.
Bagi wanita dewasa, 
Nak kelihatan lebih bergaya,
Di pagi raya yang bahagia,
Bolehlah mendapatkan koleksi Che Ta...
Gabungan warna pastel, garang dan lembut menyerlahkan lagi pesona diri seorang wanita.
Apatah lagi pakaian yang digayakan didatangkan juga dengan perincian manik dan sulaman yang dijahit begitu kemas.
Aura lebih berseri dengan memakai tudung Ariani yang menawarkan pelbagai rekaan dan juga variasi warna pilihan.
Semuanya boleh digayakan mengikut kesesuaian dan kesukaaan :p

Harga pakaian dari semua koleksi yang ditawarkan adalah mampu milik. Nak jadi pengguna bijak, berbelanja ketika Happy Hour ditawarkan :) ~ memang berbaloi!

Sambil-sambil datang shopping sini kalau teringin nak jumpa artis sempena dengan promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015, boleh semak jadual dibawah ya.

13.6.2015 - Jakel Mall KL (Upin Ipin dan Nabil)
19.6.2015 - Jakel Kubang Kerian (Upin Ipin, Raykal, Mia Sara dan Nabil Ahmad)
20.6.2015 - Jakel Mall KL (Aaron Aziz, Upin Ipin, Raykal, Mia Sara, Che Ta/Zain dan Nabil Ahmad)
21.6.2015 - Jakel JB (Upin Ipin, Raykal, Mia Sara dan Nabil Ahmad)
27.6.2015 - Jakel Shah Alam (Aaron Aziz, Upin Ipin, Raykal, Mia Sara dan Nabil Ahmad)

Wooooot!!!

So, kelengkapan raya saya untuk seisi keluarga dah siap tahun ni ya...
Dengan koleksi Nabil Ahmad buat cik somi...
Dan juga koleksi Aaron Aziz buat nak teruna...

Untuk terawih pula...
Saya dapatkan juga jubah dari koleksi Nabil untuk anak teruna saya my Anaqi. Bukan sahaja warna yang ditawarkan agak menarik, potongan baju dan juga material fabrik sangat-sangat-sangat-sangat selesa... Siyes!!! See, model in da' house begaya.
Untuk Raya yang lebih berGaya... dapatkan koleksi Gempak Raya Bersama Jakel ya!
Keterangan lanjut boleh layari : www.jakel.my

(Kredit pic: Naomie, Cik Bee dan ahli team yang lain).

Koleksi Upin Ipin, Che Ta Dan Nabil Mewarnai Gempaknya Raya Bersama JAKEL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 16, 2015 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.