Hanil UV Sterilizer & Dryer Melindungi Bayi Anda Dari Ancaman Kuman


Mempunyai anak yang masih kecil saya sentiasa memastikan segala perkakasan yang digunakan oleh beliau sentiasa bersih dan selamat digunakan. Ini terutama botol susu yang digunakan dan juga "soft toys"yang selalu beliau main setiap hari.


Apabila diperkenalkan dengan produk Hanil UV Sterilizer & Dryer produk buatan Korea, saya begitu teruja untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut. Sepertimana yang kita ketahui jenama Hanil ini juga gah dan popular selama 50 tahun di Korea. 

Untuk pengetahuan semua produk Hanil UV Sterilizer & Dryer adalah dari model HBS-900MY yang diciptakan khas untuk penggunaan di Malaysia. Bersama produk ini turut disertakan manual yang diberi panduan didalam Bahasa Ingeris.

Yang menariknya untuk HANIL UV Sterilizer & Dryer ini ianya menawarkan perkakasan sterilizer ALL-In-One iaitu Mengeringkan, Sterilize dan juga berfungsi sebagai tempat Simpanan. Dengan menggunakan 2 unit lampu UV OSRAM dan juga lampu infrared Dr Fischer menjadikan produk sterilizer ini cukup sempurna. Apatah lagi ianya juga dilengkapi dengan HEPA FILTER sebagai alatan penyarigan terbaik.


Mudah digunakan dan tiada masalah dalam penyelenggaraan. Dari segi penjimatan elektrik memang terbukti, ini kerana tenaga yang diperlukan hanyalah 50 watt sahaja. Jadi ianya mengurangkan risiko untuk pengguna terkena kepanasan dan sebagainya.

Hanya pilih sahaja menu di atas. Jika hendak melakukan proses pengeringan dan sterilizer, hanya tekan menu auto sahaja. Tetapi untuk barangan yang sedia kering, kita hanya tekan pada menu sterilizer. Ternyata produk ini senang difahami, dan suami juga dapat menggunakannya sekaligus membantu kita menyelesaikan kerja-kerja pengurusan pembersihan barangan anak di rumah.

Selain itu, rekaan esklusif dengan kapasiti yang luas (mampu memuatkan sehingga 9 botol untuk saiz 9oz dalam satu-satu masa), membolehkan produk ini juga dijadikan sebagai tempat penyimpanan barangan anak. Jadi kita tidak perlulah mencari tempat khas lain untuk penyimpanan botol. Sekaligus, dapat membantu mengurangkan penggunaan ruang yang banyak di dapur.


Apa sahaja jenis barangan kegunaan anak boleh dimasukkan ke dalam sterilizer ini. Biarpun ianya remote control, telefon bimbit dan sebagainya. Walaupun barangan ini kepunyaan orang dewasa, namun ianya menjadi perhatian anak-anak kecil untuk menggunakannya. Terutama bayi mereka kadang-kadang gemar menggigit telefon bimbit! Jadi bagi memastikan barangan ini turut bebas kuman, kita boleh masukkannya ke dalam Hanil UV Sterilizer & Dryer.

(Kecuali benda-benda hidup seperti haiwan perliharaan tidak bolehlah dimasukkan ke dalam Hanil UV Sterilizer & Dryer ini ya :p )

Harga yang ditawarkan adalah RM1299 (bersama 'replacement parts kit' yang bernilai RM150). Caj RM10 akan dikenakan bagi penghantaran Semenanjung, bagi Sabah dan Sarawak ianya bergantung kepada kos penghantaran yang dikenakan.

'replacement parts kit' yang bernilai RM150

Untuk pembelian boleh hubungi :
012-5259868/9358/8533

Atau secara emel : 
info@bbabyessentials.com

Walk in terus ke : 
87B, 3rd Floor, Jalan SS21/37, Damansara Uptown, Petaling Jaya Selangor

Untuk keterangan lanjut boleh layari : 
ataupun 

#HANILuvsterilizer 
#uvsterilizer 
#babyshowergift 
#babybottle

Hanil UV Sterilizer & Dryer Melindungi Bayi Anda Dari Ancaman Kuman Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 16, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.