Pilihan Yang Terbaik Untuk Yara, PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi!

Bayi memang memerlukan tidur yang cukup. Ini kerana jika bayi tidak mendapat tidur yang cukup dan sempurna akan menyebabkan dirinya tidak selesa. Secara tidak langsung menyebabkan bayi akan sentiasa meragam.

Melihat kepentingan perlunya bayi mendapat tidur yang cukup. Saya telah mencari solusi produk terbaik buat bayi saya Adzkia Tahra. Produk menjadi pilihan tentulah yang versatil mempunyai banyak fungsi dan paling penting ianya mesra pengguna!

Produk ini juga didatangkan bersama satu tahun waranti ya!

Saya telah memilih PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi. Apa yang menarik tentang produk ini, ianya tidak memerlukan kita membuat pemasangan yang "complicated". Ianya telah datang "siap untuk digunakan"tanpa perlu melakukan aktiviti "DIY"yang selalunya perlu dilakukan pada produk-produk yang lain.

Boleh dijadikan katil buaian dan kerusi untuk bayi! Didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu warna 'French Vanilla'. Dan saya sangat sukakan material alas yang digunakan sebagai katil/kerusi yang mana ianya sangat lembut dan selesa. Apa yang lebih penting, jika terkena kotoran ianya begitu mudah untuk dibersihkan.

Antara keunikkan produk ini ialah ianya jenis senang untuk di bawa ke mana sahaja. Boleh dilipat dan diangkat dengan mudah. Ianya juga didatangkan dengan 4 roda di bawah, jadi tidak ada masalah jika kita mahu mengalihkan katil/kerusi ini ke mana sahaja yang dikehendaki. Roda ini juga mempunyai kunci jika kita hendak pastikan ianya tidak bergerak beabas seperti yang dikehendaki. Memang selamat tak perlu khuatir.

'Portable' meja yang boleh dicabut atau dipasang semula mengikut keperluan. Buat masa sekarang memang Yara tidak perlukan meja tapi pada masa akan datang memang anak kesayangan saya ini sangat memerlukannya. 

Yang lagi menarik PARENTING STATION-FEALETTO ini boleh dijadikan seperti kerusi yang boleh dilaras mengikut kesesuaian umur. Jadi saya boleh jadikan PARENTING STATION-FEALETTO kerusi santai buat Yara ketika beliau menonton kartun kegemarannya di televisyen. Menarik bukan?

Untuk tidurkan Yara, apa yang saya perlu lakukan hanya letakkan beliau di atas PARENTING STATION-FEALETTO ini. Pastikan beliau diletakkan dengan sempurna di atas katil.

Seterusnya saya akan pilih dari menu pilihan di sisi katil. Sama ada katil ini perlu digerakkan secara automatik atau tidak. Dan juga BONUS ianya juga didatangkan bersama muzik yang cukup santai. Memang benar-benar menjimatkan masa saya untuk tidak lagi bersusah-payah mendodoikan yara sehingga tertidur :-)



Nampak selesa sangat kan? ....

PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi ini juga didatangkan dengan kotak simpanan di sebalik katil/kerusi. Kotak ini memang sangat kemas dan boleh ditutup rapat.

Memang tempat untuk saya letakkan 2 helai pampers (jika kecemasan), puting Yara dan juga wet tissue. Besar jugakkan kotak simpanan macam-macam boleh diletakkan.




Tengok, betapa seronoknya anak kita bila diberikan tempat perbaringan yang selesa. Oh ya! Ada seat belt ya. Kalau anak dah mula lasak, kita boleh pakaikan seat belt, jadi memang kita tak perlu risau jika anak kita jatuh dari tempat pembaringan/duduk mereka. 



Bukan main lena lagi tidurnya si Yara ni. Apatah lagi ada lagu yang membuai-buai menjadikan Yara lebih selesa dan lena.




Happy me with Yara :-)

Untuk keterangan lanjut mengenai produt boleh layari :

Atau melihat komen dan pendapat pengguna lain tentang produk ini boleh terjah:


PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi cantik, mudah, selamat, selesa dan mesra bayi!

**Head over to 100Comments.com for Malaysian product reviews, daily product giveaways, useful tips & advice
Pilihan Yang Terbaik Untuk Yara, PARENTING STATION-FEALETTO dari Combi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 10, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.