Review Ringkas | Ah Boys To Men 4


 Ah Boys to Men 4 filem sekuel dari Singapura ini bukan sahaja mempertengahkan genre komedi bahkan bagi saya ianya merupakan drama yang agak berat sarat dengan emosi dan semangat cintakan negara. Filem hasil arahan sutradara Jack Neo ini mengekalkan pelakon-pelakon utama asal seperti Tosh Zhang (Alex), Wan Wei Liang, Joshua Tan, Naoh Yap dan ramai lagi.

 Kisahnya bermula apabila Sargent Alex, Lobang, Aloysius, Ken Chow dan kawan mereka dipanggil balik untuk sesi latihan bersama Unit Ketenteraan Singapura (SAF ARMOUR UNIT). Yang mana ke semua daripada mereka ada yang sudah berkahwin, berkerjaya dan masing-masing sibuk dengan kehidupan mereka sebagai orang awam.


Pelbagai insiden menarik dan lucu berlaku sepanjang latihan dijalankan. Apatah lagi untuk kali ini kumpulan mereka turut disertai beberapa ahli baru daripada bahagian unit lain. Semangat 'brotherhood', setiakawan dan bekerjasama adala elemen yang penting menjadikan jalan cerita ini sesuai untuk ditonton semua lapisan umur masyarakat.

Sebagai lelaki mereka juga rasa tercabar apabila pasukan ini diketahui Leftenan Zhang Xin Yi, wanita muda yang cantik, keras kepala dan tegas. Biarpun sering bercanggah dengan ahli pasukannya yang lain, namun kita dapat lihat di sini bagimana perlunya ada sikap saling menghormati sama lain dalam diri.

Untuk tempoh 125 minit ditayangkan memang tidak membosankan, terutama setiap karektor watak yang diberikan dapat dibawa dengan baik dan berkesan. Paling penting semasa menonton filem ini dapat menaikkan semangat kita untuk lebih rasa cintakan negara - berani berjuang dan mara sebagai pejuang di hadapan!

Untuk tayangan di Malaysia sudahpun bermula. Dan jangan lepaskan untuk menontonnya di pawagam yang berhampiran.

Psst: So saya macam tengok balik filem Ah Boys to Men 1, 2 dan 3. Antara filem komedi yang sempoi dan tak rugi menontonnya berkali-kali.


Comments

Popular Posts