Sangat-Sangat-Sangat Menghiburkan Persembahan dan Aksi Great British Circus di ioi Mall Puchong

Masa mula2 tengok gambar ni saya menang nak tergelak. Erkkk sebenarnya memang dah tergelak gila. kahkahkah. Ini adalah gambar keluarga saya momen sebelum masuk tengok show Circus di ioi Mall Puchong. Serious muka excited masing-masing terutama Yana (dia memang hover bila bergambar, kahkahkah).

Untuk tatapan uolls, kalau nak datang tengok Circus kat sini. Ini adalah harga dan masa persembahan ya. Tapi serious memang berbaloi tengok persembahan Great British Circus yang berlangsung selama 2 jam di sini. Saya ada ambil gambar hampir 100 bidikan. Memang puas hati, berbaloi kerana sepanjang 2 jam kita menonton kita akan gelak, gerun dan macam-macam perasaan dapat dirasa.

Saya ada juga ada ambil video tetapi sebab terllau besar saiznya tidak berjaya pulak dimuat naik ke sini. Takpe saya akan kongsikan lebih banyak lagi gambar menarik di socmed hokeh!

Antara yang menarik, yang saya saksikan di malam persembahan Great Brtish Circus!
 Magis, tukar-tukar pakaian sambil berdansa. Memang menghiburkan. Dengan tarian yang mengikut tempo, lampu neon bertukar-tukar memainkan peranan menjadikan persembahan ini begitu menghiburkan.

 Henry The Clown muncul acap kali juga. Telatahnya yang bersahaja dan bijak berkomunikasi dengan penonton menjadikan suasana sangat meriah dengan gelak tawa. Pelbagai gimik dihasilkan oleh clown yang nakal ini.

Homaigad! Ini antara aksi yang mendebarkan. Nak luruh jantung saya melihatkan persembahan ini. Ianya sangat bergantung kepada kecekapan dan juga penting untuk sentiasa percayakan rakan pasukan.

Persembahan epik sememangnya sangat dinantikan setiap kali persembahan circus diadakan. Biarpun terdapat juga kejadian 'bolos', yang mana pembuat persembahan terjatuh. Namun mereka segera bangkit dan terus menunjukkan aksi-aksi yang lebih dramatik.

 Ekastik sungguh badan dia!!!



Kemunculan Spiderman dengan aksinya seperti kita pernah lihat aksi adiwira ini didalam filem. Dan ini merupakan adiwira kegemaran my Ameer. Bersungguh-sungguh Ameer menonton aksi Spiderman ini. Siap ternganga lagi mulut hokeh. Punyalah kagum yang amat sangat :[p

 "Balancing" dan fokus antara perkara penting yang perlu dititikberat ketika aksi ini ditampilkan. Melihat kehebatan pemain circus ini membuat persembahan, menyebabkan saya sering tertanya berapa lamalah agaknya mereka ini berlatih?

Sebenarnya terlalu banyak persembahan dan kalau uollls nak tahu dan lihat sendiri kehebatannya, lebih baik datang dan tonton Great British Circus secara live. Memang puas hati.

Ini adalah antara 'main attraction' persemabahn akhir yang mana ada 4 biji motor berkuasa tinggi memecut dan perlu berkali-kali membuat pusingan bulatan. Memang ngeri dan kagum juga pada masa yang sama.

Apa yang saya boleh simpulkan Great British Circus memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Ada aksi, ada drama, pelbagai aksi stunt yang memang mengujakan dan juga persembahan nyanyian live yang cukup menghiburkan. Ini belum lagi lagak-lagak clown yang mencuit hari, memang sedikitpun tidak membosankan.

Seeprti persembahanlive yang lain, di dalam khemah ini juga terdapat jualan makanan ringgan seperti pop corn, air, barang cenrderhati dan banyak lagi.

Saya dan anak-anak sempat juga bergambar dengan karektor kegemaran anak iaitu Mike Wazowski, Spiderman dan Sullivan. Momen yang indah dan istimewa bukan selalunya boleh kita dapat terutama menonton secara live persembahan circus yang hebat datangnya dari jauh ke bumi Malaysia. Jangan lupa uolls untuk datang dan lihat sendiri persembahan Great British Circus di ioi Mall Puchong, memang menghiburkan!

Terima kasih ya...
www.socialmedia.com.my
www.puchongjaya.com 🙏

#greatbritishcircusmalaysia
#greatbritishcircus


Comments

NanyFadhly said…
Tertanye2 juga camane lah agaknya performance circus derang nih kan. Dekat sangat dengan rumah saya ni kak. Cuma, takut kalau pergi kang rase rugi. Bila baca review akak ni macam best jer.. heheh. Seat tuh kalau yang standard ok tak eh?
nany- standard pun ok dahhhh..sbb memangs agt dekat dgn pentas...

Popular Posts