Earth Hour 2018 | Menikmati Steamboat dan Gril di D'Atap Gazebo Sime Darby Convention Centre

Saya memang kaki makan steamboat. Jadi apabila saya diberitahu tentang promosi hebat Steamboat & Gril di D' Atap Gazebo Sime Darby Convention Centre memang menjadikan saya sangat teruja. Apatah lagi ianya dinikmati di atas bumbung atas (roof top) dalam suasana santai dan begitu selesa. Paling menarik, sekarang ada promosi RM39 sahaja (per pax) sehingga 15 Mei 2018. Istimewa untuk pembelian voucher pada 24 Mac 2018, dengan setiap pembelian 5 voucher akan diberikan 1 voucher secara PERCUMA. Memang berbaloi sangat!

Dan saya memilih tarikh 24 Mac 2018, untuk membawa anak-anak saya menikmati steamboat di sini. Kenapa tarikh ini? Haa'ahh, sebabnya hari ini merupakan hari "Earth Hour", yang mana pada jam 8.30 malam -9.30 malam masyarakat dunia digalakkan untuk menutup lampu bagi menyokong isu pemanasan global perlu diambil secara serius di seluruh dunia. Dengan bertemakan #CONNECT2EARTH, kempen Earth Hour secara global ini bertujuan untuk sama-sama memberi perhatian isu-isu yang dihadapi bumi serta bersama berjuta-juta masyarakat di seluruh dunia yang lain untuk hidup lebih lestari.

Waktu buffet steamboat adalah bermula seawal 6.30 petang sehingga 10 malam.

Secara peribadi saya sangat sukakan konsep yang diperkenalkan di D'Atap Gazebo Sime Darby Convention Centre. Terletak di bahagian atas bangunan betul-betul kita menikmati hidangan di bawah cahaya bulan di waktu malam. Untuk satu-satu masa, D'Atap Gazebo boleh menerima sehingga 170 pengunjung. Terdapat pelbagai pilihan tempat duduk untuk kita menikmati samada datang sendiri, berdua ataupun ramai-ramai (keluarga dan kawan-kawan).

Kebetulan sewaktu ke sini adalah 24 Mac 2018, hari Earth Hour jadinya kami berkesempatan merasai sendiri pengalaman menikmati steamboat ditemani cahaya lilin dan bulan. Memang romantik :-)

Biarpun hanya 1 jam sahaja tiada berlampu, namun energi anak saya menikmati hidangan steamboat memang luar biasa. Ini kerana mereka benar-benar seronok mencuba pelbagai hidangan enak dan lazat yang ada ditawarkan di sini. Untuk sup steamboat kita boleh memilih untuk mencuba sup ayam atau tomyam atau keduanya sekali. Ini adalah mengikut pilihan citarasa masing-masing ya!

Antaranya seperti:-

Pelbagai pilhan mee samada kering atau basah.

Terdapat juga sayuran bagi melengkapkan hidangan yang diambil.

Pelbagai jenis kek ikan, bebeola ikan, bebola song, bebola ketam dan banyak lagi.

Ini adalah antara yang paling best! Perapan segala macam rasa daging ayam, lembu dan kambing. Ada juga isi ikan tau. Memang betul-betul ada rasa (kaw-kaw) dalam setiap daging yang kami ambil dan bersungguh-sunggh kami gril sendiri untuk menikmati seisi famili.

Hidupan segar ada jugar di tawarkan dalam pakej buffet di sini. Makanan seperti lala, udang, sotong dan pelbagai lagi antara yang pasti dicuba oleh pengunjung yang datang menikmati steamboat di sini.

Peranan sos 'home-made' yang  pastinya menyedapkan lagi hidangan steamboat dan gril. Saya paling suka sos bbq, memang sedap dan terbaik.

Untuk karbo, turut ditawarkan kentang wedges. Nasi goreng udang yang memang sangat sedap rasanya.

Dan mee wantan goreng ini antara feveret anak-anak saya.

Terdapat juga pencuci mulut seperti buah-buahan, jeli, kastard gula melaka, asi krim dan banyak lagi. Semuanya sedap-sedap belaka. Memang berada di sini, tidak akan terasa cepatnya masa tu berlalu.  Mana tidaknya sambil kita menikmati hidangan, kita juga boleh berbual santai bersama ahli keluarga ataupun rakan yang turut sama.

Untuk minuman terdapat air panas dan juga sejuk. Dan ianya self service dan free flow :-)

Saya sempat bergambar kenangan dengan chef-chef hebat yang terlibat di dalam penyediaan hidangan Steamboat dan Gril di D'Atap Gazebo Sime Darby Convention Centre.

Disediakan juga tempat untuk pengunjung berkaraoke di satu sudut. Kita boleh merasai sendiri betapa mereka yang hadir di sini bukan sahaja boleh menikmati hidangan enak bahkan dapat bersantai gembira bersama ahli keluarga yang lain.

Saya  dan anak-anak bersama Cik Lily Putih dan suami di malam yang tenang sewaktu 'Earth Hour" di D'Atap Gazebo.

Keseronokan menikmati hidangan stewamboat dan gril yang dimasak sendiri. Paling best, segala hidangan makanan adalah mengikut selera masing-masing -ada udang, daging perap dan banyak lagi.

Pastinya kami akan kembali lagi di sini bersama ahli keluarga yang lain.

So uolls kalau nak buat tempahan/membeli voucher boleh hubungi 03-20893688 ataupun email pada halia.sdcc@simedarbyproperty.com :-)

Comments

Suka Steamboat. Nak makan sekarang masih kelam kabut dengan anak. Mereka suka aiskrim aje. Hahaha. Takpe one fine day pi mkn Steamboat di SD. Yummy
Eintan Nurfuzie said…
Wa.. sempoi la.. mcm best je.. makanan pon byk.. ni klu ajak abah cik en rsnya dia suka sgt
nor nazliana said…
woww romantik makan steamboat dalam gelap2 bercahayakan lilin..hihii nasib la anak2 dah besar kalau ana la sure berterabukk huhuu anak-anak kecil lg..teringinnya nak mkn steamboat
Memang best la u kat sini. Kalau ada banyak bintang kat langit lagi cantik kan?. Konsep open air tu I suka sangat. Boleh la repeat lagi....
Wawa Ashihara said…
uiiitt...bestnya makan steamboat tmpt cmni... macam bawah khemah dan romantik sikit gitu... hehehe... xdelah org sebelah nmpk sgt kan.. hehehe... ini kalau sambut birthday or anniversary dgn steamboat pon ok gak kan kak...
Rodiah Amir said…
Ya Allah terliur pulak tengok gambar haiwan2 tu. Harga promosi tu ok la mampu makan dan bayar tu. ANak-anak memang excited tak kira la terang ke gelap kan sama la macam anak-anak saya.
Yanty Lee said…
Tu dia , bercandle light dinner sempena Earth Hour. Romantic sambil tu makan di atas , open air. Murah la juga price tu.
Hasif Hamsyari said…
Ada terbaca pasal tempat ni sebelum ni. Memang menarik konsepnya! Memang insyaAllah cadang nak juga merasa makan kat sini. Sesekali meluangkan masa dengan kawan-kawan atau famili kat sini mesti syok, kan! Menu dia pun nampak sedap.
Mimi Azirah said…
Walaupun makan dalam.keadaan yang samar tapi its ok bab romantik git. Banyak juga aneka mnu yang disediakan. Rambang mata pula nak piluh menu apa nak makan
Amanda Suria said…
SA pun suka steamboat...alaaaa...lama x layn steambot la..nak ajak family pi makan steamboat gak la...macam2 ada tu...semua menarik..
irra yyan said…
Lama tak makan steamboat. Anak kecil ni agak susah nak makan steamboat. Hari tu irra makan steamboat bawa orang lain untuk bantu masak����.. yang best boleh makan sampai kenyang
budak2 mmg akan exited kalau mkn steamboat. sbb diorg boleh main masak2. hehe
Nadia Johari said…
nad pun suka steamboat. Byr mirah makan berkali..hehehe..murah tu rm39..makan atas bumbung pulak tu..haishh teruja tengok..bercandle light pulak tu..hehehw
Aww. Sukanya dengan aktiviti macam ni. Romantik kot makan dalam gelap dengan lilin macam tu.
Syafiera Yamin said…
wah menariknya earth hour sambil makan, romantik ni kalau macam ni dengan husband, gelap gelap letak lilin, hehehehe bawa pula kanak kanak aihh cant imagine tau hehe
Hanny Abdullah said…
Makan steamboat di bawah cahaya bulan purnama gitu...nampak romantik sangat ni kalau gi berdua. Sis ada gak gi makan kat sini tapi tak tahu lak kat sana ada steamboat..kalau tahu dh terjah dah sb sis mmg suka steamboat ni
Kita suka steamboat dan BBQ! Kalau kita memang menghadap tempat perapan tu jelah #KarnivorSejati
.
Hari tu East Hours kami cuma spend time dengan anak-anak main bayang-bayang guna lilin je. Bergelap sekejap sejam.
JMR said…
Fuhh...nampak sedap sunggup semua menu stimbot tu. Harga pun berbaloi. Murah ksebab diorg dapat save electricty utk sejam ke macam mana ni kak? hehe
Naz said…
Fuyooo ada steamboat la...ok nak plan dengan family ke sini
cik tom said…
bestnya makan steamboat and grill..nampak menu semua sedap2..mee goreng wantan tu nampak sedap! ciktom sjk kahwin ni dah lama xjejak restoran macam tu sbb husband tak suka..kena cari kawan yg kaki makan steamboat jugak ni..huhuu
Pen My Blog said…
Ah I miss doing steamboat, it is the best <3 You can definitely save a lot with it too seeing as you wont be using much electricity as well-great for earth hour ;)
Alahai..sedapnya...esok nak ajak husband steambot kat rumah je lah..perasan tak bila steamboat ni kan..secara tak langsung hubungan kekeluargaan bertmabh erat...

Popular Posts