Produk Caroma Teh Halia Bentong Baik Untuk Kecantikan dan Kesihatan

Produk Caroma Teh Halia Bentong Baik Untuk Kecantikan dan Kesihatan | Bila saya sering mengeluh tentang rasa kepenatan setiap hari yang dialami, kawan saya Jane telah memperkenalkan minuman Caroma Teh Halia Bentong. Menurut Jane, terdapat banyak khasiat dari segelas minuman yang boleh kita boleh perolehi setiap hari selepas pengambilan minuman ini.

Mendengar tentang kelebihan produk ini saya telah ke Village Grocer di Bangsar Village untuk merasai sendiri minuman ini menerusi program 'sampling' yang diadakan outlet Village Grocer . Sekiranya korang nak cuba boleh juga hadirkan diri di outlet Village Grocer seperti yang saya senaraikan dibawah bermula dari 1-11 March 2018.
  • Bangsar Village, Bangsar 
  • Mont Kiara, Mount Kiara 
  • Sunway Giza, Kota D’sara,
  • Desa Park City, Desa Park 
  • My Town, Peel Road, Cheras

Menariknya untuk jenama Caroma ini terdapat 6 produk di bawah labelnya, antaranya seperti:-
  • Bentong Ginger Tea
  • Bentong Ginger With Honey
  • Bentong Ginger With Honey Lemon
  • Organic Soy Powder
  • Soy with durian Flavour
  • Premium Bentong Ginger Powder
Dari 6 produk yang ditawarkan saya telah mencuba 3 daripadanya iaitu minuman yang berasaskan halia. Terus terang katakan saya memang minat bahan ramuan yang berasaskan halia. Kebanyakan masakan saya memang saya suka masukkan sedikit rasa halia didalamnya. Cuma, saya jarang menikmati halia bersama air minuman. Berbanding dengan suami saya, memang kaki minum teh tarik bersama halia. Pengambilan minuman secara konsisten ok!

Kelebihan halia sebenarnya banyak. Ini kerana ianya mengandungi zat karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Kenapa halia sering menjadi ramuan dalam masakan atau remedi dalam masalah kesihatan? Antara sebabnya kerana halia dikatakan dapat merawat penyakit angin didalam badan, mengurangkan rasa sakit kepala dan membantu sistem pencernaan yang bermasalah. Selain itu halia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengelakkan muntah, cirit-birit dan sakit perut yang berterusan, Sekiranya ada masalah urat saraf, halia juga boleh dijadikan remedi untuk mengurangkan rasa kesakitan agar tidak lama berpanjangan.

Saya sendiri suka menggunakan halia untuk mengurangkan bau hanyir terutama pada lauk seperti ikan dan ayam. Paling penting setiap kali masakan dimasak bersama halia, ianya memberi aroma yang cukup istimewa.

Imej daripada laman web caroma

Dalam banyak produk-produk berasaskan halia, saya cukup tertarik dari jenama Caroma ini. Kenapa dan mengapa? Ini kerana konsep cara penanaman halia yang dijalankan agak unik iaitu menggunakan kaedah  "ENE Plantation Soilless". Konsep penanaman secara organik dengan menggunakan teknologi Mikro Organisma Efektif telah menjadikan tanaman halia ini lebih berlkualiti dari segi aroma dan kepedasannya.

Penanaman yang menitik beratkan mesra alam sekitar ini  menjadikan hasil tanaman halia lebih nutrisi. Paling penting ianya sentiasa dilindungi dari seranggan perosak dan fungus dengan menggunakan teknologi pembajaan organik secara semulajadi.

Terdapat 3 varian air minuman Caroma Teh Halia Bentong iaitu:-
Teh Halia Bentong (original)

Tanpa sebarang perasa tambahan. Sesuai mereka yang 'vegeratian'. Dikatakan mampu meningkat daya tahan diri. Bagus kalau korang ambil terutama musim sekarang yang kerap hujan, jadi kita boleh mengelakkan daripada mudah mendapat jangkitan batuk dan selsema.

Teh Halia Bentong bersama Madu

Menarinya tentang ramuan madu yang digunakan adalah madu asli. Tiada pewarna dan perasa tambahan. 

Teh Halia Bentong bersama Lemon Madu

Rasa teh halia ini lebih kurang sama dengan teh halia bentog bersama madu. Yang membezakannya dia ada rasa percikan citrus lemon. Untuk lebih kesegaran (refreshing) dengan rasa masam-masam manis bersama halia. Tiada pewarna dan perasa tambahan juga didalam produk ini.

Sekarang ada promosi tau korang! Beli 2 pek Caroma Teh Halia Bentong (yang mengandungi 10 pek kecil/sachet) dari Village Grocer, anda akan diberikan satu pek kecil Caroma Teh Halia Bentong (mengandungi 5 pek kecil/sachet) secara PERCUMA. Menarik bukan???

Saya sendiri telah mencuba Caroma Teh Halia Bentong bersama Lemon Madu. Saya dapati rasanya sedap (boleh diminum) dan badan saya lebih bertenaga daripada hari biasa. Dan rasa pening-pening yang sering dialami setiap pagi semakin berkurang dan tiada lagi rasa stress (kalau tidak asyiklah terasa stress dan mula rasa berdenyut kepala). Memang membantu membuang angin kotor dalam badan dan membantu melawaskan masalah pencernaan saya setiap hari. So, memang badan akan rasa lebih ringgan :-)

Untuk minuman Caroma teh halia bentong ini boleh dinikmati samada secara sejuk ataupun panas. Bergantung atas pilihan dan keinginan kita. Disarankan pengambilan minuman ini 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang. Ianya memberi rasa badan lebih segar dan energetik. Jadi tidak akan rasa penat biarpun seharian sibuk dengan pelbagai tugasan.


Kalau korang nak dapatkan keterangan lanjut, sila layari :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Comments

Amanda Suria said…
SA tak pernah lagi minum air halia direct dalam package macam ni..rasa nak cuba la sebab memang halia bagus untuk badan kan..keluarkan angin..baru la segar badan..sure lepas minum banyak air keluar nanti ni..kan?
Cindyrina Rina said…
Saya suka jugak bentong ginger tea. But saya ada ginger power dia je without any mix. Selalu nak minum I letak honey and drink it warm.Bagus khasiat ginger ni untuk kesihatan.
Halia dan Honey, 2 bahan yang sangat bagus untuk kita. Kalau letak dalam satu sachet tu senang sebab semua khasiat ada dalam satu sachet. Bila angin suda keluar....ringan sikit badan kan you?....
Kylie wenn said…
I only get to try one flavour... HOw's the honey and honey lemon one? taste nice?
Boleh try nnt utk buang angin dalam badan ni..
Bdan byk angin ni kalau dpt makan halia2 ni mmg best
Kak Mahh said…
Jenama baru. Agaknya Ada tidak produk ini di Sabah. Kalau tiada kena tunggu beli Dan rasa di semenanjung kelak.
adianiez AIDA said…
kebetulan.
ari tu dlm kelas IP ada lecturer citer pasal produk ni.
wah...
air halia la kan ni.
bagus utk kesihatan dalaman. pencernaan...
then ada rasa lemonade tu, sedap!!!
Innanie Ariffin said…
dulu memula kita tak suka teh sangat. tapi lama2 tu berkenan sebab bau dia refresh and tak strong sgt. tu yang macm ketagih pulak. nak try lah brand ni. nampak sedap!!!
Ana Suhana said…
Banyak juga jenis teh halia tu. Ana pernah try minum teh halia tp tak boleh masuk. Maybe kena try yg ni pula.Padahal bagus halia tu kan utk kesihatan badan kita.
setakat ni belum pernah lagi minum air berasaskan halia. mungkin tak berapa kena dgn anak tekak. hehe
Mrs Liez said…
Halia mmg bagus utk kesihatan. Dulu2 jenuh nak habiskan aie.halia yg perah sendiri. Skrg dh senang ada yg siap just tgg bancuh je
irra yyan said…
Halia bagus untuk kesihatan kan..mommy nak juga la cari minuman ni..
Mawardi Yunus said…
Halia dan Honey, dua-dua bahan ni memang attract la sbb ramai dah tahu akan khasiat yang ada. tak rugilah kalau nak beli kan
Bella Jamal said…
Menarik la Ayu produk ni. Saya memang selalu juga minum teh halia but time rasa badan tak sedaplah. Nak buat sendiri tu memang taklah..selalu order di kedai je. Hehe. Dah apa pek mcm ni bolehlah buat stok :)
Emas Putih said…
Sedap ke ? adoiii kalau bab ginger ni bukan pilihan uzu.. Uzu pon kalau nak buat teh halia kena letak sehilis je. Kalau lebih2 rasa pahit. Soo yang ni ok tak ?
Ainyy Zain said…
halis memang bagus untuk badan tapi rasa dia tuuu ya ampun. tapi bila dah processing macamni mesti rasa halia tu dah berkurang kan?
Pernah jugak rasa teh halia. Tapi sikit jer lah sebab nak merasa macam mana rasanya. Sekali tu jer lah. Tapi teh halia bentong ni macam best jer sebab ada pelbagai perisa. Pernah baca halia bentong ni lain sikit rasa dari halia biasa.
Syafiera Yamin said…
Alamak Kak Ayue dan nak satu kotak habis i minum yang honey punya, adoi addccited betul taste dia, i sangat rekomen untuk wanita yang dah melahirkan anak untuk cuba sendiri caroma ni memang very good untuk badan I super love it, lepas ni nak beli yang jenis pure bentong ginger serbuk pula !
Betty Liew said…
The ginger tea is good for our health. Lower our cholesterol, warm stomach, expelled unwanted wind in stomach. This brand come with different flavor to try. I like it.

Popular Posts