Berus Gigi Robopoli Kini Menjadi Feveret Ameer

Anak korang suka tak dengan animasi kanak-kanak Robopoli? Karektor seperti Poli, Jin, Helly, Amber, Roy dan ramai lagi sememangnya tidak asing buat anak-anak yang gemarkan siri animasi ini. Dan kini kita boleh dapatkan di pasaran produk berus gigi dengan karektor Robopoli khas untuk anak-anak kita,

Menariknya terdapat 4 warna yang ditawarkan iaitu biru hijau, pink dan oren. Untuk pengetahuan semua produk berus gigi ini adalah bebas BPA, anti-bakteria dan ianya sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.

Amber 

Roi 

Heli 


Poli 

Saya sendiri sangat sukakan berus ini. Selain daripada warnanya agak menarik. Ianya juga mempunyai permukaan dibawah yang boleh melekat di permukaan berjubin seperti sinki. Jadi ianya memudahkan saya untuk menyusun barangan penjagaan diri seperti berus gigi didalam bilik air dengan kemas dan tersusun.

Berus gigi juga agak lembut dan padat. Pemegangnya juga diperbuat daripada plastik yang mempuyai grip yang begitu lembut. Ianya memang memudahkan anak seperti Ameer untuk memberus giginya sendiri. *Dengan tunjuk ajar ibunya juga ya, hehehehe

Dan kini saya tidak mempunyai masalah untuk menyuruh Ameer menggosok giginya. Ini kerana setiap kali waktu untuk memberus gigi Ameer akan menjadi teruja dan tidak sabar-sabar untuk menggunakan berus gigi Robopoli karektor animasi kegemarannya. Secara tidak langsung ini adalah satu bentuk motivasi yang dapat mendidik Ameer untuk peka tentang penjagaan kebersihan dirinya :-)


Uolls juga boleh dapatkan produk berus gigi Robopoli di pasaran seperti di farmasi dan pasaraya terkemuka. Pasti anak korang akan teruja!
Berus Gigi Robopoli Kini Menjadi Feveret Ameer Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 04, 2018 Rating: 5

21 comments:

  1. So cute... my kids pun guna berus gigi ni... bagus sangat... they love it!

    ReplyDelete
  2. hahha comel jer berus gigi dia orang. Tarikan baru untuk kanak-kanak senang berus gigi. hahah

    ReplyDelete
  3. Alaaaa...kenapa comel sangat..ni memang bagus untuk anak- anak yang baru belajar gosok gigi kan...bleh tarik perhatian diorang untuk berus gigi..Robopoli kan banyak peminat

    ReplyDelete
  4. Comelnya berus gigi ni. Anak Marsha peminat Robocar Poli ni. Nanti boleh la beli. Yang amber sesuai untuk anak perempuan guna...:)

    ReplyDelete
  5. Bukan anak je teruja mak mak pun semangat tengok anak seronok berus gigi

    ReplyDelete
  6. Comelnya si kecik memberus gigi. Promosi bagus untuk motivate bubudak kecil supaya rajin memberus gigi. Nak cari info tentang anti-bakteria tu, sebab dalam toilet memang banyak bakteria kan. Mind to share the price?

    ReplyDelete
  7. Comelnya berus gigi ni .. siap ada pelbagai warna lagi . Ni salah satu tarikan untuk kanak-kanak untuk memberus gig.. mak-mak dah tak perlu paksa untuk berus gigi

    ReplyDelete
  8. Boleh la mommy cari nanti berus gifi robopoli.. anak-anak bab barang baru memang suka sangat lah..

    ReplyDelete
  9. Cute je berus gigi tu hehe tp anak hilma x ampi 3 thn lagi..nnt dah cukup mmg nak belikan pun hehe sbb comey sgt..lagipun ade pelekat bwh senang nak simpan kan..tak pyah dah nak letak dpt cawan ke ape..senang

    ReplyDelete
  10. budak budak mana je yang tak tgk kartun ni. comel sgt berus gigi, packaging pun dah lawa.

    ReplyDelete
  11. Ala comelnya berus gigi khas untuk kanak-kanak sebab gusi mereka masih lebut jadi ia sangat sesuai menjaga mulut mereka dan memberi kebersihan juga..

    ReplyDelete
  12. Penting untuk cari berus gigi yang baik terutamanya untuk budak-budak membesar.

    ReplyDelete
  13. So cute the toothbrush and it comes with variety of color. I think adults also will love to use it. And it can hold on basin too. I want get one.

    ReplyDelete
  14. Alolo comelnya beeus gigi ni. Anak dara kinah suka dengan watak Amber tu. Boleh belikan dia satu. Baru ada semangat nak berus gigi

    ReplyDelete
  15. Alolo comelnya berus gigi. Nak beli jugalah untuk anak anak. Mesti anak anak suka

    ReplyDelete
  16. Comel je design dia kan..sure bebudak suka dn penting depa ada semangat nk gosok gigi lps ni..hehehe

    ReplyDelete
  17. they should really design cute toothbrushes for adults too..it is so unfair..hahahahah

    i like the pink one among all of these designs

    ReplyDelete
  18. Mesti lagi bersemangat Ameer gosok gigi kan,hehe... Pandai dorang cipta berus gigi untuk tarik perhatian kanak-kanak. Pastu siap boleh lekat pulak tu berus gigi dia :D

    ReplyDelete
  19. this toothbrush so cute and i bet your kids will love brushing their teeth often and never have reason to forget...lolz..

    ReplyDelete
  20. So cuteeee....
    Kalau anak i nmpk ni mesti nak yg amber tuuu
    Now currently using hello kitty toothbrush....
    Omey sangat yg robocar poli ni

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.