Meningkatkan Kesihatan Jantung dalam 30 Hari Bersama Nestle Omega Plus

Inisiatif NESTLE OMEGA PLUS® dengan memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk merendahkan kadar paras kolesterol menerusi pelancaran Cabaran 30 Hari yang bakal berlangsung dari April hingga September 2018. Hasil kerjasama bersama Institut Jantung Negara (IJN) dan Allianz menganjurkan kempen ini agar dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia dalam membuat perubahan gaya hidup terutama kesihatan jantung mereka.

“Misi kami adalah untuk mendidik serta memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Matlamat kami mudah sahaja, iaitu memberi insentif
kepada rakyat Malaysia supaya lebih ramai dalam kalangan mereka sedar akan paras kolesterol
mereka, di samping mengamalkan gaya hidup yang aktif serta diet yang sihat. Berbekalkan kejayaan
Cabaran 30 Hari kami sebelum ini, kami telah membuat keputusan untuk meneruskannya tahun ini
melalui sokongan rakan-rakan kami seperti IJN dan Allianz yang merupakan pendukung kesihatan
jantung,”
Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, NestlĆ©® (Malaysia) Berhad


“Sebagai pusat jantung terkemuka di rantau ini, IJN terus mempromosikan kesihatan jantung dalam
kalangan rakyat Malaysia. Kami berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan NestlƩ dan Allianz
dalam program ini untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat kepada masyarakat,” 
En. Akmal Arief Mohamed Fauzi, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, IJN. 

“Perkongsian ini menyempurnakan sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam menghalang kolesterol tinggiserta tekanan darah tinggi dan Indeks Tubuh Tinggi melalui Allianz 3H Cover. Menerusi gandingan ini, kami berharap dapat memberi motivasi kepada anda untuk membuat beberapa perubahan gaya hidup yang penting demi menuju ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik,” 
Amy Loke, Ketua Pegawai Pengurusan Pasaran Allianz Malaysia Berhad.

Acara ini turut dihadiri DJ Selebriti, Sham, yang kini menjadi duta NESTLE OMEGA PLUS telah berkongsi tentang pengalaman beliau yang terselamat dari serangan jantung pada usia semuda 34 tahun. Beliau bersyukur kerana telah diberi peluang kedua dalam kehidupan, dan kini aktif berkongsi kisahnya bagi mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan jantung.

Sham juga telah berkongsi cara beliau meningkatkan kesihatan jantungnya melalui beberapa perubahan ke atas gaya hidupnya, misalnya senaman tetap, pemeriksaan kolesterol berkala, diet seimbang serta pengambilan NESTLE OMEGA PLUS yang terbukti mampu mengurangkan kolesterol secara berkesan. Satu sesi panel soal dan jawab yang menyelitkan pandangan pakar wakil-wakil dari NESTLE OMEGA PLUS, IJN, dan Allianz telah diadakan di acara pengenalan Cabaran 30 Hari.


Untuk pengetahuan semua Cabaran 30 Hari NESTLE OMEGA PLUS akan berlangsung dari 1 April hingga 30 September 2018 di seluruh negara. Kemenangan akan berdasarkan kepada peratus tertinggi dalam pengurangan paras kolesterol. Peserta-peserta yang mencapai kadar pengurangan yang cemerlang akan diberi ganjaran setiap bulan. Menarik bukan?

Di penghujung cabaran ini, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah utama yang merangkumi sebuah kereta baharu serta perlindungan insurans hayat Allianz yang bernilai RM80,000. NESTLE OMEGA PLUS juga akan memberi ganjaran kepada 3 pemenang bertuah setiap
bulan atas keputusan mereka untuk membuat perubahan demi jantung yang lebih sihat.

Susu Nestle Omega didatangkan bersama pek on-the-go yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Dan sekarang telah diadakan prmosi dengan harga yang menarik bersempena dengan Kempen Cabaran 30 Hari.

Oh ya! Janagn lupa untuk berkunjung ke pameran bergerak NESTLE OMEGA PLUS di pasar raya seluruh negara untuk menjalani pemeriksaan paras kolesterol. Untuk maklumat mengenai tempat dan masa pameran bergerak berhampiran anda, sila layari http://myhealthyheart.com.my atau laman Facebook NESTLE OMEGA PLUS.

Meningkatkan Kesihatan Jantung dalam 30 Hari Bersama Nestle Omega Plus Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 13, 2018 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.