Jom Raya di Residensi UTM KL 2018 | Apa Yang Menarik Tentang Residensi UTMKL

Menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Jom Raya dari Residensi UTMKL dan Gurney Mall tidak saya lepaskan. Majlis penuh meriah yang dihadiri Pengurusan Tertinggi UTM, pemain industri yang beroperasi di Residensi UTMKL, rakan perniagaan dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Pelbagai juadah Hari Raya yang enak dihidangkan kepada para tetamu. Antaranya seperti nasi soto, roti jala, nasi minyak, sate, lontong, kuih-muih dan pelbagai lagi. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan kugiran MINDEF yang dijemput khas untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.

Selain daripada pelancaran laman sesawang Residensi UTMKL dan video Korporat Residensi UTM KL, turut diadakan adalah Majlis Penyampaian Dividen UTM Holdings Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengerusi UTM Holdings Sdn Bhd iaitu Dato' Ramli Kushairi dan juga Bendahari UTM iaitu Encik Abu Bakar Mohd Salleh.

Pemberian duit raya untuk pelajar UTM yang terpilih bagi menyuntik semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan juga menyemarakkan lagi suasana majlis Hari Raya yang dirai.

Memang sedap-sedap segala juadah Hari Raya yang dihidangkan. Oh ya! Majlis juga diserikan dengan kehadiran personaliti TV3 Teh Syuhaida dan pelakon Raja Ilya yang mana keduanya telah diberi tugas untuk mengacarakan majlis. Selain itu Epul dari Drama Band juga hadir membuat persembahan.

***************

Saya dan rakan media lain sempat melihat sendiri Residensi UTMKL dan Gurney Mall yang telah mula dibuka pada bulan Mei 2017. Untuk pengetahuan semua, Universiti Teknologi Malaysia merupakan universiti awam pertama negara yang telah membangunkan kompleks membeli-belah dan hotel di Malaysia. Kompleks ini telah dibangunkan sendiri oleh pihak UTM dan telah diuruskan oleh  UTM Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi secara keseluruhan Residensi UTMKL. Di bawah Residensi UTMKL, selain daripada Gurney Mall dan UTMSPACE, terdapat dua hotel dibawahnya iaitu The Royal Widad Residence (bertaraf 4 bintang) dan juga The Regency Scholars Hotel (bertaraf 3 bintang).

Manakal UTMSPACE merupakan badan korporat yang bertanggungjawab merancang, menurus dan melaksanakan pelbagai program sepanjang hayat program dibawah UTM dan beroprasi sepenuhnya di Residensi UTMKL.

UTMSPACE sendiri telah beroperasi di tingkat 2 bangunan ResidensiKL ini. Pelbagai fasiliti yang bertaraf antarabangsa disediakan di sini selaras dengan slogan yang dipertengahkan iaitu Lifestyle@UTMKL. 

Dewan kuliah, bilik tutorial, makmal dan lain-lain semuanya lengkap ada di bangunan ini. Pelajar-pelajar dari Kolej SPACE adalah terdiri daripada mereka yang mengambil jurusan sepenuh masa dan ada juga yang mengikuti program separuh masa.

Residensi UTMKL merupakan pembangunan bersepadu yang terdiri daripada 4 menara (3 menara adah hotel dan 1 menara adalah kompleks penginapan pelajar). Kompleks ini juga dilengkapi dengan Dewan Bankuet yang mampu menempatkan sehingga 500 sehingga 1000 orang untuk satu-satu masa. Jadi sekiranya kita ingin adakan majlis perkahwinan dan sebarang majlis bolehlah membuat tempahan sewa di sini. 

Saya sempat meninjau lobi The Regency Scholars Hotel. Biarpun bertaraf 3 bintang, namun fasiliti yang ada disini cukup hebat dan terbaik.


Apatah lagi dengan melihat pada susun atur dan dekorasi di lobinya sudah cukup membuatkan saya sudah terpikat. Nampak sangat esklusif dan unik. Untuk ke sini kita perlu menaiki lif kerana ianya berada di aras 6 bangunan Residensik UTMKL.

Untuk The Royal Widad Residence yang bertaraf 4 bintang, tetamu hanya perlu menuju ke tingkat aras bawah bangunan Residensi UTMKL. Ianya terletak begitu hampir dengan kedai serbaguna Speed99.

Sedikit informasi untuk semua terdapat 3 jenis bilik yang disediakan di sini iaitu bilik Studio, apartment 2 Bilik dan Apartment 3 bilik. Terdapat juga sewa yang ditawarkan untuk sebulan iaitu bermula pada kadar sewa serendah RM 1800  untuk Apartmen 3 bilik. Manakala RM 1200 bagi bilik Studio. Boleh rujuk harga setiap bilik yang dikenakan menerusi jadual di bawah.

STUDIO ROOM 
(182 UNITS)
244 SQ FT
QUEEN BED AND TWIN BED
NORMAL FLOOR
RM350
PREMIUM FLOOR
450
2 BEDROOM APARTMENT
 (150 UNITS)
660 SQ FT
MASTER BEDROOM
SINGLE BED
NORMAL FLOOR
RM650
PREMIUM FLOOR
RM750
3 BEDROOM APARTMENT 
(50 UNITS)
829 SQ FT
MASTER BEDROOM
QUEEN BEDROOM
SINGLE
NORMAL FLOOR
RM 950
PREMIUM FLOOR
RM1,050

Contoh bilik apartmen 3 bilik yang sempat saya tinjau.  Memang luas dan selesa boleh menampatkan sehingga 5 orang pelajar. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti katil, meja belajar, ruang tamu, bilik air, dapur, peti ais, penghawa dinggin (4 buah), televisyen, cerek, ketuhar dan pelbagai lagi.

Ruang tamu

Bilik tidur utama - 3 katil dan ada bilik air didalamnya.

Bilik tidur kedua..

Meja belajar turut disediakan.

Bilik air luas dan bersih.

Ruang dapur.

Tempat memasak dan juga ada tempat penyimpanan baranag iaitu peti sejuk.

Terdapat juga kolam mandi di sini. Saya difahamkan kita juga boleh menyewa kawasan ini sekiranya hendak mengadakan jamuan BBQ dan sebagainya.

Selain kolam mandi untuk orang dewa terdapat juga kolam khas untuk kanak-kanak dan juga taman permainan.

Kita juga boleh membeli-belah dan berbelanaj di Gurney Mall. Bagi saya sendiri Gurney Mall ini diumpamakan seperti kompleks membeli-belah kejiranan yang mana menempatkan pelbagai jenis kiosk dan kedai makanan yang sememangnya sentiasa menjadi pilihan masyarakat tempatan seperti Bento Street Cafe, Burger King, KFC, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi. Saya juga diberitahu Alumni Cafe di sini sentiasa menjadi tumpuan dek kerana penangan kesedapan nasi ayam bersama ayam kampung yang menjadi kesukaan ramai pelanggan yang datang ke Gurney Mall.

Tempat makan yang luas dan selesa. 

Terdapat juag kedai serbaguna seperti Speedmart99, MyNews.com, butik baju, farmasi dan pelbagai lagi. Menurut Encik Kamil Ahmad Kushairi Pegawai Eksekutif UTM Holdings sebanyak 90% premis di Gurney Mall sudah mempunyai penyewa sejak ianya mula beroperasi tahun lepas.

Di Gurney Mall juga mempunyai pusat permainan bowling yang mana jika kita nak buat perlawanan bowling bolehlah adakan di sini. Dan pelajar serta masyarakat setempat pasti ke sini untuk menghilangkan rasa stress mereka dengan bermain bowling!

Parkir PERCUMA disediakan begitu banyak. Surau yang sangat luas boleh menempatkan ramai jemaah untuk satu-satu masa, tandas yang bersih dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan di sini.

Muka happy dan kagum setelah puas meninjau Residensi UTMKL yang cukup menarik.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.gurneymall.com bagi tujuan penempahan bilik hotel dan Dewan Bankuet ya!

Comments

Cindyrina Rina said…
Whoa!! bestnye dapat tinggal di sini. Environment dia menarik and many facilities. Convenient juga tempat ni. Harga not bad!
Fadzi Razak said…
Cantik jugak bilik dia. Facilities pun banyak. Tak payah pergi jauh-jauh. Yang penting ada tempat makan yang senang nak pergi.
Amanda Suria said…
Dia buka untuk orang luar juga ye...bestnya..harga pun reasonable..siap bleh sewa tempat utk apa2 occasion lagi..best la...satu tempat ada macam2 facilities
Mrs Liez said…
Selamat hari raya.. ok la dah ada hotel utk family staykan... cantik dan selesa pulak tu.. harga pun affordable.yg penting dekat dan fasiliti cukup.. mmg jadi pilihan
Nadia Johari said…
Meriah raya..tempat macam besar je..semua ada..mudahlah takyah pergi jauh-jauh..bagusla tempat macam ni..ade tempat sewa..wah..bolehla kalau nak buat aktiviti apa-apa erk
Maha Mahu said…
Wow mewahnya tempat ni UTM ada hotel macam ni ker hehehe tak sangka kita nanti boleh lah duduk sini dan beraya kat sini hehehe makanan dan juga bilik sama harga ker..
Auni Sofea said…
Wah..ekslusif penginapan di sini. Tapi memang berpadanan dengan harga, boleh jadi one hub centre untuk student..
Hanny Abdullah said…
Nampk menarik n banyK kemudahan tempat ni. Beruntung lah sape dok sini. Harga pun berpatutan.
Syiok betul event ni..sambil lawat2 kawasan sambil makan jamuan raya.
Rawlins GLAM said…
Rawlins pernah tinggal di Scholars Inn dia. Murah dan bersih. Rawlins suka lokasi sebegini yang menempatkan banyak kemudahan untuk semua penginap di situ maka tak perlulah nak travel jauh-jauh kan.
Betty Liew said…
Such a nice university. Filled with attractive place like bowling and mart. A convenient place to study and fill with facilities.
JMR said…
Bertaraf 3 bintang tapi fasilit macam 4/5 bintang tu hehehe..semoga dapat dimenten dengan baik
Annur Syuhadah said…
Syiok la ada dapur. Maka mak yang anak.kecik kacik lagi macam AS ni kalau travelling memanng akan cari tempat tempat macam ni untuk bermalam.
Sunshine Kelly said…
Wow best nyer tempat ini. Lokasi nyer strategik and also lengkap dengan segala kemudahan yang kita perlu. I like their lobby so much.

Popular Posts