KECERDASAN BUATAN & ROBOTIK | KANAK-KANAK TEROKAI INOVASI TEKNOLOGI TERKINI DI KIDZ & TECH 3.0


Dunia hari ini kita dapat menyaksikan kebanyakan kanak-kanak lebih gemar berinteraksi dengan teknologi samada melalui telefon pintar, permainan digital, dan menonton filem. Namun yang demikian sebenarnya teknologi tidaklah terhad di situ sahaja bahkan sebenarnya ianya mempunyai banyak kelebihan yang positif.

Sehubungan dengan itu, KidZania Kuala Lumpur menganjurkan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 bermula dari 18 Ogos - 16 September ini. Program selama sebulan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat tentang kegunaan dan manfaat Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik serta fungsinya di masa hadapan kelak.

“Kita sedang beralih ke zaman teknologi dan tidak mustahil suatu hari nanti, akan wujud bidang kerjaya yang menjurus ke arah kecerdasan buatan dan robotik. Sebagai bapa, saya pastikan anak-anak saya diajar dan bersedia untuk menghadapi dunia teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat ini. Teknologi seperti pembantu maya dan robot, rumah pintar dan kenderaan pandu sudah wujud dan saya percaya terdapat banyak lagi inovasi yang unik pada masa hadapan. Teknologi akan sentiasa berkembang pesat dan saya berharap program KidZ & Tech 3.0 akan memberikan inspirasi kepada para peserta untuk menerokai dunia teknologi yang luas ini,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.



Melalui KidZ & Tech 3.0, kanak- kanak diberi peluang untuk ‘Learn Life Today' dan ianya salah
satu bidang yang sedang pesat berkembang ialah AI. Google Malaysia memperkenalkan AI dengan cara yang menyeronokkan. Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain sambil belajar melalui Emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai oleh seluruh keluarga!
Menggunakan rangkaian neural eksperimen AI untuk megenal pasti objek sebenar, peserta akan diberi emoji di kaca telefon pintar dan perlu mencari emoji tersebut di persekitaran mereka. Peserta perlu melengkapkan pencarian dengan menangkap gambar yang sepadan dengan emoji yang diberikan. Permainan itu akan mengesahkan keserasian objek sebelum memberi petunjuk seterusnya.

“Bidang Kecerdasan Pintar adalah salah satu fokus kami di Google dan kami memperkasakannya melalui pembelajaran mesin. Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramkan dengan tetapan tertentu,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia.

“Google memanfaatkan pembelajaran mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjemahan, pengecaman pertuturan, penglihatan komputer, skala kedudukan dan pengesyoran. Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan.”

Selain itu peserta juga boleh mencipta sendiri robot menggunakan Makeblock mBots, melalui langkah-langkah pengekodan mudah. Para kanak-kanak juga boleh menguji kemahiran pemanduan mereka dalam Drone Obstacle Challenge. Mereka akan mengendalikan Airblocks, sebuah robot terbang yang diperbuat daripada magnet yang boleh diprogramkan untuk melalui halangan di trek udara.

Secara keseluruhannya, KidZ & Tech 3.0 menawarkan lima program khusus: Aktiviti AI-inspired Emoji Scavenger Hunt, Virtual & Augmented Reality (permainan VR, Be Internet Awesome, DIY AR Greeting Cards), Coding & Robotics, Forensic Science (penyiasatan di lokasi jenayah menggunakan Debu Ibu Jari dan Eksperimen Cahaya UV oleh Forensik UKM) dan Creative Photography (Canon Light Tail Photography, U Mobile Clone Photography).

Sertai acara-acara menarik tersebut dan pelbagai lagi program pembelajaran interaktif di KidZ & Tech 3.0. Tempah tiket secara dalam talian sekarang dan dapatkan potongan 20% dengan menggunakan kod promo KZTECH

KidZ & Tech 3.0 dibawakan oleh Canon Malaysia, Google Malaysia, MSP Systems (Makeblock), UKM Forensics dan U Mobile.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari
www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur atau hubungi Talian Khidmat Pelangan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 petang, setiap Isnin hingga Ahad.

KECERDASAN BUATAN & ROBOTIK | KANAK-KANAK TEROKAI INOVASI TEKNOLOGI TERKINI DI KIDZ & TECH 3.0 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 21, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. kidzania makin best sekarang. salam singgah

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete
  2. aah macam2 aktiviti ada.....



    ok akan balas balik kunju7ngan :-)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.