Babyshop The Curve Kini Menjadi Destinasi Membeli-Belah Feveret Saya

Berkesempatan menghadiri pembukaan outlet kelima Babyshop di Malaysia yang terletak di The Curve tidak saya lepaskan. Apatah lagi nama Babyshop itu sendiri sudah cukup gah dikenali di peringkat antarabangsa.

Untuk pengetahuan semua Babyshop mula diperkenalkan di Bahrain pada tahun 1973 dan sehingga kini terdapat 240 outlet Babyshop di 15 buah negara di dunia. Antara jenama barangan bayi dan kanak-kanak yang terdapat di Babyshop ini seperti Eligo, Giggles, Juniors dan pelbagai lagi.

Outlet Babyshop di The Curve keluasannya adalah 8500 kaki persegi. Dan di Babyshop selain daripada pakaian, terdapat juga aksesori khas untuk bayi dan kanak-kanak. Terdapat juga permainan kanak-kanak, perkakasan nurseri dan pelbagai lagi.

Antara barangan bayi dan kanak-kanak yang ada dijual di sini seperti :-

Pakaian baby yang comel - yang dijual damasa 3 dalam 1, 5 dalam 1..Terdapat banyak pilihan corak, rekaan dan saiz.

Untuk anak-anak lelaki yang sukakan warna biru, putih, kelabu dan hitam - warna asas!

Di satu sudut pakaian khas untuk kanak-kanak perempuan.

Saya sebenarnya tak boleh 'move on' dengan koleksi yang ditawarkan terutamanya untuk anak-anak perempuan. Semuanya cantik dan comel. Ini terutama koleksi yang menggunakan warna ceria :-)




Cantik-cantik dan menarik bukan?

Terdapat juga aksesori untuk anak-anak perempuan. Macam-macam jenis sepit rambut untuk anak perempuan ada ditawarkan di sini tau :-)

Koleksi barangan bayi yang menawarkan pelbagai produk,antaranya baju, kelengkapan mandian, kasut, aksesori dan banyak lagi.

Terdapat juga stroller, car seat dan banyak lagi.

Peralatan asas yang lain untuk bayi.

Kehadiran 2 maskot ini benar-benar menceriakan hari anak-anak yang hadir.

Ameer memang excited, siap beria minta diambilkan gambar bersama.

Bila namanya ibu, kalau dapat shopping barangan anak-anak memang jadi over excited. Rasa nak borong semua bila tengok koleksi pakaian anak-anak di Babyshop yang cantik-cantik.Harga yang ditawarkan juga agak berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Best!

Barangan yang dibeli buat Ameer dan Yara. Hiks

Nak tahu lebih lanjut boleh layari www.babyshopstores.com

Comments

Popular Posts