Pelbagai Sajian Enak Masyarakat Malaysia di Restoran Mr Char Koay Teow

Masakan Char Koay Teow cukup sinonim di kalangan masyarakat Malaysia. Kebiasaannya masakan ini dijual oleh peniaga gerai (street hawker). Dengan menggunakan api yang marak, serta gabungan beberapa sos kicap, serta hidupan laut seperti udang dan kerang bersama mee Koay Teow menjadikan ianya antara feveret masakan "street hawker" bagi penduduk Malaysia sendiri mahupun masyarakat luar negara.

Saya telah mengunjungi di sebuah restoran yang menawarkan masakan Char Koay Teow antara yang tersedap di kawasan Lembah Klang. Kenalkan Restoran Mr Char Koay Teow yang terletak didalam premis Jaya Mall di seksyen 14 Petaling Jaya. Walaupun ianya bukan "street hawker" namun masakan yang ditawarkan di restoran ini setaraf dengan masakan terbaik yang biasanya kita boleh dapati dari peniaga gerai di jalanan.

Bukan setakat Char Koay Teow sahaja yang ditawarkan bahkan terdapat beberapa lagi sajian Malaysia yang enak turut ada didalam senarai menu bagi memberi peluang pelanggan mencuba. Antaranya seperti nasi goreng, nasi lemak, mee rebus, mee udang dan pelbagai lagi. Hidangan di sini ditawarkan sama ada kita beli secara set  kombo iaitu bersama air minuman ataupun 'ala-carte'.

Antara hidangan di sini yang telah saya cuba sendiri dan sangat rekomen pada korang adalah seperti berikut:-

Masakan Char Koay Teow di sini terdapat 2 jenis iaitu samda gorengan biasa ataupun bersama telur itik. Kedua masakan ini diletekkan sos dan tumisan yang sama. Kecuali untuk Char Koay Teow istimewa ditambah bersama telur itik. Dan dari segi aroma ianya lebih memikat.

Untuk tempoh masa terhad yang ditawarkan sepanjang bulan September ini, masakan Char Koay Teow ditambahkan dengan hidupan laut oyster. Jika kebiasaannya ianya hanya diletakkan udang dan kerang. Memang sedap!

Secara peribadi tidak dinafikan masakan Char Koay Teow dari restoran ini memang sedap. Tidak terlalu pedas, semuanya cukup rasa. Teknik masakan seperti mengekalkan keranggupan taugeh itu antara menjadikan hidangan ini cukup sempurna.

 Mee rebus. Kuahnya memang pekat, lebih rasa padu dinikmati bersama sambal sotong. Agak pedas jika dinikmati bersama sambal, tapi ianya benar-benar kaw!

Peminat mee udang bolehlah mencubanya di sini. Rasa kemanisan udang dikekalkan didalam kuah menjadikan ianya cukup enak, apatah lagi didatangkan juga telur rebus dan sayuran menjadikan ianya pemakanan yang lengkap nutriennya.

Nasi lemak bersama rendang. Serius sedap juga. Nasi yang cukup beraroma dan dinikmati bersama rendang ayam. Nah! Kini boleh nikmati rendang tidak perlu menunggu ketika sambutan Hari raya sahaja, bila-bila masa kita boleh merasainya di Restoran Mr Char Koay Teow.

Nasi goreng dimasak istimewa bersama acar dan telur mata.

Pai Ti. Sedap hoiii. Ranggup betul. Dengan isian sayuran dan sos yang betul-betul memikat jiwa.

Tauhu, isi ikan (ala-ala rasa seperti fish-cake) serta jeruk telur asin.  Saya nikmati sebagai 'appertizer". Dinikmati bersama sos untuk lebih rasa enak.

 Rojak buah. Pelbagai buah seperti jambu, sengkuang dan sebagainya. Paling best kicap pedasnya bersama kacang tumbuk dan bijan.

 Antara sambal yang disediakan di sini. Boleh pilih yang mana kita suka, hiks :-)

Terdapat banyak pilihan minuman. Tetapi saya telah memilih untuk mencuba air mata kucing, kopi O dan air sota. 3 layer tea yang ditawarkan di sini pun sedap juga tau!

 Air minuman mata kucing di Restoran Mr Char Koay Teow ini antara yang sedap pernah saya minati. Cukup rasa dan menyejukkan badan.

Antara promosi yang ditawarkan sehingga akhir bulan September 2018. Set kombo dengan pelbagai juadah hidangan ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati,
Pelbagai sajian enak boleh dirasai,
Menepati citarasa seisi famili.

Mr Char Koay Teow dibuka  setiap hari,
Tutup  jam 10 malam dibuka jam 10 pagi!

Pelbagai Sajian Enak Masyarakat Malaysia di Restoran Mr Char Koay Teow Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 07, 2018 Rating: 5

16 comments:

Fadzi Razak said...

Ingatkan nama kedai Char Koay Teow diaorang jual char koay tiew je. Rupanya banyak lagi makanan lain yang diaorang jual. Bagus ni. Saya dah lah jenis yang tak makan keay tiew sangat

Ezna Ahmad Khalili said...

Banyak juga pilihan kat sini eh u?....i kalau datang sini I pekena mee udang dia. Tak tahan lak tgk bihun tu. Nyumssssss......

idayu nim said...

Terliur kak tgk mee rebus tu...mcm sdp jerkk. Pilihan menu byk, bgs ni bwk ank2 lepak cni..restoran pun nmpk bersih dan selesa

mama tisya said...

hah ingt mcm fadzi juga sbb nama RESTORAN MR CHAR KOAY TEOW..ingtkn pelbagai jenis char kuehtiaow rupanya ada mcm2 pilihan lain juga..nmpk menarik...sukala pai tee tu

Sembang Kopi said...

Dalam mall pun dah ada charkuewtiaw.hehehe.syok weh makan dalam aircond.layan je hahha

Mimi Azirah said...

Aneka jenis makanan yang dijual ya. Kalau saya ada rezeki makan di sini dah sah sah char kuey teow jadi menu pilihan sebab memang feveret saya

Kin Naz said...

Banyaknya pilihan makanan. Sedapnya. Boleh cuba nanti bila turun sini. Char kuey tiaw tu memang favourite makan pulak dalam aircond. Cayalah selalu makan kat warung je hihi

BEST TIPS BLOG said...

Banyaknya pilihan makanan. Sedapnya. Wah. Nanti boleh la try hujung minggu ni

Zharif Azis said...

Sungguh banyak pilihan makanan yg ditawarkan dan semuanya nampak sedap betul. Tetibe rasa mcm nak ke sana jugak sekarang nie. Haishhh menggoda betul tgok gambar2 mknn nie lah

Lia Hasty said...

Teringin nak cuba char koew teow ada telur masin. Tengok gambar pun menyelerakan. Teringin nak Cuba.

Maha Mahu said...

Sedapnya akaka makanan kat sini nanti boleh lah bawa kita makan tengok baucer banyak tu ehhhh hehehehe tapi kita paling suka ada meee kuah mereka memang terbaik sedap...

Sebrinah Yeo said...

I feel like drinking air mata kucing pulak.... it looks delicious the meals and beverages here

Wai Yee aka Rane said...

wa so many choices of food, delicious! I love streetfood like this. comfort and yummy to eat too.

Jia Shin Lee said...

Sedapnye makanan makanan ni! I'm planning to bring my family and try it out, they have all Malaysian fav food available.

Rawlins GLAM said...

Time hujan nie pekena memana mee tu - lagi2 sup panas2 memang terbaiklah. Bila Ayue nak belanja rerakan makan kat sini? Jangan lupa jemput Rawlins sekali pls.

JMR said...

Kalau dapat pekena CKT dengan kerang, basah lebih sket...hmmpphh memang boleh tambah sepinggan lagi..tp sebenarnya lagi syok makan CKT di gerai-gerai kan

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.