Raikan Hari Bahagia di The Summit Hotel Subang USJ

Pernah tak korang terfikir untuk menyewa dewan yang cukup cantik dan besar pada harga yang sangat berpatutan. Ini terutama jika kita ada merancang untuk mengadakan majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Agar sukar untuk mencari dewan yang serba lengkap pada harga yang kita inginkan. Apatah pada zaman sekarang yang kita sedia maklum semuanya agak mahal.

Namun, baru-baru ini saya telah menghadir satu majlis previu dewan makan yang boleh diadakan pelbagai majlis keraian di The Summit Hotel Subang Jaya. Apa yang menarik, selain kemudahan parking begitu banyak disediakan. Promosi pakej yang ditawarkan juga agak berbaloi.

Terdapat 2 pakej yang disediakan iaitu Pakej Sanding dan Pakej Nikah/Tunang.

Untuk Pakej Sanding ianya merangkumi:
  • Sewa dewan Ballroom
  • 80 meja tetamu
  • 800 kerusi banquet riben
  • 4 Dome VIP
  • Pelamin gaya moden
  • 1 pasang baju pengantin lelaki dan perempuan
  • 1 kali make up
  • PA System
  • Emcee
  • Kompang
  • Meja Beradap
  • RAW Photography + CD Raw Photography + CD 
  • 1 projector + screen
  • Holding room
  • 3 VIP parking
  • Bilik Suite Summit Hotel (bermalam)
Untuk menu buffet adalah seperti:-

  • Nasi Beriani
  • Nasi Putih
  • Ayam Berlada
  • Daging Rempah
  • Dalca Sayur
  • Acar Timun
  • Buah Oren
  • Air Sunquick Oren
  • Air Mineral
  • Teh Tarik
  • Karipap 150 biji
  • Seri Muka 150 biji
  • Kek Pengantin 3 tingkat
Makanan Pengantin (Untuk santapan meja beradap):-
  • Udang panjat
  • Ikan Siakap Sweet & Sour

Pakej Sanding :-)
Untuk 500 pax Buffet : RM28000
Untuk 1000 pax Buffet : RM33000

Manakala untuk Pakej Nikah/Tunang, untuk 100 pax Buffet harga yang ditawarkan adalah RM10,000. Ini adalah harga termasuk dewan, sewa peralatan dan buffet makanan.

Untuk Pakej Nikah/Tunang ianya merangkumi:
  • Sewa hall
  • 10 meja tetamu
  • 100 kerusi banquet 
  • 2 Dome VIP
  • Pelamin nikah/tunang
  • 1 pasang baju pengantin lelaki dan perempuan
  • 1 kali make up
  • In-house PA System + MIC
  • RAW Photography + CD Raw Photography + CD 
  • Bilik Standard Summit Hotel (bermalam)
Untuk menu buffet adalah seperti:-
  • Nasi Putih
  • Ayam Goreng Rempah
  • Daging Kari UbiKentang
  • Ulam2
  • Sambal belacan
  • Buah tembikai
  • Air Sunquick Oren
  • Air Mineral
  • Teh Tarik
  • Karipap 50 biji
  • Seri Muka 50 biji

Dekorasi dewan memang ohsem. Paling best dengan keindahan lampu yang benar-benar mencuit perasaan. Susunan meja dan hiasan seuanya teratur dan sesuai dengan keluasan dewan yang digunakan.

Setiap meja muat seingga 10 orang. Disebabkan dewannya sangat besar, biarpun ramai yang hadir ke majlis kita tetap berasa begitu selesa.

Kebetulan semasa saya menghadiri ke majlis previu ini, penyanyi Ara Johari hadir membuat persembahan. Beliau telah menyampaikan 2 lagu popularnya iaitu Warkah Untukku dan Bunga. Bila sistem bunyinya terbaik, lagu yang dinyanyikan pun memang kedengaran best.

Apatah lagi melihat persembahan secara live daripada Juara Muzik-Muzik tahun lepas iaitu Hael Hussaini. Beliau telah menyampaikan lagu Hajat dan Jampi. Memang terjampi semua yang hadir mendengarkan suara Hael pada malam itu, hehehe.

Persembahan tarian kebudayaan tidak pernah dilupakan. Malahan ianya seperti persembahan yang perlu ada dalam majlis seperti perkahwinan, bagi tujuan untuk memeriahkan dan juga mengangkat kembali kegemilangan seni budaya melayu lama. 


Seterusnya saya dapat lihat sendiri peragaan baju pengantin daripada koleksi TheWedding. Semuanya sangat cantik dan kita boleh pilih mengikut kesesuaian tema majlis yang dirancang.




Ada gaun moden. Terdapat juga kebaya tradisi (tidak ada dalam gambar). Semuanya terpulang kepada citarasa pelanggan itu sendiri.

Korang boleh hubungi official wedding planner untuk majlis yang bakal diadakan di The Summit Hotel Subang USJ :-) 
Adam 012-4292806
Habibah 012-4978827
Zuria 012-2844827

Korang boleh juga request photobooth yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar poloraid. Yang bestnya terdapat banyak aksesori yang disediakan sebagai props untuk bergambar. Boleh hubungi 017-8250896 dan boleh jejak kakak ini di IG : www.instagram.com/silverlinephotobooth

Dan untuk candy buffet, boleh mencuba sendiri perkhidmatan jajan borong dengan hubungi beliau sendiri di talian 017-3259849/012-9543826. Terdapat banyak pakej yang disediakan.

So, korang yang mahu adakan majlis esklusif penuh gempak dan ada gaya pada harga istimewa, bolehlah menempah pakej perkahwinan, nikah atau tunang di The Summit Hotel Subang USJ. Memang berbaloi!

Comments

Popular Posts